Definisi laptop lama yang admin maksudkan adalah laptop yang sudah berusia lebih 6 tahun dan tidak pernah tukar sistem operasi sejak 3 atau 4 tahun. Benda biasa apabila prestasi laptop lama dalam keadaan teruk dan sangat lembab.Hal ini boleh berlaku akibat dari jangkitan virus , adware , ataupun malware yang telah mengacau sistem operasi laptop anda.
Jadi bagaimana anda boleh lajukan laptop yang berkeadaan sebegini ?
1. Masukkan windows baru
Masukkan windows atau kata lainnya format adalah satu kaedah yang dapat menyelesaikan hampir semua isu berkaitan masalah sistem operasi. Kelebihan format ini adalah :-
- Sistem operasi yang fresh
- Tiada fail-fail sampah (junk file)
- Terhapus semua virus / malware / adware yang degil.
2. Jika tanak format, boleh cuba buat disk defragmentation.
Tujuan untuk melakukan disk defrag adalah untuk menyusun balik fail atau folder dalam harddisk. Kelebihanya, cpu tidak perlukan tenaga yg banyak/lama untuk mencari sesuatu fail/folder.
- Di Desktop, tekan “My Computer” >> Pilih disk yang nak defrag >> right click pilih properties
- Kemudian, pilih tab Tools dan tekan kotak Defragment now…
- Pilih partition yang diinginkan dan tekan Defragment disk.
- Jika anda ingin jadualkan defrag pada masa lain, ikut step ini
Pilih partition >> tekan turn on schedule / Configure schedule
- Keluar popup, anda tetapkan jadual defrag yang diingini.
Admin sarankan jangan buat terlalu kerap, cukup sekadar 1 bulan sekali kerana terlalu kerap defrag, harddisk akan cepat rosak.
- Setelah jadualkan atau tidak jadualkan, tekan Defragment disk.
- Tunggu sehingga defrag sepenuhnya.
3. Buat Clean registry
Tujuan melakukan Clean registry adalah untuk membuang “junk files” dimana ianya akan meningkatkan prestasi laptop anda. Cara tradisional untuk buat clean registry memang sangat rumit dan berisiko tinggi.
Anda boleh gunakan software 3rd-party seperti TuneUp Utilities 2014
Setelah muat turun, dan buat seperti yang tertera, anda akan sampai ke interface seperti dibawah. Scan atau fix semua yang boleh.
Software ini juga mempunyai cara defragmentation nya sendiri.
4. Cek virus / malware / adware
Jika anda menggunakan Windows 10, cukup sekadar menggunakan windows defender kerana sistem sekuriti dari windows ini agak terbaik. Tetapi pujian ini tidak untuk windows lain.
Windows defender dalam windows 7 dan 8 agak lemah berbanding di 10 . Oleh itu, anda boleh install software 3rd-party seperti MALWAREBYTES untuk scan dan cegah daripada malware terus masuk ke dalam laptop anda. Untuk perisian antivirus, anda boleh guna SMADAV.
credit to touchmedia
Semoga tips ini dapat membantu anda.
Jangan lupa share ya.
Anda ada masalah dengan MacBook/Laptop/Iphone?
- Slow
- Rosak
- Serangan Virus
Jangan risau!! Kami boleh bantu menyelesaikan masalah anda..
Tak tahu dimana lokasi MACNOTE STUDIO UIA Gombak?
Anda boleh hubungi kami melalui:
· WhatsApp Abang M
· Facebook Macnote studio
· Hotline 03-4010 3014
Anda boleh datang terus ke MACNOTE di UIA Gombak:
1. KAMI DI GOMBAK ( DALAM UIA GOMBAK)
- 15 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG
- 30 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
-40 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS
- 30 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
-40 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS
Tiada ulasan:
Catat Ulasan