Pakar Repair MacBook Sekitar Lembah Klang | Mecnote – Servis Pantas & Berkualiti: Perbetulkan tetapan yang menyebabkan papan kekunci Mac anda tidak berfungsi

Cari Model Mac

Ahad, 4 Mac 2018

Perbetulkan tetapan yang menyebabkan papan kekunci Mac anda tidak berfungsi


Tetapan yang menyebabkan anda sangka papan kekunci Mac anda rosak.

Jika anda adalah pengguna Mac yang baru, anda pasti teruja untuk membuat tetapan tertentu kepada Mac anda. Tetapan itu penting bagi membolehkan Mac berfungsi mengikut keselesaan anda menggunakannya.

Walaubagaimanapun, kadang-kala berlaku di mana anda secara sedar atau tidak telah membuat sesuatu tetapan tersebut tanpa anda membaca dan memahami fungsi setiap tetapan yang dibuat.


Masalah yang sering terjadi adalah apabila anda menyangkakan yang papan kekunci Mac anda telah rosak di mana anda akan dapati beberapa papan kekunci Mac anda tidak berfungsi.

Anda mungkin akan dapati huruf papan kekunci seperti U,I,O,M,L dan beberapa lagi tidak berfungsi. Huruf yang ditaip anda tidak keluar seperti yang sepatutnya. Sebaliknya anda dapati anak panah tetikus bergerak apabila anda menekan huruf-huruf tersebut.

Ini kerana anda mungkin secara tidak sedar telah mengaktifkan tetapan bagi mengawal anak panah tersebut dengan menggunakan papan kekunci Mac.


Oleh itu anda perlu perbetulkan semula tetapan tersebut yang terletak di dalam System Preferences – Accessibility – Mouse & Trackpad.


Kemudian jangan tandakan pada kotak Enable Mouse Keys. Selepas itu cuba taip semula dan akan dapati papan kekunci Mac anda berfungsi seperti sedia kala.

Bagi mengelakkan masalah seperti ini berlaku, pastikan anda membaca dan memahami terlebih dahulu setiap tetapan yang dibuat terhadap Mac anda. Terutamanya kepada pengguna Mac yang baru. Selesai.

sumber : ariffmac.com




Semoga tips ini dapat membantu anda. 

Jangan lupa share ya.








Anda ada masalah dengan MacBook/Laptop/Iphone?

Slow

Rosak

Serangan Virus

Jangan risau!! 
Kami boleh bantu menyelesaikan masalah anda.. 

Tak tahu dimana lokasi 

MACNOTE STUDIO UIA Gombak?

Anda boleh hubungi kami melalui:

          ·   WhatsApp Abang M
          ·   Facebook Macnote studio
          ·   Careline 013 531 6110


Lot 1 As-Souq At-Tullab ,Mahallah Ali Ibn Talib, 
International Islamic University Malaysia, 
Universiti Islam Antarabangsa, 
53100 Jalan Gombak, 
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


Google Maps : Macnote Mobile
E-mail  : macbookstation@gmail.com


Waktu Operasi : Isnin - Ahad (10 a.m. - 9 p.m.) Setiap Hari



Anda boleh datang terus ke MACNOTE di UIA Gombak:

1. KAMI DI GOMBAK ( DALAM UIA GOMBAK)

- 15 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG

- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG 

- 30 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL

-40 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan