Semenjak 15 tahun yang lalu, Universal Serial Bus (USB) telah menjadi satu antara muka yang standard untuk menghubungkan komputer dengan alat peranti. Tidak kiralah cakera keras, kamera, tetikus, printer, scanner, pendrive dan smartphone. Semua ini adalah untuk memindahkan atau menghantar data di antara peranti tersebut. Antara muka USB ini sangat universal.
Teknologi USB bermula pembangunannya pada tahun 1993. USB yang pertama dikeluarkan adalah USB 1.0 pada tahun 1996. Ia membolehkan anda menghantar maklumat dengan kadar 1.5 Mbits/s, khasnya untuk keyboard dan tetikus. Pada tahun 2001, USB 2.0 mula dikeluarkan, dengan kadar penghantaran data sebanyak 480 Mbits/s. Pada 2010, USB 3.0 mula diperkenalkan di pasaran.
Jadi, apa yang anda boleh harapkan daripada USB 3.0?
Spesifikasi USB 3.0
Terdapat beberapa perubahan yang telah dilakukan pada USB 3.0 untuk memuaskan hati perminataan yang banyak di dalam sektor peranti luaran (banyaknya kepada external hard disk). Di sini adalah sedikit gambaran keseluruhan tentang USB 3.0 ini:
Kelajuan Penghantaran Data
USB 3.0 mempunyai perantaraan SuperSpeed yang membenarkan penghantaran data sebanyak 3,200 Mbits/s ataupun 3.2 Gbits/s secara praktikal. Secara teori, mereka menyatakan ia boleh sampai hingga 4.8 Gbits/s.
Penghantaran Maklumat
Dua daripada lima jalur dikhaskan untuk menghantar data ataupun maklumat, manakala tiga lagi adalah untuk menerima data. Ini membawa maksud USB 3.0 boleh membaca dan menulis data dengan serentak – dengan kelajuan maksimum. USB yang lalu tidak mempunyai kebolehan ini.
Kuasa
Beban unit (unit load) telah ditingkatkan kepada 150 mA dan peranti yang sudah dikonfigurasikan boleh mengeluarkan sehingga enam beban unit, membawa maksud ia boleh sehingga 900 mA. Ini telah mengalahkan USB 2.0 sebanyak 80% dan memberikan anda kebolehan untuk mengecas peranti anda dengan lebih cepat, selain membenarkan 4 peranti secara serentak.
Pada masa yang sama, voltan yang diperlukan untuk USB 3.0 ini telah dikurangkan kepada 4V, asalnya 4.4V pada USB 2.0 – ini membawa maksud anda boleh menjimatkan tenaga dan elektrik.
Pengurusan Tenaga
USB 3.0 tidak akan menyebabkan pengurangan tenaga/bateri komputer anda sekiranya anda tidak menggunakannya – hal ini kerana USB baharu ini menggunakan “interrupt-driven protocol.” Ini membawa maksud, peranti tidak akan berfungsi (makan tenaga) selagi mana tidak menerima isyarat daripada komputer.
Dengan USB 2.0, peranti akan sentiasa mencari isyarat tersebut dan akan sentiasa aktif, oleh itu ia mudah memakan bateri komputer anda.
Penampilan Fizikal
Kabel USB 3.0 mungkin akan kelihatan lebih tebal kerana mempunyai wayar yang lebih banyak berbanding dengan versi sebelumnya. Namun begitu, tidaklah terlalu ketara. Dari segi plug pula, ia mempunyai satu penyambung (connector) tambahan.
Teknologi baharu ini sangat menarik dan memudahkan pengguna. Antaranya dinyatakan di bawah:
Keserasian
USB 3.0 adalah serasi dengan USB 2.0. Oleh itu, anda janganlah bimbang jika membeli peranti (contohnya external hard disk) ataupun komputer baharu yang menggunakan USB 3.0. Peranti anda yang lama masih boleh berfungsi dengan baik. Namun, anda tidak boleh mendapat kelajuan sepertimana USB 3.0, hanya setakat USB 2.0.
Kadar Pemindahan
Mungkin anda tidak boleh menterjamah kelajuan Megabit dan Gigabit per saat yang dinyatakan di atas. Baiklah, bayangkan anda ada data sebanyak 10GB dan anda mahu pindahkannya ke external hard disk. Dengan USB 3.0, anda boleh pindahkannya dalam masa 25 saat, manakala dengan USB 2.0 mengambil masa selama 5 minit
Manfaat Tambahan
Peranti yang perlukan kelajuan dan kadar pemindahan data yang besar banyak mendapat manfaat daripada USB 3.0 ini – external hard disk, webcam HD, pemain blu-ray dan lain-lain.
Operating system yang menyokong USB 3.0 ini adalah – Windows Vista dan ke atas, Linux dan Mac (Apple). Malangnya, Windows XP tidak menyokongnya.
Cons
Saya boleh katakan tidak banyak kelemahan USB 3.0 ini, mungkin sedikit dan tidak ketara sangat. Berikut adalah antaranya:
Kabel
Had panjang kabel USB 3.0 adalah 3 meter sahaja. Manakala USB 2.0 sampai 5 meter. Walaupun begitu, anda boleh menggunakan hub sambungan, panjangnya boleh mencecah sehingga 18 meter.
Had Kelajuan
Secara praktikal, bukan semua peranti boleh memanfaatkan kelajuan penuh USB 3.0. Hard disk sebagai contoh, masih terikat dengan RPM (kadar pusingan cakera per minit) dan terikat dengan kelajuan baca/tulis. Oleh itu, anda janganlah merasakan hard disk anda paling laju, walaupun menggunakan USB 3.0- lain kesnya kalau menggunakan solid state drive (SSD).
Video Bantuan
Perlukan bantuan dari segi visual dan video? Dapatkan penerangan dari Linus dari Techquickie di bawah:
Kesimpulan
Secara ringkas, perkembangan teknologi terutam dalam penyampaian data dan maklumat membangun dengan cepat – termasuklah dalam teknologi USB ini.
Harap artikel ini membantu anda dalam memahami tentang USB 3.0. Sekiranya tidak, anda boleh mendapatkan
Semoga tips ini dapat membantu anda. Jangan lupa share ya.
Anda ada masalah dengan MacBook/Laptop/Iphone?
- Slow
- Rosak
- Serangan Virus
Jangan risau!! Kami boleh bantu menyelesaikan masalah anda..
Tak tahu dimana lokasi MACNOTE STUDIO UIA Gombak?
Anda boleh hubungi kami melalui:
· WhatsApp Abang M
· Facebook Macnote studio
· Hotline 03-4010 3014
Anda boleh datang terus ke MACNOTE di UIA Gombak:
1. KAMI DI GOMBAK ( DALAM UIA GOMBAK)
- 15 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG
- 30 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
-40 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS
- 30 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
-40 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS
Tiada ulasan:
Catat Ulasan