Penggunaan Komputer Secara Ergonomik
Kebanyakan individu
yang bekerja menghabiskan hampir 50% masanya di tempat kerja iaitu di dalam
persekitaran kerja yang mempengaruhi pemikiran, emosi dan tindakan. Oleh itu,
rekabentuk dan persekitaran ruang kerja haruslah memenuhi tahap keselamatan,
memelihara tahap kesihatan dan menigkatkan tahap kepuasan dan keselesaan
individu. Di sinilah prinsip ergonomik memainkan peranan dalam memberikan
kesejahteraan dalam persekitaran kerja. Perkataan ergonomik berasal daripada
perkataan Greek iaitu ergos (kerja) dan nomos (undang-undang semulajadi),
bermaksud rekaan mesin atau produk yang disesuaikan dengan fizikal manusia.Ini
termasuklah penggunaan kerusi, meja komputer, tetikus dan papan kekunci yang
menyebabkan tekanan kepada tubuh badan manusia.
Mengapa perlu ergonomik?
Tahukah anda,menurut kajian bahagian kesihatan dan
keselamatan alam sekitar Universiti Alabama di Huntsville, Amerika Syarikat.
Sebanyak 275,000 kes pekerja mendapat musculoskeletal disorders (MDs)
iaitu kesan gangguan ke atas otot, sendi, tendon dan ligamen. Kajian pihak
mereka juga mendapati 13 peratus kecederaan di tempat kerja datangnya daripada
Carpal Tunnel Syndrome (CTS) iaitu sindrom sakit di bahagian
pengelangan tangan.
Itu merupakan satu
daripada kesan tidak baik apabila tidak mengaplikasikan prinsip ergonomik dalam
melakukan kerja. Kesan daripada faktor fizikal seperti ini boleh membawa kepada
kesan lain kepada organisasi seperti ketidakpuasan pekerja dan seterusnya
pengurangan kecekapan dan produktiviti.
Dengan
mengaplikasikan prinsip ergonomik, keletihan dan stress dapat dikurangkan.
Kakitangan bukan sahaja boleh menyempurnakan tugas, tapi dapat mempercepatkan
perlaksanaan tugas dan meminimumkan stress di tempat kerja.
Antara peralatan pejabat yang bersifat
ergonomik
Mengenalpasti risiko ergonomik kepada
fizikal
Risiko ergonomik di
bawah merujuk kesakitan fizikal yang mungkin diakibatkan penggunaan komputer
secara berpanjangan.
1. Tekanan ke atas anggota badan secara
berulang yang melibatkan pergerakan anggota badan yang sama. Ia biasanya
melibatkan otot, tendon dan sendi. Kesakitan ini juga kenali sebagai Repetitive
Stress Injuries (RSI), Occupational Overuse Syndrome (OOS), Cumulative
Trauma Disorder(CTD) dan Repetitive Motion Syndrome (RMS)
Biasanya pengguna
tidak menyedarinya sehingga merasa tanda-tanda awal seperti lenguh, kebas dan
kelesuan atau sakit otot. Ini berpunca daripada masa kerja yang panjang, kadar
kerja dan masa rehat yang pendek.
TIPS : Anda dinasihatkan agar melakukan
senaman regangan untuk mendapatkan pengaliran darah yang baik pada seluruh
anggota dan mengelakkan daripada mendapat kelesuan otot, lenguh atau sakit pada
anggota badan tertentu.
2. Kesakitan abdomen seperti pinggang.
Kedudukan badan
tidak neutral ketika melakukan kerja akan memberi tekanan kepada struktur otot
rangka seperti tendon, ligamen, saluran saraf dan salur darah.
TIPS : Anda perlu menggunakan kerusi
yang sesuai dan boleh diubah ketinggian dan kecondongan bagi memberikan
keselesaan.
3. Tekanan terhadap sentuhan.
Tekanan wujud
apabila permukaan tisu lembut seperti tapak tangan, bahagian dalam lengan,
pergelangan tangan dan jari yang bersentuhan dengan permukaan tajam atau keras
seperti bahagian tepi meja dan papan kekunci.
TIPS : Bagi mengurangkan masalah
berkenaan penggunaan pelapik gel untuk pergelangan tangan dapat membantu
mengurangkan tekanan yang diterima pada permukaan tisu lembut.
Kedudukan yang
statik juga menjadi faktor risiko kepada individu. Statik bermaksud pergerakan
yang minimum pada bahagian tertentu ketika bekerja.
Ada antara individu
yang mengekalkan sesuatu kedudukan atau posisi dalam keadaan agak lama dan
mengakibatkan pergerakan minimum pada otot dan sendi.
TIPS : Anda yang sering
menggunakan komputer dinasihatkan agar kerap bergerak dan melakukan senaman
regangan ringkas setiap 40 minit secara berkala.
4. Tekanan Mata
Fokus yang terlalu
lama pada sesuatu imej akan menyebabkan mata menjadi letih atau tertekan.
Ketegangan mata yang melampau boleh mengakibatkan sakit kepala, pandangan kabur
dan simptom visual lain yang disebabkan melihat skrin komputer dalam tempoh
yang lama.
TIPS : Anda digalakkan mengelipkan mata
bagi menggalakkan kelembapan pada permukaannya dan juga rehat setiap 30 minit bagi
memulihkan tumpuan terhadap sesuatu objek.
Langkah-langkah menggunakan komputer
secara ergonomik
Pengabaian cara
penggunaan komputer yang betul memberi kesan negatif kepada kesihatan dan
kehidupan seseorang. Oleh yang demikian, bagi mencegah dan mengelakkan sebarang
kesan buruk kepada kesihatan anda, berikut adalah antara langkah-langkah dan
tips dalam penggunakan komputer.
Berdasarkan Rajah
1:
1. Duduk secara
tepat berhadapan kedudukan monitor. Ubah ketinggian monitor komputer pada aras
yang sesuai, pastikan bahagian atas monitor berada pada aras yang sama dengan
mata bagi memastikan anda tidak tunduk atau mendongak ketika melihat skrin.
2. Bahu dalam
keadaan rata dan bahagian belakang ditegakkan dan disokong sepenuhnya.
3. Siku diletakkan
dengan selesa di atas lengan kerusi pada sudut 90 darjah.
4. Pergelangan
tangan diletakkan rata dan posisi tegak.
5. Lutut
dibengkokkan pada sudut 90 darjah.
6. Kedua-dua kaki
rata di atas lantai.
Selain itu, antara
perkara lain yang perlu diambil berat;
§ Tetapkan suhu
persekitaran sekitar 22 – 25C dan kelembapan pada 40-70 peratus.
§ Ubah suai arah dan
sudut skrin bagi mengelakkan silau serta gunakan tirai untuk mengawal cahaya.
§ Rehatkan mata
dengan melihat objek-objek segar seperti pokok, rumput, daun dan ikan.
§ Anda disarankan mengambil
tempoh rehat selama lima minit setiap satu jam bekerja dan masa santai di
kerusi selama satu hingga dua minit setiap setengah jam bekerja atau bila yang
dirasakan sesuai.
§ Ketika masa rehat
anda dinasihatkan bangun dan berjalan kerana pergerakan dapat mengurangkan
tekanan pada minda serta membantu pengaliran darah.
§ Semasa santai pula,
pekerja dinasihatkan melakukan senaman regangan ringkas bagi membantu
pengaliran darah dan mencegah kelesuan otot.
Hakikatnya
persekitaran kerja yang ergonomik bukan terletak sepenuhnya pada
peralatan dan perabot khas yang canggih, tetapi yang paling penting adalah
usaha kita untuk menggunakan asas ergonomik ini untuk merancang kerja dan
persekitaran kerja yang selamat dan kondusif .
Kesejahteraan
motivasi anda sebagai pekerja organisasi dapat dicapai menerusi
peningkatan kepuasan kerja, semangat kerja, pengurangan tahap tekanan dan
emosi.
Untuk mengatahui lebih lanjut silalah lawati website kami di Macnote Studio
Tak tahu dimana lokasi MACNOTE Gombak?
Anda boleh hubungi kami melalui:
Anda amat dialu-alu datang terus ke MACNOTE di Gombak:
KAMI DI GOMBAK ( BERDEKATAN GIANT BT CAVES DAN MCD SERI GOMBAK)
- 10 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 15 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG
- 30 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS
KAMI DI GOMBAK ( BERDEKATAN GIANT BT CAVES DAN MCD SERI GOMBAK)
- 10 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 15 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG
- 30 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS
- 10 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 15 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG
- 30 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS
Ez Bro
Ez Bro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan