Pakar Repair MacBook Sekitar Lembah Klang | Mecnote – Servis Pantas & Berkualiti: 3 Virus Komputer paling bahaya

Cari Model Mac

Khamis, 1 Februari 2018

3 Virus Komputer paling bahaya

virus
Jika badan manusia boleh dijangkiti penyakit, sistem komputer yang kita gunakan hari-hari juga boleh mengalami benda yang sama. Virus komputer dikatakan diciptakan oleh penggodam kerana ingin menjangkiti komputer dan menyebabkan masalah, dan mereka ini dikatakan yang menghasilkan anti-virus. Mereka yang mencipta masalah dan penawar, membolehkan mereka mengaut keuntungan.
Namun, terdapat juga penggodam yang mencipta virus hanya kerana mereka mampu melakukannya dan ingin melihat sejauh mana kehebatan mereka dalam bidang komputer, serta ada  yang suka melihat orang lain dalam kesusahan.
kami ingin berkongsi antara 3 virus komputer yang paling berbahaya dan dasyat di dunia.

3. iloveyou

iloveyou2
Virus iloveyou atau nama lainnya "Love Bug" atau "Love Letter" adalah virus komputer yang telah menjangkiti berjuta-juta komputer peribadi perisian Windows. Bermula menjangkiti komputer di Hong Kong ia kemudiannya tersebar ke barat. Virus ini menghantar e-mel dengan tajuk "ILOVEYOU" dan melampirkan satu file "LOVE-LETTER-FOR-YOU.txt.vbs".
Mereka yang terpedaya dengan e-mel ini dengan menganggap ada seseorang menghantar satu surat cinta kepada mereka, akan membuka fail yang dilampirkan. Apabila fail ini dibuka, komputer mangsa akan dijangkiti dan mula menyebarkan virus ini kepada alamat e-mel yang ada dalam buku e-mel, secara automatik tanpa diketahui pemilik.
iloveyou
Virus ini sangat berbahaya kerana telah menjangkiti komputer perniagaan dan juga kerajan termasuklah sistem komputer Senat Amerika Syarikat yang meyebabkan sistem e-mel Senat Amerika Syarikat ditutup secara paksa. Virus iloveyou juga telah menjangkiti syarikat di Hong Kong termasuklah syarikat perhubungan awam, syarikat kewangan, serta Asian Wall Street dan Dow Jones Newswire.
Pakar sekuriti komputer telah menganggarkan kerosakan pada perisian komputer sebayak $100 juta USD dan menjangkakan jumlah kerugian keseluruhan disebabkan oleh virus iloveyou melebihi USD 1 billion.
2 orang programmer muda dari Filipina iaitu Reonel Ramones dan Onel de Guzman telah disiasat oleh pihak berkuasa melibatkan virus iloveyou setelah mendapat laporan dari Eropah. Setelah disiasat, Onel de Guzman didapati adalah pencipta virus ini namun kedua-duanya dibebaskan oleh Jabatan Kehakiman Filipina kerana ketika itu tiada undang-udang berkaitan penggodaman komputer di Filipina.

2. Gameover Zeus 

gameover zeus 2 601
Virus Gameover Zeus adalah rangkaian kepada virus ZeuS, yang telah dicipta oleh penjenayah siber paling dikehendaki di dunia iaitu Evgeniy Mikhailovich Bogachev. Ia merupakan satu virus yang menjangkiti rangkaian komputer dan dikawal tanpa pengetahuan pemilik komputer dan mensasarkan perniagaan kecil sebagai mangsa.
Gameover Zeus virus kemudiannya menyebarkan malware "Cryptolocker" kepada komputer-komputer yang dijangkiti. Ketika mana Gameover Zeus mencuri wang daripada komputer yang dijangkiti, Cryptolocker pula menyembunyikan fail-fail pemilik komputer dan meminta wang tebusan jika mereka inginkan kembali fail-fail mereka.
gameover zeus 347
Dianggarkan lebih daripada RM428 juta kerugian disebabkan oleh Gameover Zeus yang telah menjangkiti komputer di seluruh dunia sejak 2011. Cryptolocker pula telah menjangkiti lebih daripada 200,000 buah komputer yang mana separuhnya di Amerika Syarikat. Sebanyak RM115 juta dilaporkan telah dicuri dari komputer mangsa oleh Cryptolocker dalam masa 2 bulan pertama.
Cyptolocker telah berjaya ditewaskan pada Mei 2014.

1. Code Red

code red
Dilaporkan oleh CERT Coordination Center, sebanyak 225,000 buah komputer di seluruh dunia dijangkiti dengan virus Code Red, dan setiap komputer dijangkiti akan terpapar mesej "Hacked by Chinese". Walaubagaimanapun mesej itu tidak dapat disahkan dan virus ini tidak diketahui berasal dari mana. Virus ini dihasilkan untuk menyerang White House. 
Ia berfungsi dengan mengumpulkan kekuatan dengan menjangkiti sebanyak mana komputer yang boleh, dan komputer-komputer ini akan menyerang alamat internet White House. Namun White House telah bersedia dengan serangan ini dimana ia telah menukarkan alamat IP nya untuk mengelakkan daripada sebarang masalah.
Selain itu, Code Red juga telah menjangkiti berpuluh-puluh ribu laman sesawang dan dianggarkan telah menyebabkan kerugian lebih daripada RM5 billion kerugian, menurut Pasukan Respon Kecemasan Komputer Amerika Syarikat.
Credit to Hong Kiat///Wonderslist

Semoga tips ini dapat membantu anda. 

Jangan lupa share ya.







Anda ada masalah dengan MacBook/Laptop/Iphone?

Slow

Rosak

Serangan Virus

Jangan risau!! 
Kami boleh bantu menyelesaikan masalah anda.. 

Tak tahu dimana lokasi 

MACNOTE STUDIO UIA Gombak?

Anda boleh hubungi kami melalui:

          ·   WhatsApp Abang M
          ·   Facebook Macnote studio
          ·   Careline 013 531 6110


Lot 1 As-Souq At-Tullab ,Mahallah Ali Ibn Talib, 
International Islamic University Malaysia, 
Universiti Islam Antarabangsa, 
53100 Jalan Gombak, 
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


Google Maps : Macnote Mobile
E-mail  : macbookstation@gmail.com


Waktu Operasi : Isnin - Ahad (10 a.m. - 9 p.m.) Setiap Hari



Anda boleh datang terus ke MACNOTE di UIA Gombak:

1. KAMI DI GOMBAK ( DALAM UIA GOMBAK)

- 15 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG

- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG 

- 30 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL

-40 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan