Rekabentuk
Sekali pandang laptop Xiaomi Mi Notebook Air juga sudah mengigatkan kami tentang laptop keluaran Apple. Malah, Xiaomi dilihat lebih obvious meniru rekabentuk ini apabila menggunakan nama ‘Air’ pada model mereka.
Dalam pada itu, kami salute Xiaomi yang berjaya menghasilkan laptop pertama mereka dengan rekaan logam, bezel yang nipis serta skrin HD penuh. Keyboard dengan backlit keys antara features yang tidak kami sangkakan untuk harga yang diumumkan.
Xiaomi juga berjaya menyediakan sebuah laptop yang 13% lebih nipis dan 11% lebih kecil berbanding Apple Macbook Air yang pada kami sebuah kerja yang hebat. Meskipun tidak senipis Apple Macbook, kami lebih berminat dengan Xiaomi Mi Notebook Air yang masih mengekalkan port USB 3.0 yang pada kami masih penting dan releven.
Spesifikasi
Dari segi spesifikasi Xiaomi seakan-akan bersedia untuk bersaing dengan laptop-laptop high spec yang lain. Setidaknya untuk bersaing bersama ultrabook yang lain.
Xiaomi Mi Notebook Air 13.3” dilengkapi dengan cip pemprosesan Intel Core i5, kad grafik Nvidia GeForce 940 MX, RAM 8 GB DDR4 dan storan SSD PCIe bersaiz 256 GB. Komputer riba ini dicas sepenuhnya menggunakan satu port USB-C. Jangka hayat untuk satu cas penuh laptop ini juga agak lama iaitu 9.5 jam.
Xiaomi Mi Note 12.5” hadir dengan variant yang lebih rendah spesifikasinya. Dalam pada itu bukanlah bermakna laptop ini tidak mampu beroperasi dengan baik cuma tidak memfokuskan kepada kerja-kerja yang berat. Menggunakan Intel Core M3, RAM 4 GB dan storan SSD-SATA 128 Gigabyte. Mi Notebook Air 12.5” ini hanya seberat 1.07kg. Menariknya tentang Mi Notebook Air 12.5” ini adalah jangka hayat baterinya jauh lebih baik iaitu selama 11.5 jam untuk satu pengecasan penuh. Sangatlah terbaik untuk pengguna yang kerap menggunakan mobile office dan kerja-kerja ringan
Harga
Menyentuh tentang harga, Xiaomi sekali lagi mengumumkan peranti keluaran terbaru mereka ini dibawah harga yang dijangkakan. Untuk spesifikasi yang canggih serta rekabentuk yang boleh dikatakan premium, harga yang diumumkan boleh dikatakan agak rendah.
Harga bagi Xiaomi Mi Notebook Air 12.5” adalah (RM 2140) manakala bagi versi 13.3” pula adalah (RM 3054). Harga mungkin sedikit berbeza apabila laptop ini mula dijual di Malaysia namun boleh dikatakan masih rendah untuk sebuah laptop dengan spesfikasi yang power sebegini.
Memandangkan laptop ini adalah keluaran China serta dikeluarkan dengan harga rendah, kami yakin pasti ramai yang agak skeptical dengan ketahanan produk keluaran ini. Nampaknya Xiaomi seakan sudah bersedia dengan persoalan ini dengan menyediakan ketahanan Xiaomi Mi Notebook Air yang dilihat mampu bertahan dengan baik.
Kesimpulan
Adakah Xiaomi Mi Notebook Air sebuah pembelian yang berbaloi? Sejujurnya jika diukur melalui harga, spesfikasi dan rekabentuk pembelian laptop ini merupakan pilihan yang terbaik.
Tahniah buat Xiaomi kerana berjaya mengeluarkan sebuah laptop dengan unique selling point yang sangatlah memikat hati pengguna. Dari segi spesifikasi, rekabentuk serta aspek yang terpenting harga semuanya dititikberatkan oleh Xiaomi. Kami yakin Mi Notebook Air dapat dijual dengan pantas dan banyak. Malah, dengan quality yang ada pada laptop ini mungkin tidak tertanding dengan laptop lain yang mempunyai range harga yang sama.
Walaubagaimanapun, kami masih menantikan review daripada website atau Youtuber terkemuka untuk mengatakan laptop ini berbaloi dibeli. Hal ini disebabkan kami masih ragu-ragu dengan keupayaan Xiaomi memandangkan ini adalah laptop pertama keluaran Xiaomi.
credit to thevoket
Semoga tips ini dapat membantu anda.
Jangan lupa share ya.
Anda ada masalah dengan MacBook/Laptop/Iphone?
- Slow
- Rosak
- Serangan Virus
Jangan risau!! Kami boleh bantu menyelesaikan masalah anda..
Tak tahu dimana lokasi MACNOTE STUDIO UIA Gombak?
Anda boleh hubungi kami melalui:
· WhatsApp Abang M
· Facebook Macnote studio
· Hotline 03-4010 3014
Anda boleh datang terus ke MACNOTE di UIA Gombak:
1. KAMI DI GOMBAK ( DALAM UIA GOMBAK)
- 15 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG
- 30 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
-40 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS
- 30 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
-40 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS
Tiada ulasan:
Catat Ulasan