TIPS MENJAGA LAPTOP
Tips-tips
ini mungkin boleh membantu anda untuk memanjangkan jangka hayat laptop anda
dengan mengamalkan kaedah penggunaan yang betul.
Papan
Kekunci dan Pad Sesentuh
Papan kekunci dan
pad sesentuh mungkin adalah dua perkakasan yang paling kerap digunakan pada
sesebuah laptop. Macam-macam benda kita buat dengan menggunakan dua peranti ini
seperti menaip, melayari internet, bermain game dan sebagainya.
Jika kita selalu
menggunakan dua perkakasan ini, kemungkinan besar kedua-duanya akan menjadi
lebih cepat lusuh dan mungkin juga akan rosak.
Jika pada papan
kekunci, huruf cetakan padanya mungkin akan lusuh disebabkan oleh penggunaan
yang kerap jika tidak dilindungi dengan plastic khas. Lagi parah jika anda
seorang yang gemar bermain permainan video di laptop. Biasanya permainan pada
laptop menggunakan kekunci tertentu sahaja pada papan kekunci seperti kekunci
W,A,S dan D misalnya. Dan biasanya juga, kekunci-kekunci tersebut akan ditekan
dengan agak kuat dan pada tempoh masa yang lebih lama berbanding kekunci lain.
Cara penggunaan ini akan mempercepatkan lagi tahap kehausan kekunci tersebut
berbanding yang lain.
Jadi, Kak Mona
ingin syorkan kepada pembaca semua untuk dapatkan papan kekunci dan tetikus
khas jika mahu betul-betul menjaga laptop anda untuk jangka masa yang panjang.
Kak Mona sarankan untuk hanya guna papan kekunci dan tetikus yang terbina dalam
ketika berada pada tempat yang sementara sahaja seperti di kafe.
Jaga Suhu
Laptop
Sesuatu komputer
akan menghasilkan haba yang banyak, terutama sekali jika ianya digunakan untuk
tujuan yang memerlukan kuasa pemprosesan yang tinggi seperti video editing dan
bermain permainan video. Sebab itulah aspek penjagaan suhu laptop ini sangat
penting untuk dititik beratkan kerana laptop tidak mempunyai pengudaraan sebaik
komputer meja yang mempunyai ruang aliran udara yang jauh lebih baik.
Satu tips yang
boleh pembaca amalkan selalu ialah untuk sentiasa menggunakan laptop di
permukaan rata dan keras seperti meja. Ini bagi memastikan pengudaraan dalaman
laptop itu adalah berfungsi dan kipas penyejuknya tidak terhalang oleh sesuatu.
Pembaca juga
boleh menggunakan perisian seperti Speccy atau WhySoSlow yang akan mengesan sistem anda
sekiranya suhu pemproses, cakera keras, kad grafik dan sebagainya adalah
melebihi paras bahaya. WhySoSlow misalnya ada satu ciri untuk memberi amaran
kepada anda jika perkara tersebut berlaku. Sangat-sangat bermanfaat.
Penjagaan
LCD
Mungkin ada
adik-adik Kak Mona seronok untuk tekan skrin LCD laptop dan tengok betapa
cantiknya LCD tersebut membuat gelombang piksel pada skrin. Tapi Kak Mona nak
pesan, baik pembaca elakkan daripada buat perkara tersebut. Bermain dengan LCD
laptop boleh merosakkan dalaman skrin tersebut dan mungkin tiada jalan lain
untuk membaikinya selain ditukar kepada yang baru.
Jadi
tengok-tengoklah jika ada adik kecil tersayang yang cuba menekan LCD tersebut.
Cakap kat dia, “Tak elok buat macam tu. Nanti rosak siapa nak ganti? Adik?”
Hihi.
Jika dah berhabuk
dan ada kotoran pada LCD tersebut, Kak Mona sarankan untuk pembaca guna bahan
pencuci yang dikhaskan untuk tujuan tersebut. Tolong sama sekali jangan guna
air atau apa-apa yang lembap ya! Kalau rosak nanti kena hantar pula pada Kak
Mona untuk repair ;p
Jangan
Jatuhkan Laptop
Laptop yang biasa
adalah mudah untuk rosak jika terjatuh terutamanya pada bahagian cakera keras.
Jadi, Kak Mona pesan kepada pembaca untuk pastikan laptop anda berada pada
tempat yang selamat seperti di atas meja dan berhati-hati semasa menggunakan
laptop di riba pembaca.
Jika pembaca
menggunakan laptop pada riba, ada risiko untuk laptop tersebut itu jatuh ketika
tengah dalam penggunaan. Jika jatuh pada ketika itu, cakera keras jenis biasa
iaitu yang menggunakan kaedah mekanikal bukannya seperti SSD mungkin akan rosak
dan menyebabkan data-data didalamnya susah untuk diakses semula.
Jika pembaca
adalah dari jenis yang lasak, Kak Mona rekemen untuk tukarkan cakera keras
biasa tersebut kepada yang jenis SSD. Kalau jatuhpun laptop ketika tengah guna
tapi pembaca pakai cakera keras SSD, mungkin laptop masih boleh digunakan lagi
dan data akan kekal selamat. Tapi tolonglah jangan sengaja-sengaja jatuhkan
laptop untuk test SSD hebat atau tidak pula ya.
Selamat
Tinggal Virus dan Penggodam
Setiap hari ada
sahaja cara baharu untuk virus dan penggodam menceroboh dan mungkin merosakkan
sistem komputer kita. Bila komputer kita sudah dijangkiti virus, mungkin agak
sukar untuk menghapuskannya semula. Lagi pening jika virus tersebut akan
merosakkan fail-fail penting yang ada didalam komputer tersebut dan kita tak
dapat buat apa-apa untuk mendapatkannya semula.
Jadi,
pembaca-pembaca sekalian bolehlah menggunakan perisian anti-virus yang
ditawarkan oleh banyak syarikat. Ada yang percuma dan ada yang berbayar.
Contoh anti-virus
yang percuma ialah Avira Free Antivirus, AVG Free Anti-virus dan lain-lain
lagi.
Walaupun versi
percuma ini mungkin memadai kepada sebilangan daripada kita, tapi Kak Mona
lebih rekemenkan untuk anda dapatkan versi anti-virus yang premium. Mudah untuk
Kak Mona katakan bahawa perbezaan antara versi percuma dan berbayar adalah
seperti langit dan bumi.
Sebagai contoh,
ada pengeluar antivirus versi premium yang menawarkan fungsi untuk mengesan
laman-laman web scam seperti laman web perbankan scam.
Antivirus premium
ini juga selalunya menyediakan juga fungsi firewall untuk menghalang serangan
penggodam dari luar. Biasanya router internet sudahpun ada firewallnya
tersendiri tetapi lebih baik lagi untuk menambahkan tahap keselematan laptop
anda dengan memasang firewall pada sistem operasi anda juga. Lebih-lebih lagi
jika pembaca kerap menggunakan rangkaian wifi pihak ketiga.
Pembaca boleh
tengok ciri-ciri premium yang Kak Mona terangkan tadi di kedai Monaliza untuk
maklumat lanjut. Ingat, sediakan paying sebelum hujan ya.
Penjagaan
Bateri
Prestasi bateri
adalah berkait rapat dengan suhu persekitarannya. Biasanya, kekalkan penggunaan
pada suhu bilik atau rujuk kepada panduan yang dinyatakan di manual penggunaan
laptop anda.
Suhu yang ekstrim
mampu untuk merosakkan bukan sahaja bateri malah komponen-komponen dalaman
laptop. Jadi Kak Mona nak pesan jangan tinggalkan laptop anda terdedah lama di
dalam kenderaan dan dibawah cahaya matahari yang kuat. Khuatir jika anda terus
guna laptop tersebut ketika itu juga dalam keadaan bateri yang mungkin panas,
prestasi bateri itu mungkin akan berkurangan.
Lagi satu,
elakkan untuk menggunakan laptop diatas permukaan lembut seperti cadar, tilam
dan sebagainya kerana tahap pengudaraan udara di dalam laptop adalah kurang
baik berbanding di permukaan rata.
Selain itu, untuk
pastikan hayat bateri dapat digunakan untuk satu tempoh yang panjang sebelum
diganti, elakkan daripada mengecas bateri itu sepanjang masa. Ini penting untuk
pastikan elektron di dalam bateri itu sentiasa bergerak pada kebanyakan masa
penggunaannya.
Ada juga
pengeluar laptop sekarang yang memasang perisian khas untuk menjaga jangka
hayat bateri laptop-laptop keluaran mereka seperti perisian Lenovo Settings
oleh Lenovo.
Didalam perisian
tersebut, adik-adik Kak Mona boleh pasangkan tetapan Conservation Mode untuk
menjaga hayat bateri laptop anda. Periksa laptop anda sekiranya ada juga
perisian seperti ini.
Jika tiada, boleh
cuba pergi ke laman web mereka untuk lihat jika ada muat turun yang boleh anda
dapat di sana.
Ada juga pakar
yang rekemenkan untuk tidak menggunakan bateri sekiranya anda selalu menyambung
laptop tersebut ke sumber kuasa.
Lagi satu,
pastikan anda berhati-hati dari menggunakan pengecas laptop yang bukannya dari
pengeluar asal laptop anda. Mungkin harganya lebih murah berbanding yang asli,
tetapi mungkin pengecas dari sumber ketiga tersebut tidak mempunyai tahap
kesesuaian yang optimum dengan laptop anda.
Langkah yang
selamat adalah dengan sentiasa membeli barang ganti dari pengeluar yang sah dan
asli.
Untuk mengatahui lebih lanjut silalah lawati website kami di Macnote Studio
Tak tahu dimana lokasi MACNOTE Gombak?
Anda boleh hubungi kami melalui:
Anda amat dialu-alu datang terus ke MACNOTE di Gombak:
KAMI DI GOMBAK ( BERDEKATAN GIANT BT CAVES DAN MCD SERI GOMBAK)
- 10 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 15 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG
- 30 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS
KAMI DI GOMBAK ( BERDEKATAN GIANT BT CAVES DAN MCD SERI GOMBAK)
- 10 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 15 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG
- 30 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS
- 10 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 15 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG
- 30 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS
Ez Bro
Ez Bro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan