Pakar Repair MacBook Sekitar Lembah Klang | Mecnote – Servis Pantas & Berkualiti: Penjelasan tentang Jenis-Jenis RAM : DDR, DDR2, DDR3, DDR4

Cari Model Mac

Isnin, 8 Januari 2018

Penjelasan tentang Jenis-Jenis RAM : DDR, DDR2, DDR3, DDR4

Bagaimanakah jenis-jenis memori RAM dibezakan? 


Image result for ram

Sejarah Ingatan Capaian Rawak (Random Access 

Memory, RAM)

Untuk memahaminya, anda perlu mengetahui sejarah berkenaan RAM (Random Access Memory) atau Ingatan Capaian Rawak bagi sistem komputer. Pada awal dekad 1990-an, SDRAM atau synchronous dynamic random access memory telah dibangunkan untuk mengatasi permasalahan komputer yang dialami seiring dengan perkembangan teknologi pemprosesan.
Sebelum ini, sistem komputer bergantung kepada DRAM yang antaramukanya tidak disegerakkan (asynchronous), di mana ianya beroperasi secara bebas tanpa perlu menunggu arahan dari pemprosesan. Ini menimbulkan masalah apabila ia tidak dapat memenuhi kesemua permintaan dari pemprosesan kerana tiada penyegerakkan antara kedua-dua perkakasan ini.

SDRAM

Maka, SDRAM berperanan dalam proses ini melalui penyelarasan dengan menyegerakkan respon memori ke input kawalan melalui sistem BUS. Ini membolehkan tiap-tiap data diproses satu-persatu menurut turutan. Melalui cara ini, komputer dapat melakukan tugasan dengan lebih pantas berbanding sebelumnya dan ia menjadi tanda piawai kepantasan sistem komputer untuk melakukan tugasan pada awal 1990-an.
Tidak lama kemudian, sistem komputer berkembang dengan pesat hingga para pengguna, terutama dikalangan para pembangun sistem merasakan SDRAM ini mempunyai keterbatasannya dari segi kepantasan. SDRAM pada asalnya beroperasi dengan kadar data tunggal (single data rate, SDR). Atas sebab itu, ia hanya mampu menerima satu arahan sahaja pada setiap kitaran klok (clock cycle) walaupun ianya lebih maju dari DRAM. Ketika teknologi sistem komputer berkembang pantas dan menjadi semakin kompleks, masalah pada SDRAM mula menimbulkan kesan terhadap prestasi sistem komputer secara keseluruhan.

DDR

Sekitar tahun 2000, ciri antaramuka yang baharu sedang dibangunkan. Dikenali sebagai DDR (double data rate atau kadar data berganda), ia membenarkan pemindahan data berlaku pada kedua-dua sisi (sisi menaik dan sisi menurun) isyarat klok. Memberikannya kebolehan untuk menggerakkan data hampir dua kali ganda lebih pantas dari SDR SDRAM biasa.
Kelebihan pada perubahan teknologi ini membolehkan memori boleh berfungsi pada kadar klok yang lebih rendah (100-200MHz). Malahan, ia juga menggunakan tenaga yang lebih kecil, sekitar 2.5 volt sahaja selain dari mampu memindahkan data dengan kadar yang lebih pantas pada kelajuan sehingga 400 MTps.

DDR2

Seperti biasa, apabila teknologi berkembang dengan terlalu pantas, RAM jenis DDR pun perlu diubahsuai dari segi rekaan antaramukanya. Pada tahun 2003, muncul DDR2 yang lebih pantas berbanding sebelumnya dengan klok dalamanya (200-500MHz) berfungsi dengan kelajuan yang separuh dari kelajuan bus data. Kadar pemindahanya mampu mencapai sehingga 1,066MTps dan voltan yang lebih rendah pada 1.8 volt.

DDR3

Seterusnya, DDR3 pula muncul pada tahun 2007 dengan kadar kitaran klok dalaman sekitar 400-1,066MHz dan kelajuan kadar pemindahan data sehingga 2,133 MTps. Nilai ini sering kita ketemukan pada kotak papan induk komputer desktop yang menyatakan ”supports DDR3 1333”, nombor “1333” itu merujuk kepada nilai kadar kelajuan pemindahan RAM itu. Seperti biasa, voltannya juga lebih kecil iaitu 1.5 volt.

DDR4

Untuk DDR4 yang lebih terkini, ia masih lagi terhad penggunaannya untuk sistem komputer yang lebih mahal seperti papan induk yang menggunakan platform Intel X99 dan pemprosesan Intel Extreme. Lagipun, harganya masih lagi dikirakan sebagai agak mahal buat masa ini.
DDR4 dikatakan ada disetengahnya mampu mencapai kadar pemindahan sepantas 4,266MTps dan dengan voltan yang lebih kecil pada 1.2 volt.

Peka dengan jenis-jenis RAM

Masalah dengan perubahan teknologi mendadak yang dialami oleh RAM ini membuatkan kita perlu menggantikan sistem komputer yang sedia ada untuk membolekan tiap-tiap perkakasan itu serasi. Selain dari faktor reka bentuk fizikal yang mempunyai kaki-kaki pin yang berbeza seperti DIMM komputer desktop untuk DDR memiliki 184 pin, manakala bagi DDR2 dan DDR3 pula, ia ada 240 pin. DDR2 dan DDR3 dibezakan pada kedudukan lekuk (longkang bagi sesetengah orang) di tengah-tengahnya. Kesemua jenis RAM ini juga dibezakan dari segi voltan setiap satunya yang tidak sama.

Perbezaan fizikal antara jenis-jenis RAM - Imej dari BrightHub
Perbezaan fizikal antara jenis-jenis RAM – Imej dari BrightHub


Untuk itu, anda perlu peka terhadap jenis-jenis RAM andainya mahu ingin menaiktaraf sistem komputer. Jika tidak, anda mungkin membuat pembelian yang salah dan mungkin boleh menyebabkan kerugian pada pihak anda.
credit to anakaskarpencen
Semoga tips ini dapat membantu anda. 

Jangan lupa share ya.

Anda ada masalah dengan MacBook/Laptop/Iphone?

Slow

Rosak

Serangan Virus

Jangan risau!! Kami boleh bantu menyelesaikan masalah anda.. 

Tak tahu dimana lokasi MACNOTE STUDIO UIA Gombak?

Anda boleh hubungi kami melalui:

          ·   WhatsApp Abang M
          ·   Facebook Macnote studio
          ·   Hotline 03-4010 3014

                         

Anda boleh datang terus ke MACNOTE di UIA Gombak:

1. KAMI DI GOMBAK ( DALAM UIA GOMBAK)

- 15 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG

- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG 

- 30 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL

-40 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS




Tiada ulasan:

Catat Ulasan