Sebab Kenapa Windows Selalu Unresponsive
“Windows become unresponsive or
crash” anda pasti pernah mengalami masalah seperti ini. Apa yang boleh
dilakukan sekiranya berlaku? Walaubagaimanapun bukan semua masalah akan di
nyatakan melalui “bluescreen” atau
komputer terpadam secara rawak.
(1) Hardware
Incompatibility (perkakasan/”hardware” tak sesuai)
Jika
perkakasan tidak serasi dengan windows, ia boleh menyebabkan isu-isu
kestabilan. Biasanya masalah perkakasan / hardware menyebabkan bluescreen windows akan dimatikan untuk
mengelakkan kerosakan.
Apabila
anda melihat “system
freeze / hang”, tanya diri anda jika baru-baru ini ada “connected new hardware” contohnya printer, keyboard,usb drive,external device dan
lain-lain lagi untuk komputer anda.
(2) Driver
Issue
Sekiranya “hardware” tiada masalah, “driver” boleh menjadi punca masalah. “Driver” adalah software yang menghubungkan “windows” dengan “hardware”. Untuk menggunakan ciri-ciri khusus
peranti, ia memerlukan “driver” peranti
tersebut.
Masalah
boleh berlaku jika “driver” yang
dipasang / “install” ketinggalan
zaman / “outdated”, tak
sesuai dengan windows, atau driver yang
salah. Sebagai contoh laptop anda datang dengan windows 8 dan downgrade kepada
windows 7 tapi wi-fi tak
boleh guna sebab laptop anda hanya sesuai untuk windows 8 bukan 7.
(3) Windows
Registry yang Bermasalah
“Registry” adalah pangkalan data di
mana Windows memegang pelbagai maklumat terperinci tentang sistem anda dan
konfigurasi. Setiap kali anda “install
or remove” perisian, mengedit tatapan, atau membuat perubahan,
windows mengambil nota dalam “registry”.
(4) Malware
“Malware”, untuk istilah virus, spyware, worm, boleh mendatangkan
malapetaka pada sistem. Boleh mengambil alih sistem & menjejaskan prestasi.
Sebagai contoh virus brontok,
zaman student dulu pc kawan terkena virus ni
sebab pc takda antivirus.
Penangan virus ni pc slow macam
siput, nak masuk windows dah lambat nak bukak folder pun
kene tunggu beberapa minit. Tapi lepas install
antivirus dan lakukan total
scan nasib baik pc tu pulih seperti biasa.
(5) Guna
Antivirus yang tak berkualiti, atau menggunakan lebih dari satu antivirus
Anda
tidak perlu menjalankan program
antivirus lebih dari satu, kerana mereka akan bercanggah dengan satu
sama lain dan berpotensi menyebabkan komputer perlahan.
Bagi
pendapat saya guna satu antivirus sudah
memadai dari guna banyak. Sebab software
antivirus ni boleh melambatkan prestasi laptop atau komputer anda.
Tetapi ada juga antivirus yang ringan dan tidak memnjejaskan prestasi laptop
dan komputer anda.
(6) User Tweak
Kemungkinan masalah kestabilan
anda datang dari beberapa tweak yang anda telah dibuat. Sebagai contoh tweak windows registry,
dinasihatkan jangan usik windows registry kalau
anda tidak tahu. Kerana kalau tersilap tweak macam-macam
masalah akan berlaku, paling teruk kena format windows
balik.
Untuk mengatahui lebih lanjut silalah lawati website kami di Macnote Studio
Tak tahu dimana lokasi MACNOTE Gombak?
Anda boleh hubungi kami melalui:
Anda amat dialu-alu datang terus ke MACNOTE di Gombak:
KAMI DI GOMBAK ( BERDEKATAN GIANT BT CAVES DAN MCD SERI GOMBAK)
- 10 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 15 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG
- 30 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS
- 10 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 15 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG
- 30 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS
Ez Bro
Ez Bro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan