Pakar Repair MacBook Sekitar Lembah Klang | Mecnote – Servis Pantas & Berkualiti

Cari Model Mac

Isnin, 8 Januari 2018

Perbezaan Hardisk (HDD) dan Solid State Drive (SSD)




Jawapan :

Kami akan berikan perbezaan antara  storan SSD dan HDD untuk membantu anda memahami jenis dan pilihan yang terbaik.

Sejak akhir-akhir ini, pembeli PC mempunyai sangat banyak pilihan berkenaan dengan storage fail yang terdapat dalam laptop, ultrabook atau desktop mereka. Jika anda membeli ultrabook atau ultraportable, anda mungkin akan memperolehi SSD sebagai pemacu utama ( C: pada Windows, Machintosh HD pada Mac).

Setiap Komputer atau laptop yang keluar daripada kilang mempunyai HDD. Sekarang anda boleh menyelaraskan sistem anda dengan pemasangan storan HDD atau SSD, atau juga boleh dipasang kedua-duanya sekali. Disitu anda dapat mengetahui kelebihan dan kekurang antara satu sama lain.

1) Kelajuan Baca dan Tulis Data


Pada bahagian inilah SSD menunjukan perbezaan yang sangat ketara. Kelajuan baca tulis SSD bahkan 8 kali lebih cepat berbanding dengan HDD. PC yang dipasang SSD boleh proses booting dalam hitungan detik, pastinya tidak melebihi 1 minit. Sedangkan waktu yang diperlukan HDD lebih lama bergantung kepada tujuan, dan yang pasti tidak lebih cepat bila dibandingkan dengan SSD.

Salah satu faktor penyebabnya adalah SSD tidak menggunakan cakera berputar atau faktor mekanikal sangat menyekat kemampuan elektronik dari HDD.

2) Kesan yang timbul


HDD menerapkan unsur mekanikal, sehingga menghasilkan kesan sampingan yang buruk antara lain:

a. Panas yang berlebihan
b. Penggunaan kuasa elektrik yang tinggi
c. Pusingan motor dan piringan menimbulkan suara noise yang tinggi

Pada SSD, kerana tidak mempunyai unsur mekanikal maka kesannya adalah:

a. Panas atau suhu SSD tidak setinggi HDD.
b. Penggunaan kuasa elektrik sangat kecil, SDD cukup memerlukan daya kurang dari 1 watt sedangkan HDD memerlukan kuasa yang mencapai lebih dari 10 watt
c. Tidak ada putaran motor dan piringan membuat SDD sama sekali tidak bising.

3) Fragmentasi


Kerana bentuknya yang berpilin, HDD sangat baik untuk menyimpan fail-fail yang bersaiz besar yang terletak pada blok yang berdekatan. Dan apabila kapasiti HDD mula penuh, fail-fail yang sudah tersimpan berselerak, inilah yang dikenali sebagai fragmentasi.

Kesan dari fragmentasi ialah turunnya prestasi dari HDD itu sendiri. Dalam keadaan ini, untuk memulihkan prestasi dari HDD, biasanya kita melakukan defrag untuk memulihkannya. Sedangkan pada SSD kita tidak perlu pening memikirkan persoalan tentang fragmentasi kerana data disimpan pada cip flash.

4) Harga


SSD dijual dengan harga yang sangat mahal per GB-nya. Mahalnya harga SSD boleh mencapai 9 kali ganda bila dibandingkan dengan HDD.

Untuk mengatahui lebih lanjut silalah lawati website kami di Macnote Studio


Tak tahu dimana lokasi MACNOTE Seri Kembangan ?


Anda boleh hubungi kami melalui: 





Macnote Studio Seri Kembangan

Lot G.45 , Bazaar Rakyat PKPS,

Jalan Putra Permai 5/4,
Bandar Putra Permai,
4330 Seri Kembangan, Selangor

Waze  : Bazaar Rakyat PKPS

Google Maps : Bazaar Rakyat PKPS
E-mail  : macbookstationsk@gmail.com

Phone  : 03-8938 2344 /0105267005
Tel : 0105267005


Landmark : Cari Hotel M Design ( Tengok Gambar Diatas)

Waktu Operasi : Isnin - Ahad (10 a.m. - 9 p.m.) Setiap Hari



Tiada ulasan:

Catat Ulasan