Bagaimana Menambah Sokongan Format HEIC/HEIF
Pada Windows
Bermula iOS 11, Apple telah mula menggunakan format imej baru,
iaitu HEIC/HEIC – dimana melaluinya Apple mengatakan ia mengekalkan kualiti
gambar yang baik, tetapi pada saiz keseluruhan gambar yang lebih kecil
berbanding JPEG sebelum ini.
Pengguna juga turut boleh mengakses format berkenaan pada
komputer Mac – tetapi bagi pengguna Windows, anda mungkin menghadapi masalah.
Anda perlu mengubah format gambar berkenaan kepada jPEG terlebih dahulu – atau
anda mungkin tidak boleh membuka gambar berformat HEIC/HEIF ini.
Kini, untuk mengatasinya, salah satu perisian yang ingin
membantu mengatasi perkara berkenaan adalah CopyTrans
HEIC untuk Windows.
Melalui perisian ini, sebaik sahaja anda memasangnya, anda boleh
melihat pralihat pada Windows Explorer, selain turut membuka fail berformat
HEIC teurs menggunakan Windows Photo Viewer.
Disamping itu, anda juga turut boleh menggunakan gambar
berformat HEIC dengan mudah pada sebarang dokumen atau perisian – selain
mengubahnya kepada format JPEG dengan hanya klik-kanan pada sebarang gambar
HEIC.
Buat masa ini, ia hanya menyokong HEIC sahaja, tetapi sokongan
untuk HEIF juga dijangka akan ditambah melalui versi akan datang.
Bagi anda yang menggunakan iPhone dan menjalankan komputer
Windows – mungkin boleh memuat-turun dan menggunakan perisian ini dalam
menguruskan gambar HEIC anda hari ini.
Untuk mengatahui lebih lanjut silalah lawati website kami di Macnote Studio
Tak tahu dimana lokasi MACNOTE Gombak?
Anda boleh hubungi kami melalui:
Anda amat dialu-alu datang terus ke MACNOTE di Gombak:
KAMI DI GOMBAK ( BERDEKATAN GIANT BT CAVES DAN MCD SERI GOMBAK)
- 10 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 15 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG
- 30 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS
- 10 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 15 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG
- 30 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS
Ez Bro
Ez Bro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan