Pakar Repair MacBook Sekitar Lembah Klang | Mecnote – Servis Pantas & Berkualiti: Kelebihan dan Kekurangan hdd dan ssd

Cari Model Mac

Khamis, 4 Januari 2018

Kelebihan dan Kekurangan hdd dan ssd

Image result for hdd vs ssd
Kedua-dua storan ini memainkan peranan yang sama: Boot OS, simpan data, simpan fail aplikasi dan lain-lain. Tetapi kedua-duanya ini mempuyai kelebihan dan kelemahan masing-masing.

1. Harga

Secara kasar, SSD jauh lebih mahal berbanding dengan HDD (dari sudut ringgit untuk setiap GB). Biasanya harga SSD adalah 2-3 kali ganda HDD yang sama kapasiti. Perkara ini agak logik kerana HDD sudah lama digunakan, manakala solid state drive masih baru – oleh sebab itu HDD sangat murah.
TL,DR: HDD lebih murah

2. Kapasiti

Jika dibandingkan dari segi kapasiti, biasanya SSD yang dipilih oleh rakyat Malaysia adalah di antara 128GB hingga 512GB – walaupun kapasiti tertingginya sudah mula mencecah 4TB, tetapi tersangat mahal dan tersangat jarang dijumpai.
HDD pula, kapasiti yang paling kecil yang boleh dijumpai semasa artikel ini ditulis adalah 500GB, dan sehingga 3TB – walaupun kapasiti yang besar, harganya masih dikira mampu milik kerana pasaran data storan yang semakin pesat.
TL,DR: HDD lebih besar

3. Kelajuan Baca/Tulis

Bab kelajuan adalah dimana SSD menyerlah. Dengan menggunakan SSD, anda boleh harapkan komputer anda boot dalam beberapa saat sahaja (dengan syarat tiada bloatware). Bagi HDD pula, inilah kelemahan terbesarnya – HDD sangat lambat.
Biasanya, laptop dan komputer yang menggunakan HDD perlu sekurang-kurangnya seminit atau dua untuk boot kedalam OS.
Dengan kelajuan yang tinggi, anda boleh melancarkan aplikasi dan membuka fail-fail besar dalam jangka masa yang lebih singkat, lantas menjimankan masa dan meningkatkan kadar produktiviti.
TL,DR: SSD lebih laju

4. Fragmentation

Bagi HDD, ia sudah direka untuk menulis data secara dalam bentuk “blok” pada cakera keras. Data-data akan mula berselerak apabila anda banyak memindah data, delete fail, menyimpan movie dan sebagainya. Apabila perkara itu berlaku, ia akan melambatkan sistem proses data.
Oleh sebab itu, bagi pengguna HDD, mereka dinasihatkan untuk kerapkan defrag (dengan menggunakan software) HDD mereka untuk menyusun kembali data-data tersebut.
Manakala, bagi pengguna SSD, mereka tidak perlu sebarang fragmentation ke atas data-data mereka – kerana kaedah penyimpanana datanya tidak sama dengan HDD. Malah, anda boleh rosakkan SSD jika melakukan fragmentation.
TL,DR: SSD tidak perlu defrag

5. Ketahanan

Solid State Drive tidak mengandungi sebarang bahagian yang bergerak, oleh sebab itu kita boleh simpulkan bahawa ianya lebih lasak, dan lebih tahan jika laptop anda terjatuh dan sebagainya. HDD mempunyai cakera dan jarum, dan akan berpusing semasa beroperasi – sekiranya laptop anda terjatuh, terdapat risiko yang jarum hard disk tersebut patah dan sebagainya.
TL,DR: SSD lebih tahan lasak

6. Availability

Buat masa ini, HDD mempunyai lebih banyak pilihan. Terdapat banyak pengeluar HDD, termasuklah Western Digital, Toshiba, Seagate, Samsung, dan Hitachi. Oleh sebab itu, anda lebih senang untuk dapatkan pelbagai pilihan untuk HDD, tetapi tidak bagi SSD.
Masa artikel ini ditulis, jika anda pergi ke kedai komputer yang kecil-kecilan, mereka mungkin tidak menawarkan SSD. Jika ada pun, hanya satu dua jenama sahaja.
TL,DR: HDD lebih senang untuk didapati

7. Bunyi

HDD mempunyai bahagian yang berpusing semasa ia beroperasi, dan ini secara tidak langsung akan mengeluarkan bunyi, walaupun sedikit. Bagi Solid State pula, yang mana 100% chip, tidak mengeluarkan sebarang bunyi langsung.
TL,DR: SSD tidak mengeluarkan bunyi

Keseluruhan

HDD menang dari segi harga, kapasiti dan availability
SSD menang dari segi kelajuan, daya tahan, bunyi dan fragmentation
Jika anda tidak risau akan harga dan kapasiti, Solid State Drive sudah pasti satu pembelian yang lebih baik kepada anda.
Semoga tips ini dapat membantu anda. 

Jangan lupa share ya.

Anda ada masalah dengan MacBook/Laptop/Iphone?
  • Slow
  • Rosak
  • Serangan Virus

Jangan risau!! Kami boleh bantu menyelesaikan masalah anda.. 

Tak tahu dimana lokasi MACNOTE STUDIO UIA Gombak?

Anda boleh hubungi kami melalui:
          ·         WhatsApp Abang M
          ·         Facebook Macnote studio
          ·         Hotline 03-4010 3014

                         

Anda boleh datang terus ke MACNOTE di UIA Gombak:

1. KAMI DI GOMBAK ( DALAM UIA GOMBAK)

- 15 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG 
- 30 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
-40 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS


Tiada ulasan:

Catat Ulasan