Laptop merupakan alat elektronik yang sangat penting untuk kegunaan kita dalam melakukan tugasan dan sebagainya. Ramai diantara kita memiliki sekurangnya satu laptop di rumah.
Dan kalau boleh kita tidak mahu laptop yang digunakan it rosak. Terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan laptop yang anda gunakan itu mengalami kerosakkan atau cepat rosak.
1. ON LAPTOP UNTUK JANGKA MASA YANG LAMA
Kebanyakkan orang kalau dah on laptop tu mesti lebih dari 5 jam betul tak? Kebiasaanya kalau anda melakukan kerja-kerja di laptop mengambil masa yang lama.
Dinasihatkan kalau anda ingin menggunakan laptop untuk jangka masa yang lama, elok anda berhenti seketika dan matikan laptop tersebut. Biar laptop dan komponen didalamnya itu sejuk, lepas itu anda boleh sambung kerja anda.
2. ELAK DARI MELETAKKAN MINUMAN BERDEKATAN DENGAN LAPTOP ANDA
Perkara ini ramai di antara kita suka lakukan. Dengan meletakkan makanan atau minuman berhampiran dengan laptop. Ini merbahaya untuk laptop anda dimana minuman tersebut tertumpah pada laptop boleh menyebabkan kerosakan yang kecil atau besar. Komponen elektronik sememangnya tidak ngam dengan cecair atau air.
3. JANGAN LUPA TANGGALKAN BATERI SEKIRANYA ANDA SEDANG MELAKUKAN KERJA SAMBIL MENGECAS.
Ini adalah sangat tidak baik untuk laptop anda. Tidak menanggalkan bateri sambil guna direct power dan anda sedang melakukan kerja, boleh menyebabkan bateri dan laptop anda itu sendiri untuk rosak cepat.
Ini kerana direct power sekali dengan bateri charging dan sambil bermain laptop menyebabkan laptop tu panas yang lebih dari biasa. Anda perlu tahu dimana suhu dan haba yang panas merupakan musuh utama laptop.
4. JANGAN SAMAKAN LAPTOP ANDA ITU MACAM SUIZ LAMPU MAIN ON/OFF
Mematikannya sekali sehari seperti pada waktu malam adalah baik. Walau bagaimanapun, jika anda kerap on/off untuk beberapa kali sehari sebagai contoh suis lampu di tandas bila nak masuk on, bila keluar off.
Rasanya dalam sehari berapa kali anda ke tandas? Ini boleh menyebabkan tekanan pada laptop tersebut dan berkemungkinan berlaku kerosakan software atau hardware. Jadi cuba untuk kurangkan perkara ini.
5. TIDAK MEMBERSIHKAN LAPTOP
Untuk makluman anda. Tidak mengambil kisah tentang kebersihan pada laptop anda. Maksudnya tidak mahu membersihkan segala habuk dah debu yang telah melekat pada kipas laptop dan tidak hiraukan thermal paste yang telah lama kering tapi tak ditukar. Ini juga merupakan punca kenapa laptop anda cepat rosak.
Bayangkan kipas laptop itu penuh habuk, dan anda tidak menghiraukannya, lama kelamaan kipas akan berfungsi dengan perlahan dan angin yang dihasilkan tidak laju seperti dulu.
Lalu menyebabkan komponen didalam laptop itu overheating. Bila overheating macam-macam masalah boleh jadi, paling teruk motherboard terbakar.
credit to frlaptopservice
Semoga tips ini dapat membantu anda.
Jangan lupa share ya.
Anda ada masalah dengan MacBook/Laptop/Iphone?
- Slow
- Rosak
- Serangan Virus
Jangan risau!! Kami boleh bantu menyelesaikan masalah anda..
Tak tahu dimana lokasi MACNOTE STUDIO UIA Gombak?
Anda boleh hubungi kami melalui:
· WhatsApp Abang M
· Facebook Macnote studio
· Hotline 03-4010 3014
Anda boleh datang terus ke MACNOTE di UIA Gombak:
1. KAMI DI GOMBAK ( DALAM UIA GOMBAK)
- 15 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG
- 30 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
-40 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS
- 30 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
-40 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS
Tiada ulasan:
Catat Ulasan