SidePlayer – Membolehkan Anda Terus Menonton
Video YouTube Ketika Melayari Web
Ketika sedang menonton video YouTube, adakalanya anda ingin
melihat tab pelayar web yang lain untuk meneruskan pelayaran web, tetapi pada
masa yang sama ingin menonton video daripada YouTube. Untuk menyelesaikan
perkara ini, salah satu pemalam yang boleh membantu adalah SidePlayer.
Pemalam SidePlayer ini ditawarkan secara percuma untuk pengguna
Chrome, dimana jika ia diaktifkan, pengguna akan melihat sebuah butang khusus
ketika melayari YouTube, dan boleh menekannya untuk mengaktifkan tontonan
melalui tetingkap kecil yang float, dan
boleh ditetapkan untuk memperlihatkan tetingkap berkenaan dimana-mana lokasi
dengan drag ia kemana-mana.
Pengguna juga boleh mengubah saiz paparan tetingkap video
SidePlayer ini mengikut kesesuaian yang diinginkan. Kawalan asas untuk pemain
media turut disertakan melaluinya.
Walaupun fungsi yang ditawarkan adalah menarik, tetapi dari segi
privasi ia agak menakutkan kerana pemalam tersebut memohon akses kepada membaca
data pada web-web yang dilayari anda. Ia boleh dikatakan diperlukan untuk
menguasai apa yang ditawarkan pemalam ini, tetapi mungkin tidak selesa bagi
sesetengah pengguna.
Bagi anda yang menggunakan Chrome dan ingin mencubanya, boleh
memuat-turun SidePlayer ini secara percuma daripada Chrome Web Store hari ini.
Untuk mengatahui lebih lanjut silalah lawati website kami di Macnote Studio
Tak tahu dimana lokasi MACNOTE Gombak?
Anda boleh hubungi kami melalui:
Anda amat dialu-alu datang terus ke MACNOTE di Gombak:
KAMI DI GOMBAK ( BERDEKATAN GIANT BT CAVES DAN MCD SERI GOMBAK)
- 10 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 15 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG
- 30 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS
KAMI DI GOMBAK ( BERDEKATAN GIANT BT CAVES DAN MCD SERI GOMBAK)
- 10 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 15 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG
- 30 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS
- 10 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 15 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG
- 30 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS
Ez Bro
Ez Bro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan