Apple dilihat kini kembali membenarkan pengguna untuk mempertingkatkan komponen-komponen tertentu pada iMac dan langkah ini selaras dengan kehendak majoriti pengguna yang tidak mahukan peranti elektronik ‘pakai buang’.
Sebelum ini, sesetengah pengguna produk Apple seringkali merungut kerana tidak boleh meningkatkan keupayaan keupayaan peranti masing-masing seperti untuk meningkatkan kapasiti RAM.
Baru-baru ini laman baik pulih peranti-peranti Apple, iFixit telah mendedahkan iMac 21.5 inci dengan paparan 4K yang terkini mempunyai slot RAM dan CPU yang boleh ditukar ganti oleh pengguna sendiri. Ia merupakan iMac 21.5 inci pertama yang mempunyai RAM boleh naik taraf semenjak tahun 2013 dan juga iMac pertama yang boleh menaik taraf CPU sejak 2012.
Selain itu, iMac 27 inci turut menawarkan RAM yang boleh dinaiktaraf. Bagaimanapun, bagi model-model iMac lain yang lebih kecil pula, Apple telah mematerikan RAM pada peranti berkenaan dan seterusnya tidak membenarkan ia dinaik taraf. Begitu juga pada model-model terkini MacBook dan MacBook Pro.
Langkah ini diharap bakal mengembalikan Apple ke arah membenarkan pengguna-penggunanya menaik taraf peranti-peranti yang dimiliki memandangkan peranti-peranti Apple dijual pada harga yang lebih tinggi berbanding peranti-peranti pengeluar lain.
Apa pun, ia tentunya menggembirakan sesetengah pengguna yang berkemahiran melakukan baik pulih sendiri peranti masing-masing selain memberikan kelegaan buat peniaga yang menawarkan perkhidmatan baik pulih peranti-peranti Apple.
credit to anakaskarpencen
Semoga tips ini dapat membantu anda.
Jangan lupa share ya.
Anda ada masalah dengan MacBook/Laptop/Iphone?
Slow
Rosak
Serangan Virus
Jangan risau!! Kami boleh bantu menyelesaikan masalah anda..
Tak tahu dimana lokasi MACNOTE STUDIO UIA Gombak?
Anda boleh hubungi kami melalui:
· WhatsApp Abang M
· Facebook Macnote studio
· Hotline 03-4010 3014
Anda boleh datang terus ke MACNOTE di UIA Gombak:
1. KAMI DI GOMBAK ( DALAM UIA GOMBAK)
- 15 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG
- 30 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
-40 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS
Tiada ulasan:
Catat Ulasan