Pakar Repair MacBook Sekitar Lembah Klang | Mecnote – Servis Pantas & Berkualiti: Beberapa Trik Google Chrome Yang Anda Mungkin Tidak Tahu

Cari Model Mac

Selasa, 16 Januari 2018

Beberapa Trik Google Chrome Yang Anda Mungkin Tidak Tahu


Dengan rilisnya Firefox Quantum, boleh dikatakan Google kembali mempunyai pesaing baru. Sebelum ni ia tidak tertanding meskipun adanya Brave, Opera, Internet Explorer...
Tetapi itu bukan bererti Chrome sudah menjadi ‘out of date’, ‘obsolete’, apatah lagi ‘expired’. 
Banyak perkara boleh dilakukan dengan Chrome yang penggunanya tidak tahu, melainkan rajin membaca. Berikut saya cuba senaraikan beberapa ciri atau fungsi yang ada pada Chrome, barangkali anda tidak tahu pun ia boleh dilakukan.
1. Buat Pintasan Karang E-mel Baharu
Nak buat aliran kerja anda lebih laju lagi?
Anda boleh, dengan menjadikan Omnibar sebagai kawasan pintasan untuk mencipta emel baharu. Sangat mudah.
Caranya ialah dengan pergi ke bahagian tetapan (Settings) > cari atau taip ‘Search’. Klik pada bahagian ‘Manage search engines’.

Di bahagian ‘Other search engines’, klik butang ‘ADD’. Kemudian pada bahagian:
a) Search engine: Masukkan apa-apa nama yang anda mahu.

b) Keyword: Letakkan huruf ‘e’ di situ.
c) URL with %s in place of query: mailto:?subject=%s



Sekarang, jika anda buka tab baru, taipkan huruf ‘e’ dan tekan kekunci spacebar, ia akan menjadi seperti gambar di bawah:

Apa-apa yang anda taip akan menjadi subjek emel. Tekan Enter, anda akan ‘dibawa’ kepada Outlook, atau tab baru dengan paparan pengarang emel.
2. Jadikan Tab Chrome Sebagai ‘Notepad’
Kalau anda nak jadikan tab Chrome baru sebagai notepad, supaya lebih senang untuk dipantau, maka buka tab baru dan masukkan: data:text/html, <html contenteditable> lalu tekan Enter.
Ya, Notepad sedia ada dalam Windows lebih banyak ciri, tetapi ‘Notepad’ dari Chrome lebih ‘hampir’ dengan anda dan ianya tidak memerlukan anda untuk memasang apa-apa extension sekalipun.


3. Menyimpan Fail Sebagai PDF
Mungkin ada yang berkata mereka lebih sukakan Pocket, untuk menyimpan mana-mana artikel untuk dibaca kemudian. Namun ini bukan soal hendak membaca semata-mata. Jika anda memang hendak menyimpan sesebuah laman sebagai fail PDF, anda boleh lakukannya.
Hanya perlu tekan kekunci Ctrl + P, kemudian tukarkan destinasi cetakan kepada ‘Save as PDF’.



4. Menggunakan Chrome Sebagai Pemain Media/Video
Terkadang kita hanya ingin menonton sebuah video secara sementara sahaja. Jadi adakalanya penggunaan pemain media atau video seperti VLC dan SM Player agak overwhelming.
Apapun alasannya, anda boleh gunakan Chrome sebagai pemain video dengan hanya seret dan lepas pada tab baru. Jika anda ingin mainkan ia pada skrin yang lebih besar, klik pada menu dan tekan butang ‘Cast…’.

5. Buka Kembali Tab Yang Telah Ditutup
Sama ada secara sengaja atau tidak, anda pasti kadangkala hendak buka semula tab yang telah ditutup. Anda boleh lakukannya dengan dua cara iaitu dengan mengklik kanan pada sudut atas Chrome, dan klik pada pilihan ‘Reopen closed tab’, atau lebih pantas lagi dengan menekan gabungan kekunci Ctrl + Shift + T.




Semoga tips ini dapat membantu anda. 

Jangan lupa share ya.

Anda ada masalah dengan MacBook/Laptop/Iphone?

Slow

Rosak

Serangan Virus

Jangan risau!! 
Kami boleh bantu menyelesaikan masalah anda.. 

Tak tahu dimana lokasi 

MACNOTE STUDIO UIA Gombak?

Anda boleh hubungi kami melalui:

          ·   WhatsApp Abang M
          ·   Facebook Macnote studio
          ·   Hotline 03-4010 3014


Lot 1 As-Souq At-Tullab ,Mahallah Ali Ibn Talib, 
International Islamic University Malaysia, 
Universiti Islam Antarabangsa, 
53100 Jalan Gombak, 
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


Google Maps : Macnote Mobile
E-mail  : macbookstation@gmail.com


Waktu Operasi : Isnin - Ahad (10 a.m. - 9 p.m.) Setiap Hari

                         

Anda boleh datang terus ke MACNOTE di UIA Gombak:

1. KAMI DI GOMBAK ( DALAM UIA GOMBAK)

- 15 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG

- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG 

- 30 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL

-40 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan