Masalah Biasa Komputer dan
Penyelesaiannya
Kadang kala peranti
komputer desktop/laptop/notebook sering kali mengalami masalah-masalah kecil
yang sebenarnya boleh diatasi sendiri tanpa bazirkan duit untuk terus
menghantarnya ke juruteknik atau kepada pakar. Lakukan pemeriksaan awal
terlebih dahulu.
Nota : Sesetengah penyelesaian (langkah
demi langkah) dikhususkan untuk pengguna komputer dengan sistem operasi (OS)
Windows 7 sahaja.
1-Gangguan bekalan kuasa
Jika anda selalu
mengalami gangguan kuasa dan masalah voltan secara tiba-tiba, ia boleh
menyebabkan kerosakan teknikal yang turut menyebabkan kerosakan perkakasan dan
kehilangan data. Jangan ambil mudah jika ia selalu berlaku.
Penyelesaian
Gunakan
Uninterruptible Power Supply (UPS) yang akan menyediakan aliran tenaga kuasa
berterusan kepada komputer walaupun menghadapi gangguan kuasa secara tiba-tiba.
Ia akan menyediakan anda masa yang mencukupi untuk menyimpan data dan menutup
komputer.
2-Kepanasan
Sering kali berlaku
kes komputer/laptop tidak memiliki sistem penyejukan yang mencukupi yang mana
tidak mampu menampung kerja-kerja yang anda sedang lakukan. Apabila ia berlaku,
komponen komputer/laptop tersebut mulai menjana haba berlebihan semasa
beroperasi.
Penyelesaian
Untuk mengelakkan
masalah ini berterusan, matikan komputer/laptop anda terlebih dahulu dan
biarkan ia sebentar. Selain itu, periksa pada kipas bagi memastikan ia
berfungsi dengan baik. Untuk laptop, jangan biarkan ia di atas lantai semasa
bekerja sebaliknya dapatkan kipas tambahan sebagai sokongan penyejukan.
3-Bunyi bising/asing dan getaran
Masalah ini
hampir-hampir pasti berkaitan perkakasan pada komputer anda. Bunyi yang bernada
tinggi biasanya disebabkan oleh perkakasan elektronik. Walau apa pun alasannya,
anda boleh cuba untuk melakukan pemeriksaan awal.
Penyelesaian
Buka casing
komputer anda berhati-hati, untuk mengetahui penyebab masalah tersebut periksa
sama ada ia datang daripada kipas atau wayar/skru yang longgar daripada
kedudukan asal. Jika ia bukan berpunca daripada dua masalah tersebut, jangan
usik komponen lain dan dapatkan bantuan juruteknik atau orang yang lebih pakar.
4-Komputer reboot sendiri
Masalah komputer
berulang kali reboot sendiri. Kes ini selalunya disebabkan oleh perkakasan
komputer itu sendiri.
Penyelesaian
Periksa keadaan
semasa bekalan kuasa yang anda gunakan, sama ada telah mengalami kerosakan atau
pun masih dalam keadaan baik. Selain itu, mungkin kipas penyejuk anda telah
kotor yang mana habuk yang terkumpul pada kipas akan mempercepatkan pemanasan
yang mana akan menyebabkan komputer anda akan mati secara automatik.
5-Sambungan USB tidak berfungsi
Kadang kala apabila
anda cuba menyambung peranti seperti pencetak, scanner, kamera web dan
lain-lain melalui USB ke komputer/laptop/notebook/dll, ia tidak berfungsi.
Sebenarnya, sesetengah port hub USB, monitor atau peranti lain yang digunakan
sebagai perantara tidak memberikan kuasa yang mencukupi untuk menyokong peranti
tersebut. Ia memerlukan hub yang memiliki nilai kuasa tersendiri untuk
berfungsi dengan baik.
Penyelesaian
Cuba untuk terus
menyambung USB tersebut secara langsung ke salah satu port USB komputer anda
tanpa sebarang perantara. Alatan kecil seperti pemacu USB, mouse dan lain-lain
memiliki nilai kuasa sendiri tetapi elakkan menggunakan perantara bagi peranti
yang memerlukan lebih kuasa.
6-Masalah pencetak (printer)
Pertama sekali
perkara yang perlu dilakukan adalah sambungkan secara terus pencetak ke
komputer anda mengikut arahan pengilang pencetak anda. Kemudian cuba untuk
troubleshooter pencetak tersebut yang mana ia akan mendiagnosis secara
automatik dan menyelesaikan masalah anda.
Penyelesaian
Windows 7 – Buka
troubleshooter pencetak dengan klik pada Start > Control Panel > taip
troubleshooter pada kotak carian> Troubleshooting > Di bawah Hardware and
Sound, klik pada Use a printer > Next.
7-Prestasi komputer semakin perlahan
Apabila menyedari
komputer anda mulai perlahan dengan ketara tidak sepadan dengan usianya,
masalah yang mungkin dialami antaranya adalah kerana banyak dengan fail-fail
yang tidak perlu, data selerak, fragment, registry korup, gangguan program
spyware, service atau perisian.
Penyelesaian
Manage program dan
padam data dan uninstall perisian yang tidak perlu, bersihkan registry dengan
lebih kerap bagi membantu meningkatkan sekurang-kurangnya 30% daripada kelajuan
prestasinya.
8-Cara membuang perisian yang tidak
perlu atau tidak digunakan :
Windows 7 – Butang
Start > Control Panel > Lihat pada Programs > Uninstall a program >
Pilih program/perisian dan klik Uninstall/Change/Repair.
#Anda perlu
berhati-hati supaya tidak terbuang program/perisian yang penting.
9-Ralat mesej ketika start-up
Pernah mengalami
situasi ketika menghidupkan komputer, anda dapat melihat mesej-mesej ralat pada
skrin seperti ‘mpclink.xyz’ hilang atau rosak dengan diminta klik pada sebarang
kekunci untuk meneruskannya. Jika melihat mesej ini, anda perlu menekan kekunci
kira-kira 8 hingga 10 kali sebelum terus guna Windows semula.
Penyelesaian
Ini berlaku kerana
anda telah hanya memadam sesuatu program tetapi tidak menyahaktifkan
pemasangannya. Jika anda benar-benar ingin membuang sesuatu aplikasi atau
program, ikuti seperti langkah nombor 1.
10-Skrin membeku /hang (Frozen)
Apabila skrin anda
tidak membenarkan sebarang tindak balas dilakukan atau dalam erti kata lain
membeku / hang, anda mengalami risiko kehilangan apa-apa kerja yang masih belum
disimpan. Puncanya boleh dikatakan kerana RAM tidak mencukupi, konflik
registry, fail korup atau hilang dan spyware.
Penyelesaian
Apabila ini
berlaku, anda tiada pilihan lain selain terpaksa reboot komputer anda. Tekan
dan tahan butang kuasa sehingga komputer dimatikan, kemudian mulakan semula
untuk kerja-kerja pembersihan sistem supaya ia tidak berulang.
11-Serangan virus dan spyware
Ia ialah sesuatu
perkara normal yang berlaku kepada setiap peranti pengkomputeran yang sentiasa
aktif di talian. Sudah menjadi kebiasaan bagi setiap pengguna untuk memiliki
sekurang-kurangnya satu perisian sekuriti seperti antivirus untuk mengawalnya
daripada terus merebak dan merosakkan sistem komputer anda. Tetapi,
bagaimanakah jika serangan tersebut begitu menjadi-jadi tatkala perisian
sekuriti anda masih belum dikemas kini?
Penyelesaian
Windows Defender
ialah perisian antispyware yang disertakan dengan Windows dan berjalan secara
automatik apabila ia dihidupkan. Tetapi anda juga perlu sentiasa mengemas kini
Windows Defender bagi memastikan pengesanan spyware terbaru. Cara aktifkan
dengan;
Windows 7 –
Start> taip Defender dalam kotak carian> Windows Defender.
12-Tidak dapat masuk Windows
Jika anda masih
dapat boot dalam Safe Mode (F8 pada start-up) masalah ini mungkin berkaitan
dengan perisian dan bukannya perkakasan.
Penyelesaian
Cuba menggunakan
system restore jika anda berada dalam Safe Mode atau memulihkan (recovery)
untuk kembali pada tarikh sebelumnya. Jika anda tidak dapat boot ke Safe Mode,
cuba boot ke dalam komputer dalam mod Repair my computer untuk memperbaiki
masalah isu start-up tersebut.
13-Kehilangan fail Dynamic-Link Library
(DLL)
DLL ialah fail
maklumat dalaman bagi sistem operasi anda tentang bagaimana untuk melaksanakan
fungsi-fungsi tertentu. Kadang kala, DLL boleh hilang dan rosak. Apabila tidak
boleh membaca fail DLL tertentu, komputer anda tidak tahu bagaimana untuk bertindak
dalam sesetengah keadaan berkaitan. Mesej ralat pemberitahuan akan dihantar
ketika anda cuba melakukan fungsi yang terlibat seperti penyimpanan.
Penyelesaian
Jika masalah
tersebut dikenal pasti akibat kehilangan atau kerosakan fail DLL, anda perlu mengenal
pasti fail DLL tersebut melalui beberapa kaedah seperti di
www.processlibrary.com dengan mendapatkan nama proses (dari Task Manager
Windows) atau nama fail DLL dan mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai fail
atau pun carian di enjin carian.
14-Blue Screen of Death (BSoD)
Sudah tentu semua
pengguna komputer pernah mengalami masalah ini yang mana skrin tiba-tiba
menjadi biru dan muncul teks yang berwarna putih. Sebenarnya ia ialah salah
satu petanda bahawa telah berlaku masalah yang agak kronik.
Penyelesaian
Kebanyakan masalah
ini hanya memerlukan anda untuk reboot semula. Ralat STOP muncul di skrin anda
atas pelbagai sebab termasuklah kegagalan perkakasan, perisian rosak, fail DLL
korup, masalah dengan pemacu dan sebagainya. Penyelesaiannya lebih bergantung
pada punca masalah tetapi Skrin menyediakan anda dengan kod yang boleh membantu
rujukan anda mengenal pasti dan menyelesaikan masalah tersebut.
15-Ruang Disk penuh
Ruang Disk penuh
berlaku kerana anda membiarkan disk komputer anda bagi jangka masa yang lama
dipenuhi benda tidak berguna seperti fail internet sementara, fail program yang
dimuat turun, komponen pilihan Windows yang tidak digunakan, program yang
dipasang tetapi tidak digunakan serta titik pemulihan yang tidak digunakan dan
salinan daripada System Restore. Sudah pasti ia memberi kesan kepada prestasi
komputer.
Penyelesaian
Gunakan perisian
Disk Cleanup bagi membantu membebaskan ruang pada hard disk dengan
mengenalpasti fail yang selamat dipadam dan memberikan anda pilihan untuk
memadam beberapa atau semua fail yang telah dikenal pasti.
Windows 8 – Control
Panel>System and Security>Administrative Tools>Disk Cleanup
Windows 7 –
Start> All Programs> Accessories> System Tools> Disk Cleanup. Jika
anda memiliki beberapa bahagian pemacu, anda boleh spesifik yang mana hendak
dibersihkan> OK. Pilih apa yang ingin anda bersihkan.
16-Hard drive gagal berfungsi
Ini merupakan
senario kes terburuk yang mana kegagalan sistem mungkin disebabkan hard drive
rosak atau korup. Anda dapat mengesannya jika sistem anda tidak dapat boot,
tiada sistem operasi dikesan, tetapi ada proses POST, komputer hang pada
permulaan serta komputer anda dan ada kalanya mengeluarkan bunyi aneh.
Penyelesaian
Jika anda bimbang
berkenaan keselamatan fail anda, cuba langkah-langkah berikut sebelum
menghantar ke juruteknik atau pakar komputer. Anda boleh cuba untuk mengambil
fail penting untuk di backup menggunakan alatan pemulihan sistem percuma
seperti Hiren Boot, SuperDuper, The Ultimate Boot CD dan sebagainya.
