Samsung Chromebook Plus
Spesifikasi
·
2GHz Dual ARM Cortex-A72, Quad Cortex-A53 (1MB L2)
·
12.3” 2400 x 1600 LED Touch Screen (10 point motion control)
·
4GB DDR3 Memory
·
32GB eMMC storage
·
802.11 ax/a/b/g/n Marvell 88W8997 with Bluetooth
·
1x Mic/Headphone combo, 2 USB Type-C, MicroSD Card reader
Samsung Chromebook Plus merupakan
sebiah laptop berjenis Chromebook yang mempunyai ciri-ciri premium dan
didatangkan dengan rekabentuk yang elegan, touch screen yang berkualiti tinggi
dan banyak ciri-ciri yang menarik.
Rekabentuk
Dengan bingkai aluminium yang nipis,
ia memberikan laptop ini rasa yang premium. Logo Chrome OS turut berada pada
bahagian penutup laptop. Rekabentuknya seakan-akan berbentuk segi empat sama
menjadikan skrinnya yang bersaiz 12.3 inci mempunyai resolusi pada 3:2 ratio.
Namun begitu saiznya amat bersesuaian kerana skrin laptop ini boleh dilipat 360
darjah, dan menjadikan laptop ini sebagai tablet. Ia juga didatangkan dengan
pen stylus untuk kegunaan menulis dan juga melukis.
Skrin dan Bunyi
Skrin pada Samsung Chromebook Plus
merupakan skrin yang terbaik berbanding chromebook yang lain. LED panel pada
skrin memberikan warnanya yang jelas dan kemas. Laptop ini tidak mempunyai
sebarang masalah pada viewing angles. Ia boleh dilihat pada mana-mana rajah
tanpa sebarang kekurang warna dan sebagainya.
Meskipun skrinnya memuaskan tetapi,
penghasilan bunyi daripada laptop ini kurang memuaskan kerana bunyinya agak
perlahan. Penggunaan external speaker disarankan untuk menambah kepuasan pada
bunyi.
Keyboard dan
Touchpad
Samsung Chromebook Plus didatangkan
dengan butang-butang keyboard berwarna hitam, yang kelihatan premium. Tetapi,
kepuasan tidak dirasai kerana apabila ditekan ia terasa terlalu lembut dan
tidak memberikan sebarang feedback. Meskipun begitu, keyboard pada laptop ini
tidak mempunyai masalah langsung.
Touchpadnya pula bersaiz sederhana
dan mempunyai permukaan yang halus. Tiada masalah untuk menggerakkan cursor.
Swipe, click dan multi-finger gestures juga berfungsi dengan sempurna tanpa
sebarang masalah atau delay.
Stylus
Salah satu ciri utama Samsung
Chromebook Plus adalah pen stylus yang berbentuk seperti S-pen pada siri
smartphone yang popular daripada Samsung iaitu siri Galaxy Note tetapi ia lebih
panjang dan dan selesa ketika dipegang. ia juga mempunyai fungsi pada siri
Galaxy Note iaitu Quick Command Window dimana pengguna boleh mengakses
screenshot, membuat nota pada Google Keep. Dengan stylus ini, pengguna boleh
melukis dan menambahkan pressure pada stroke lukisan, menjadikan ia alternatif
kepada graphic tablet.
Prestasi
Jelas sekali Samsung mengutamakan
rekabentuk, kawalan dan juga keselesaan yang dipaparkan melalu Samsung
Chromebook Plus. Mungkin sesetengah orang berpendapat prosesor ARM yang ada
pada laptop ini agak kurang sesuai, tetapi ia berfungsi dengan cukup baik. Ia
juga mampu menampung 2 video Full HD serentak tanpa sebarang masalah dan lag.
Laptop ini juga bukanlah untuk penggunaan yang ekstrim seperti edit video 4k
atau permainan video.
Di antara
kekurangannya yang lain adalah memori dalaman yang ada. Ia didatangkan dengan
32GB storan, menjadikan ia terlalu sedikit untuk simpanan data yang banyak.
Tetapi masalah itu secara mudah ditangani dengan adanya Google drive yang sudah
tersedia didalam laptop ini.
Untuk mengatahui lebih lanjut silalah lawati website kami di Macnote Studio
Tak tahu dimana lokasi MACNOTE Gombak?
Anda boleh hubungi kami melalui:
Anda amat dialu-alu datang terus ke MACNOTE di Gombak:
KAMI DI GOMBAK ( BERDEKATAN GIANT BT CAVES DAN MCD SERI GOMBAK)
- 10 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 15 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG
- 30 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS
- 10 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 15 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG
- 30 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS
Ez Bro
Ez Bro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan