Pakar Repair MacBook Sekitar Lembah Klang | Mecnote – Servis Pantas & Berkualiti: Tips Penjagaan Laptop

Cari Model Mac

Jumaat, 29 Disember 2017

Tips Penjagaan Laptop

Tips Penjagaan Laptop

 


Penggunaan laptop menjadi trend pada masa ni. Penjagaan laptop amat penting untuk memanjangkan jangka hayat laptop tersebut agar tahan selama mana yang mungkin.

Di bawah ni ada serba sedikit tips penjagaan laptop utk anda semua.

Bateri

·         Elakkan daripada penggunaan bateri.
·         Komputer lebih sejuk tanpa haba dari bateri.
·         Jika bateri sudah habis dicas, digalakkan menggunakan kuasa dari adapter.
·         Pastikan bateri berada di bawah 10 peratus sebelum dicas semula.
·         Jika terlalu kerap dicas, bateri akan kehilangan keupayaan menyimpan tenaga di bawah 50 peratus.

Keyboard 

·         Letakkan sekeping kertas A4 untuk papan kekunci setiap kali tidak menggunakannya untuk menghindarkan papan kekunci dimasuki habuk.
·         Sesekali lapkan papan kekunci dengan perlahan-lahan. Jangan terlalu kasar untuk mengelakkan butang kekunci rosak.
·         Kalau boleh gunakan papan kekunci dan tetikus berasingan supaya kita tidak terlalu kerap menggunakan papan kekunci di komputer riba.

Skrin LCD 

·         Lapkan ia selalu kerana mudah dimasuki habuk.
·         Gunakan screen saver.
·         Power management setkan pada Turn Off monitor in minutes berapa lama yang anda mahu.
·         Elakkan menyentuh skrin dengan jari kerana kesan jari yang berminyak menyukarkan untuk pembersihan.
·         Jangan letakkan jari di skrin kerana boleh menyebabkan Dead Pixel.

Haba Panas 

·         Pastikan komputer riba anda ada ruang untuk mengeluarkan haba panas.
·         Perlu diingat komputer riba mempunyai ruang simpanan yang kecil.

Surge Protector 

·         Fungsinya sebagai menjaga perisian dan perkakasan daripada rosak.
·         Disyorkan jenama APC, BELKIN atau TARGUS.
·         Kelebihan APC - mempunyai bateri simpanan, line protection (tiada elektrik tapi masih boleh dihidupkan lagi) dan mempunyai amaran kehabisan bateri.
·         Kelebihan lain Surge Protector ialah menjaga HDD dan Power Supply.

Port 

·         Sentiasa dibersihkan kerana mudah dimasuki habuk.
·         Gunakan berus atau berus gigi lama.
·         Pastikan suis dimatikan ketika membuat pembersihan.



Untuk mengatahui lebih lanjut silalah lawati website kami di Macnote Studio


Tak tahu dimana lokasi MACNOTE Gombak?


Anda boleh hubungi kami melalui:
                         


Anda amat dialu-alu datang terus ke MACNOTE di Gombak:


KAMI DI GOMBAK ( BERDEKATAN GIANT BT CAVES DAN MCD SERI GOMBAK)
- 10 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 15 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG 
- 30 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS





Ez Bro



Tiada ulasan:

Catat Ulasan