Pakar Repair MacBook Sekitar Lembah Klang | Mecnote – Servis Pantas & Berkualiti: Tip Supaya Laptop Anda Tidak Terlalu Panas dan Overheating

Cari Model Mac

Jumaat, 15 Disember 2017

Tip Supaya Laptop Anda Tidak Terlalu Panas dan Overheating

Tip Supaya Laptop Anda Tidak Terlalu Panas dan Overheating



Laptop merupakan keperluan pada zaman kini. Ia digunakan untuk pelbagai aktiviti sebagai contoh, melakukan kerja-kerja pejabat, mengumpul dan menyimpan data penting, permainan video dan pelbagai lagi.

Apabila kerap penggunaannya, seperti menggunakan aplikasi pengeditan gambar dan video, permainan video, dan buat masa yang lama, masalah ‘overheat’ akan timbul.

ELAK LAPTOP ANDA DARI TERLALU PANAS/OVERHEATING
·         PASTIKAN FAN DAN HEATSINK ANDA BEBAS DARI HABUK
Kipas ini digunakan secara terus-menerus dan menyebabkan habuk-habuk berkumpul. Habuk tebal akan mengurangkan kelajuan kipas berputar serta menghalang angin panas dari keluar.
Bersihkan dengan penuh hati-hati agar tiada habuk yang masih tinggal. Tips ini mungkin sukar bagi yang baru pertama kali untuk membuka laptop.

·         TUKAR THERMAL PASTE
Thermal paste digunakan untuk membantu menyerap dan menyejukkan haba kepada heatsink. Setelah digunakan lama, ia akan kering dan keras dan perlu untuk ditukar untuk memastikan haba dapat dihantar dengan baik.

·         JANGAN LETAK ATAS PERMUKAAN FABRIK
Gunakan laptop di atas permukaan yang rata dan licin. Juga letakkan sesuatu seperti buku dibawah bahagian bateri laptop, untuk memastikan laluan angin berjalan dengan lancar.
Jangan letakkan laptop di atas tilam atau bantal, kerana ia akan menghalang laluan angin dan juga akan menyebabkan laptop panas.

·         ELAK DARI PERSEKITARAN YANG PANAS DAN BERHABUK
Persekitaran dengan suhu yang tinggi adalah tidak elok untuk laptop kerana ia turut menyebabkan laptop menjadi panas. Persekitaran yang berhabuk juga boleh tidak sesuai, ini akan menyebabkan fan akan menyebut lebih banyak habuk dan memyebabkan laluan air flow tersumbat dan kipas berhabuk.

·         GUNAKAN FAN EXTERNAL
‘External Cooling Fan’ berfungsi untuk mengurangkan haba laptop dengan mengalirkan udara ke dalam laptop melalui air flow laptop.
Jangan lupa untuk membersihkan ‘external cooling fan’ sekali-sekala agar ia dalam keadaan yang bersih dan baik. Jika ia berhabuk dan kotor, ia akan menjadi merbahaya kepada laptop, kerana habuk-habuk itu akan masuk kedalam laptop.
·         REHATKAN LAPTOP
Apabila anda telah menggunakan laptop untuk bekerja atau bermain pada jangka masa yang lama, lebih baik anda mengambil masa untuk mematikan laptop, untuk memberikan ia masa untuk berehat.
Seperti manusia, laptop juga perlu rehat setelah melakukan kerja-kerja berat atau bermain permainan video. Pastikan juga laptop dimatikan sepenuhnya.



Untuk mengatahui lebih lanjut silalah lawati website kami di Macnote Studio


Tak tahu dimana lokasi MACNOTE Gombak?


Anda boleh hubungi kami melalui:
                         


Anda amat dialu-alu datang terus ke MACNOTE di Gombak:


KAMI DI GOMBAK ( BERDEKATAN GIANT BT CAVES DAN MCD SERI GOMBAK)
- 10 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 15 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG 
- 30 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS





Ez Bro



Tiada ulasan:

Catat Ulasan