17-Windows out-of-date
Sesetengah pengguna
berpendapat tidak perlu melakukan kemas kini pada Windows mereka walau pun
mereka sebenarnya sedar ia perlu untuk menerima tetapan baru yang bertujuan
untuk peningkatan prestasi. Ia kerana mereka berpendapat ia akan dilakukan
secara automatik. Tetapi, untuk keselamatan anda juga boleh lakukannya sendiri
jika Windows telah out-of-date.
Penyelesaian
Windows 7 – Start
> All Programs > Windows Update > Check for updates. Selepas itu,
pergi kepada panel kiri, pilih Change Settings > Pastikan Install Updates
Automatically (Recommended) dan Every Day dipilih.
18-Penggunaan memori berlebihan
Jika anda mulai
merasakan penggunaan memori yang berlebihan sehingga tindakan komputer mulai
perlahan apabila anda sedang menjalankan program tertentu, ia mungkin
disebabkan oleh satu atau lebih program mungkin mempunyai kebocoran memori.
Untuk menghentikan kebocoran tersebut, anda perlu menghentikannya dengan
menutup program tersebut.
Penyelesaian
Untuk memperbaiki
kebocoran memori tersebut, anda perlu memeriksa kemas kini perisian program
tersebut atau hubungi empunya perisian. Tetapi, bagaimanakah untuk mengesan
perisian manakah yang mengalami kebocoran ketika anda sedang bekerja / run?
Windows 7 – Buka
Task Manager (Ctrl + Alt + Del) > Start Task Manager > Klik pada tab
Processes > Untuk menyusun program mengikut penggunaan memori, klik pada
Memory (Private Working Set)
18-Sambungan internet perlahan
Tidak kira seberapa
pantas pun sambungan internet yang anda miliki, kadang kala anda dapat rasakan
sambungannya sedikit perlahan daripada biasa. Windows menyediakan aplikasi
troubleshooter yang akan secara automatik mencari dan menyelesaikan masalah
sambungan biasa.
Penyelesaian
Windows 7 – Buka
Internet Connections troubleshooter : Start > Control Panel > Taip
troubleshooter dalam kotak carian> klik Troubleshooting > di bawah
Network and Internet klik Connect to the Internet.
19-Masalah sambungan internet
Masalah kehilangan
sambungan internet secara tiba-tiba ini ialah sesuatu konflik yang agak rumit
kerana ia terjadi kerana banyak sebab. Perkara pertama yang boleh anda lakukan
cuba jalankan troubleshooter Network untuk membantu diagnosis. Jika ia masih
tidak berjaya, cuba cari puncanya dengan mengingati perkara yang dilakukan
sebelum masalah tersebut.
Penyelesaian
Jika masalah ini
berlaku selepas anda memasang perisian baru, semak tetapan sambungan jika ia
telah berubah. Klik kekunci Start > Control Panel > Taip perkataan
Adapter di kotak carian dan bawah Network and Sharing Center klik View network
connections. Klik kanan pada sambungan > Properties. Jika memerlukan kata
laluan untuk pengesahan, berikan dan ikut langkah-langkah tersebut.
SUMBER : Majalah pc
Untuk mengatahui lebih lanjut silalah lawati website kami di Macnote Studio
Tak tahu dimana lokasi MACNOTE Gombak?
Anda boleh hubungi kami melalui:
Anda amat dialu-alu datang terus ke MACNOTE di Gombak:
KAMI DI GOMBAK ( BERDEKATAN GIANT BT CAVES DAN MCD SERI GOMBAK)
- 10 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 15 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG
- 30 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS
KAMI DI GOMBAK ( BERDEKATAN GIANT BT CAVES DAN MCD SERI GOMBAK)
- 10 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 15 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG
- 30 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS
- 10 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 15 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG
- 30 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS
Ez Bro
Ez Bro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan