Troubleshoot Masalah
Wireless Connection
Masalah
Wi-Fi tak boleh connect, icon Wi-Fi gambar “X”, kalau boleh connect dengan
internet pun keluar “Limited / No Connectivity. Situasi ni boleh buat orang
stress.
Masalah
macam ni boleh mengganggu produktiviti anda, Nak mencari informasi nak
kene surfing internet tak boleh.
Apa
yang boleh anda lakukan sekiranya perkara ini berlaku?
Ada
beberapa cara yang boleh anda gunakan untuk troubleshoot masalah seperti ini.
Diantaranya :-
Pertama
sekali yang boleh anda lakukan adalah reset atau matikan dahulu modem internet
anda selama 60 saat lepas tu on balik modem bagi mereka yang
mereka yang menggunakan streamy, unifi dan sebagainya.
Kedua
anda boleh cuba untuk forget Wireless network anda dan connect balik ke
Wireless network tersebut. Caranya Mudah Sahaja right
klik pada icon wireless anda dan pilih open network and sharing center >
pilih wireless networks dibahagian kiri paparan skrin anda > Dalam Bahagian
ni anda pilih wireless network mana yang anda gunakan dan klik remove
> Tutup dan klik balik pada icon Wi-Fi anda dan pilih wireless network anda
dan masukkan balik password.
Ketiga
anda boleh menggunakan command prompt. Caranya pergi ke startup menu dan
dibahagian search anda taip command prompt > Dalam command prompt anda boleh
taip ipconfig/renew (tekan enter) > taip exit (tekan enter).
Keempat
Ada kemungkinan Driver wireless laptop anda bermasalah atau hilang. Apa yang
anda boleh lakukan. Guna dulu mana-mana laptop atau pc yang ada sambungan
internet. Dalam search box google tu anda taip jenama dan model
laptop anda contohnya (download driver acer aspire ####). Tekan pada link
website acer dan cari dan download driver wireless network laptop tersebut, dan
copy pada pendrive dan install pada laptop anda (pastikan anda download khas
untuk windows yang anda gunakan win7/8/10).
Kelima
anda boleh cuba format balik laptop anda. Dengan install operating system yang
baru dan install balik semua driver yang diperlukan. kalau ada backup data baik
anda backup dahulu fail-fail yang penting dekat external hardisk atau pendrive.
Keenam
kalau icon wireless anda gambar “X” anda kemungkinan anda ter toggle off wi-fi
anda. Cuba
carik logo wireless pada keyboard anda ataupun ada suis on/off wireless pada
bahagian sisi laptop anda. anda boleh cuba cari driver wireless dari internet
ikut cara diatas tu. Kalau ada dah cuba ni semua maknanya wireless card anda
dah rosak
Cara
terakhir kalau wireless card rosak anda perlu tukar wireless card tersebut
dengan yang baru. Kos agak tinggi tapi kalau anda nak jimat boleh gunakan
tp-link. Fungsi tp-link ni sama je macam wireless laptop cuma anda perlu
sambungkan pada slot usb kalau nak connect internet.
Untuk mengatahui lebih lanjut silalah lawati website kami di Macnote Studio
Tak tahu dimana lokasi MACNOTE Gombak?
Anda boleh hubungi kami melalui:
Anda amat dialu-alu datang terus ke MACNOTE di Gombak:
KAMI DI GOMBAK ( BERDEKATAN GIANT BT CAVES DAN MCD SERI GOMBAK)
- 10 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 15 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG
- 30 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS
- 10 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 15 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG
- 30 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS
Ez Bro
Ez Bro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan