Pakar Repair MacBook Sekitar Lembah Klang | Mecnote – Servis Pantas & Berkualiti: Tips Penjagaan Bateri Laptop

Cari Model Mac

Isnin, 18 Disember 2017

Tips Penjagaan Bateri Laptop

Tips Penjagaan Bateri Laptop

 
Ada beberapa tips yang boleh dilakukan untuk menjaga bateri laptop anda. Mari lihat beberapa tips tersebut yang akan di kongsikan bersama.
1. CHARGE BATERI ATAU LAPTOP BARU TERLEBIH DAHULU
Penjagaan bateri laptop bermula sejak anda mula membeli bateri itu lagi, sama ada ketika membeli laptop baru ataupun ketika membeli bateri baru sebagai menggantikan bateri yang sudah rosak .
Biasanya kalau anda pergi ke kedai mesti orang kedai akan cakap “ laptop ni atau bateri laptop ni kena kasi charge dulu 8jam jangan guna dulu” perkataan macam ini lah yang selalu keluar dari mulut mereka.
Ramai diantara kita mengabaikannya sebab tidak sabar nak guna benda baru. Sama seperti handphone, bateri laptop juga perlu di cas sekurangnya 8jam untuk pertama kali sebelum digunakan.
2. OVERCHARGING
Elakkan terlebih cas (overcharging), ini kerana ia boleh menyebabkan kepanasan dan mengurangkan kualiti bateri. Cabut charger apabila indicator sudah menunjukkan bateri sudah 90%-100% penuh (fully charged)
3. JANGAN CABUT BATERI SESUKA HATI
Jangan cabut bateri ketika bateri sedang cas atau sedang menggunakan kuasa bateri. Kalau mahu cabut bateri pastikan laptop dalam keadaan shutdown (bukan sleep atau hibernate) atau cabut charger.
4. JANGAN BERMAIN DI ATAS PERMUKAAN FABRIK
Jangan menggunakan laptop diatas permukaan fabrik seperti tilam, bantal, selimut dan sebagainya adalah tidak baik untuk bateri dan laptop anda. Ini kerana kepanasan yang melampau boleh menyebabkan bateri anda untuk lebih cepat rosak dan laptop anda.
 5. JANGAN BIARKAN BATERI ANDA 0% ATAU 100% JIKA DITANGGALKAN
Sekiranya anda tidak mahu menggunakan bateri untuk lebih dari 1 minggu, pastikan anda menyimpan sekurang kurangnya 50% kuasa dalam bateri itu. Jika anda tinggalkan dengan kuasa yang penuh (100%), bateri akan kembang dan tidak dapat menyimpan banyak kuasa. Jika anda tidak menyimpan kuasa langsung (0%), di khuatiri bateri tidak boleh dicas semula.
6. JANGAN TERLALU KERAP CHARGE BATERI
Elakkan dari selalu mengecas bateri. Setiap bateri laptop mempunyai jangka hayat lebih kurang 300-500 kitaran (cycle) cas. Bila anda menggunakan kuasa bateri penuh (100%) sehingga habis (10%) dan kemudian cas sehingga indicator menunjukkan bateri sudah penuh atau fully charged 100% di kira 1 kitaran (cycle) cas.
Anda dinasihatkan jangan menggunakan kuasa bateri sehingga habis sepenuhnya 0%. Tinggalkan sekurang-kurangnya 10% dari kuasa yang ada. Adalah lebih baik jika anda menggunakan bateri sehingga habis (10%) dan cas sampai penuh (fully charged 100%).
Ini dikira 1 kitaran (cycle) dari anda menggunakan bateri 50% dan cas balik, ini juga dikira 1 kitaran (cycle).
7. ELAK DARI PERSEKITARAN YANG PANAS
Bercakap suhu, pastikan anda tidak meninggalkan laptop atau bateri anda di dalam kereta yang panas sepanjang hari. Atau meletakannya diatas permukaan yang panas seperti desktop.




Untuk mengatahui lebih lanjut silalah lawati website kami di Macnote Studio


Tak tahu dimana lokasi MACNOTE Gombak?


Anda boleh hubungi kami melalui:
                         


Anda amat dialu-alu datang terus ke MACNOTE di Gombak:


KAMI DI GOMBAK ( BERDEKATAN GIANT BT CAVES DAN MCD SERI GOMBAK)
- 10 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 15 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG 
- 30 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS





Ez Bro




Tiada ulasan:

Catat Ulasan