Pakar Repair MacBook Sekitar Lembah Klang | Mecnote – Servis Pantas & Berkualiti: Sebab Kenapa Anda Perlu Guna VPN

Cari Model Mac

Rabu, 20 Disember 2017

Sebab Kenapa Anda Perlu Guna VPN

Sebab Kenapa Anda Perlu Guna VPN

 
Apa itu VPN? Virtual private network, berpatutan, mudah untuk digunakan, merupakan salah satu komponen bagi komputer dan smartphone. Selari dengan firewall, antivirus/anti-malware, anda sepatutnya telah install VPN, untuk menjaga setiap masa anda habiskan dalam talian benar-benar private.
1. Melayari internet dengan selamat dengan menggunakan WI-FI awam
Scenario dimana, anda keluar membeli-belah, berhenti untuk minum kopi di suatu tempat, atau baru sahaja menempah bilik di sebuah hotel. Anda perasan terdapat wi-fi percuma. Reaksi yang biasa adalah dengan segera akan connect  dan surfing internet, check social media, e-mail.
Masalahnya ia sangat berisiko jika anda tidak menggunakan VPN. Kenapa?
·         Browser tidak di encrypted dan gelombang radio tanpa di encrypted boleh di ambil oleh sesiapa sahaja.
·         Malware dari laptop lain yang juga menggunakan free wi-fi tersebut kemungkinan akan dapat mencari jalan ke routerterus ke laptop, tanpa disedari.
·         Wi-fi percuma yang ditawarkan kemungkinan satu perangkap – fake internet connection yang sebenarnya phishing scam.
Dari sekarang anda perlu berhati-hati dengan wi-fi percuma. Sebab anda biasa nya perlu mengisi maklumat untuk register sebelum boleh menggunakan wi-fi tersebut. Data itu akan digunakan untuk track anda.
2. Elakkan location-based price targeting
Kelihatan menarik dan menakjubkan, beberapa kedai online akan memaparkan harga yang berbeza untuk items yang sama, berdasarkan dari negara  mana anda melayari. Ia boleh jadi apa-apa dari beg tangan, kasut, kereta, malah tempahan bilik hotel dan tiket tambang penerbangan.
Dalam satu contoh, harga tiket kapal terbang yang sama adalah lebih murah melalui ip address Australia daripada ip addressMalaysia.
3. ENCRYPTED semua yang anda lakukan
Ini mungkin kelihatan seperti dalam filem penjenayah siber atau rancangan tv, tapi klien VPN pada komputer atau smart phone anda boleh encrypt data tersebut dengan remote website dan server. Apa-apa aktiviti atas talian dengan menggunakan aplikasi VPN akan disambungkan ke server akan di encrypted.
Dengan ini menjadi apa yang anda lakukan itu adalah private dan dengan sistem keselamat seperti ini menjaga privacy. Walaupun data tersebut dipintas , ia tidak bermakna apa-apa untuk si penggodam.
4. Meningkatkan kelajuan Online Games
Sama ada anda sedang meneroka beberapa alam fantasi, MMORPG, lawan raksasa, levelling bersama kawan-kawan, ada kemungkinan FPS gamer yang berdekatan dengan server game tersebut lebih cepat berbanding mereka di negara lain.
Walau bagaimanapun anda boleh mengatasi masalah ini?  VPN boleh digunakan untuk menyamar hakikat bahawa anda bermain permainan dalam talian. Anda perlu memastikan servis pelayan VPN yang digunakan mampu menampung beban permainan online tersebut.
5. Melengkapkan penyelidikan sensitif tanpa gangguan
Banyak jenis penyelidikan boleh dianggap “sensitif”. Berikutan daripada beberapa perkara sebelum ini, jika anda mempunyai sebuah kerajaan yang menindas, penyelidikan aktiviti mereka mungkin juga menarik perhatian. Seperti yang melihat ke atas bahan ditapis atau filem.
Ada sesetengah negara banned website-website yang di anggap sensitif. Sebab tu bila taip pada browser anda akan keluar error pop-up seperti diatas.




Untuk mengatahui lebih lanjut silalah lawati website kami di Macnote Studio


Tak tahu dimana lokasi MACNOTE Gombak?


Anda boleh hubungi kami melalui:
                         


Anda amat dialu-alu datang terus ke MACNOTE di Gombak:


KAMI DI GOMBAK ( BERDEKATAN GIANT BT CAVES DAN MCD SERI GOMBAK)
- 10 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 15 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG 
- 30 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS





Ez Bro



Tiada ulasan:

Catat Ulasan