
Anda boleh mengubah tetapan kemaskini di Mac App Store.
Jika anda banyak memuat turun pelbagai aplikasi dari Mac App Store, mungkin anda berhadapan dengan masalah nombor yang selalu ditunjukkan di ikon aplikasi tersebut. Bagi yang rajin membuat kemaskini bagi aplikasi-aplikasi yang ada dalam Mac, tentu tidak menjadi masalah. Tetapi bagi sebahagian dari anda mungkin ia agak menjengkelkan.
Terdapat fungsi tetapan yang boleh dibuat pada Mac App Store tersebut. Anda boleh membuat tetapan yang anda suka pada Mac App Store di dalam System Preferences dan klik pada ikon App Store. Di sini anda boleh menetapkan sama ada anda mahukan aplikasi dan sistem macOS dimuat turun dan dikemaskini secara automatik ataupun tidak.

Bagi pengguna Mac yang mendaftar dengan Apple Beta Software Program serta menggunakan macOS versi beta, anda pasti akan sering menerima notifikasi tentang kemaskini terbaru bagi macOS tersebut. Versi beta sememangnya akan menerima terlebih dahulu kemaskini terkini kerana ia adalah macOS yang masih dalam percubaan. Jadi di sini anda boleh menutup kemaskini terkini daripada macOS versi beta jika ia menganggu anda.

Selain itu, anda turut boleh menetapkan keselamatan akaun Apple anda jika ada pengguna yang ingin membeli aplikasi-aplikasi berbayar yang memerlukan pengguna memasukkan kata laluan sewaktu proses pembelian tersebut. Anda boleh tetapkan sama ada pengguna perlu mengulang kemasukan kata laluan bagi setiap pembelian aplikasi atau simpan sahaja kata laluan tersebut yang akan membolehkan pengguna membeli aplikasi tanpa memasukkan semula kata laluan akaun Apple anda.

Semoga tips ini dapat membantu anda.
Jangan lupa share ya.
Jangan lupa share ya.
Anda ada masalah dengan MacBook/Laptop/Iphone?
- Slow
- Rosak
- Serangan Virus
Jangan risau!! Kami boleh bantu menyelesaikan masalah anda..
Tak tahu dimana lokasi MACNOTE STUDIO UIA Gombak?
Anda boleh hubungi kami melalui:
· WhatsApp Abang M
· Facebook Macnote studio
· Hotline 03-4010 3014
Anda boleh datang terus ke MACNOTE di UIA Gombak:
1. KAMI DI GOMBAK ( DALAM UIA GOMBAK)
- 15 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG
- 30 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
-40 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS
- 30 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
-40 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS
Tiada ulasan:
Catat Ulasan