Pakar Repair MacBook Sekitar Lembah Klang | Mecnote – Servis Pantas & Berkualiti: Cara Menjaga Komputer yang Sangat Mudah (Part 1)

Cari Model Mac

Jumaat, 5 Januari 2018

Cara Menjaga Komputer yang Sangat Mudah (Part 1)

Cara Menjaga Komputer yang Sangat Mudah (Part 1)


Apakah caranya supaya anda bukan sahaja dapat menjimatkan perbelanjaan di samping memiliki desktop PC yang berkuasa tepat dengan selera anda?

1.       Kesesuaian Random Access Memory (RAM)
Pengguna sedia maklum kapasiti RAM menentukan kelancaran desktop anda. Tugasnya yang menjadi perumah penyimpanan sementara apabila desktop berfungsi dan bekerja. Oleh itu, sesuaikan dengan keadaan. Jika anda ingin prestasi lancar untuk ‘kerja berat”, tambah RAM ke slot desktop anda. 2GB mungkin mencukupi untuk kerja-kerja biasa tetapi kini jika dengan 8GB RAM adalah cukup baik dan sesuai untuk prestasi unggul.

2.       Hapuskan spyware
Asasnya, Spyware akan mengumpul maklumat peribadi anda tanpa kebenaran. Serangan ini berisiko tinggi mendedahkan anda kepada kebocoran maklumat. Selain daripada kebimbangan privasi, spyware turut boleh menjejaskan prestasi komputer anda. Untuk memerangi spyware, anda mungkin ingin mempertimbangkan untuk menggunakan imbasan keselamatan PC dari Windows Live OneCare. Imbasan ini adalah perkhidmatan percuma yang membantu menyemak dan membuang virus.

3.       Fail DLL berlebihan
Selepas anda menghapuskan perisian yang pernah dipasang, beberapa jenis fail DLL perlu dihapuskan daripada sistem pemacu. Ia sudah tidak perlu digunakan oleh Windows lagi. Anda perlu ‘membersihkan’ daripada sistem sebelum ia mengambil alih ruangan kosong dan mengisi tempat kosong di RAM anda. Apabila bertambah serius, respons desktop akan perlahan kerana kekurangan RAM.

4.       Laraskan kesan visual
Fungsinya boleh dilumpuhkan jika anda ingin desktop kembali pada skala asal. Anda boleh mengoptimumkan prestasi dengan menukar cara menu dan windows muncul. Selain itu, anda juga boleh membuat pilihan untuk memilih mana yang tidak perlu satu persatu atau pun membiarkan Windows desktop anda melakukannya secara automatik.

5.       Bebaskan ruang pemacu
Aplikasi Disk Cleanup membantu anda untuk membebaskan ruang pada pemacu keras anda untuk meningkatkan prestasi desktop. Ia akan mengenal pasti fail yang anda boleh padam dengan selamat serta kemudiannya turut membolehkan anda untuk memilih sama ada untuk memadam sebahagian atau kesemua fail yang dikenal pasti.

6.       Kad grafik
Mempunyai kad grafik yang baik adalah syarat penting bagi yang gila ‘games’. Perincian yang ditawarkan memberikan pengalaman kelancaran serta benar-benar membantu. Apabila grafik anda tidak bersesuaian, itulah yang menyebabkan visual tersekat-sekat serta desktop ‘hang’. Anda perlu memeriksa keperluan sistem permainan dan mencari kad grafik yang bersesuaian serta memenuhi keperluan sistem.

7.       Laraskan tetapan kuasa
Menukar tetapan yang berkaitan dengan kuasa supaya komputer anda bermula dari tetapan menjimatkan tenaga dengan lebih cekap. Selain itu, sesuaikan penggunaan bateri untuk komputer mudah alih.

8.       Optimumkan Registry
Biasanya apabila desktop anda mengalami beberapa kesilapan atau pun mula tidak lancar, anda perlu optimumkan Registry anda terlebih dahulu. Registry tanpa sedar ditakrifkan memberi impak yang besar kerana mengandungi data yang tidak boleh diabaikan serta parameter pemacu peranti, program perisian dan sistem anda. Selain itu, ia juga mengoperasi sistem boots dan perintah lain.

9.       Melumpuhkan Wireless Internet dan Bluetooth
Jika anda tidak menggunakan internet atau Bluetooth, mempertimbangkan untuk melumpuhkan perkakasan tersebut untuk menjimatkan sumber.

10.   Mengurus program mula (startup)
Beberapa program akan bermula secara automatik apabila anda membuka Windows. Informasi, apabila terlalu banyak program yang dibuka pada masa yang sama ia akan menyebabkan desktop anda bekerja dengan perlahan.  Untuk melumpuhkan program ini daripada permulaan dan meningkatkan prestasi, gunakan Windows Defender.



Untuk mengatahui lebih lanjut silalah lawati website kami di Macnote Studio


Tak tahu dimana lokasi MACNOTE Gombak?


Anda boleh hubungi kami melalui:
                         


Anda amat dialu-alu datang terus ke MACNOTE di Gombak:


KAMI DI GOMBAK ( BERDEKATAN GIANT BT CAVES DAN MCD SERI GOMBAK)
- 10 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 15 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG 
- 30 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS





Ez Bro



Tiada ulasan:

Catat Ulasan