Tip
Penjagaan Laptop yang Kedai Komputer Tidak Mahu Anda Tahu
Apabila kita membeli laptop,
setiap penjual akan memberitahu tentang kelebihan setiap laptop yang
dijual. Spesifikasi, kelajuan processor, memori yang pantas, kapasiti
cakera keras yang besar, pemproses grafik yang boleh menjana visual realistik,
saiz paparan skrin dan lain-lain lagi ciri-ciri yang digunakan sebagai poin
jualan.
Hampir
tiada seorang pun daripada penjual laptop ini akan memberitahu anda bagaimana
hendak menjaga laptop dengan betul. Apa yang menjadi motivasi mereka adalah
stok laptop yang bertingkat-tingkat itu mesti terjual.
Hakikatnya,
laptop yang anda sedang gunakan sekarang adalah sangat penting. Melayari
internet, urusan perniagaan, kerja kerja pejabat, kerja kerja grafik, bermain
permainan video, media sosial, pengkalan data, dan panggilan video boleh
dilakukan dengan laptop anda.
Tidak
seperti kereta yang anda guna seharian, anda akan hantar servis ke bengkel
kereta setiap 5000km untuk menukar minyak hitam dan penapis minyaknya.
Sedangkan kereta yang anda gunakan cuma berkemampuan untuk:
·
Membawa anda dari poin A ke poin B
·
Angkat barang selagi muat
Jadi,
kelebihan laptop lebih banyak, kenapa anda tidak menjaganya sebaik mungkin?
Saya
berasa amat bertanggungjawab untuk berkongsi rahsia yang semua kedai komputer
ingin rahsiakan dari anda. Laptop yang tidak berjaga adalah laptop yang akan
rosak. Bila rosak wajib dibaiki, bila baiki jawapannya wang.
Kedai Komputer Gembira, Pengguna Sengsara
Untuk
berkongsi semua tips penjagaan laptop dalam satu artikel adalah sesuatu yang
mustahil, saya akan ungkaikan rahsia ini satu persatu setiap siri nanti.
Tips 1 –
Cuci Kipas laptop dan tukar ‘thermal paste’ baru setiap 6 bulan.
Selama
5 tahun dalam dunia pembaikan laptop, 80% dari laptop yang rosak adalah
disebabkan masalah motherboard
Dari
masalah motherboard 7% darinya berpunca dari kecuaian manusia seperti tertumpah
cecair dan terjatuh
Lagi
93% dari kerosakan motherboard ini berpunca dari tidak servis laptop
Apa Itu
Servis Laptop?
Servis
laptop adalah dimana laptop akan dibuka dan habuk yang berkumpul di kipas
laptop akan dibersihkan. Thermal paste baru akan digantikan
Mengapa
Ia Perlu Dilakukan?
Seperti
juga kereta, laptop mempunyai komponen yang bergerak, komponen yang bergerak
memerlukan sistem penyejukan. Komponen seperti processor dan pemproses
grafik menjana haba yang sangat tinggi sehingga boleh mencecah 100 darjah C
Sistem
penyejukan yang membantu menyejukkan komponen ini adalah kipas yang bersambung
dengan besi tembaga. Besi tembaga ini akan bersentuh melalui thermal paste
dengan komponen komponen panas ini.
Kipas
yang menjadi sistem penyejukan ini, lama kelamaan akan memerangkap
habuk. Jika anda tinggal di persekitaran yang ada karpet atau berhabuk,
habuk akan lebih cepat terkumpul di kipas ini.
Apabila
habuk-habuk ini berkumpul, sistem menjadi tidak efisien kerana ianya menghalang
udara panas dari keluar. Apabila ianya tidak efisien, komponen penting
seperti processor dan pemproses grafik ini akan rosak kerana terlebih panas
(overheating).
Apabila
ini berlaku, kos membaikinya lebih kurang membeli laptop baru. Sebagai
contoh kos untuk tukar motherboard brand Acer sahaja mencecah RM700. (sumber
Highpoint) manakala untuk motherboard Apple Macbook Pro adalah RM2000 (iMac
city)
Apakah
Thermal Paste?
Thermal
paste adalah selapis bahan yang mengalirkan haba sangat baik yang letaknya
diantara komponen panas ini dan sistem penyejukan.
Lama
kelamaan, thermal paste ini akan keras dan tidak mengalirkan haba dengan baik.
Ianya juga perlu ditukar. Tujuan servis laptop ini adalah untuk menjamin
sistem penyejukan yang efisien dan optimum sepanjang masa.
Di Mana
Boleh Servis Laptop?
Untuk
servis laptop anda digalakkan untuk menghantar laptop kepada pakar yang
berhampiran dengan anda.
Ini
adalah kerana untuk mencuci laptop, anda perlu buka seluruh badan laptop dan
besar kemungkinan akan terjadi insiden tikus membaiki labu.
Komponen
komponen di dal am laptop juga amat sensitif kepada elektrostatik.
Bila
Waktu Sesuai Servis Laptop?
Anda
dinasihatkan untuk servis laptop anda setiap 6 bulan sekali. Jika anda
merasakan laptop anda cepat panas, contohnya jika anda boleh rasakan haba di
tapak tangan anda ketika menggunakan laptop, segeralah hantar ke kedai komputer
berhampiran untuk diservis.
Jika
persekitaran anda berhabuk, anda harus melakukannya dengan lebih kerap.
Kesimpulan
·
Servis laptop adalah langkah pertama untuk memanjangkan usia
laptop anda.
·
Haba adalah musuh utama laptop.
·
Pastikan anda servis laptop anda sekurang kurangnya 6 bulan
sekali.
·
Hantar laptop pada yang pakar sahaja.
·
Laptop yang dijaga dengan baik adalah laptop yang akan
menggembirakan tuannya.
Untuk mengatahui lebih lanjut silalah lawati website kami di Macnote Studio
Tak tahu dimana lokasi MACNOTE Gombak?
Anda boleh hubungi kami melalui:
Anda amat dialu-alu datang terus ke MACNOTE di Gombak:
KAMI DI GOMBAK ( BERDEKATAN GIANT BT CAVES DAN MCD SERI GOMBAK)
- 10 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 15 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG
- 30 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS
KAMI DI GOMBAK ( BERDEKATAN GIANT BT CAVES DAN MCD SERI GOMBAK)
- 10 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 15 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG
- 30 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS
- 10 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 15 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG
- 30 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS
Ez Bro
Ez Bro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan