Pakar Repair MacBook Sekitar Lembah Klang | Mecnote – Servis Pantas & Berkualiti: Screen LAPTOP atau NETBOOK tiba-tiba jadi gelap gelita .. KENAPA ?

Cari Model Mac

Selasa, 10 April 2018

Screen LAPTOP atau NETBOOK tiba-tiba jadi gelap gelita .. KENAPA ?

Mesti pernah screen Laptop atau Netbook korang tiba-tiba jadi gelap gelita kan atau erti kata lain jadi blank hitam semua tak nampak cahaya langsung seperti gambar di bawah ini....

(tekan apa pun still sama jugak blank aje ha)


Selalunya punca atau penyebab terjadinya screen blank seperti di atas adalah mungkin kerana :
1) Anda tertekan "sleep" sama ada secara sengaja atau tidak sengaja dan anda tidak tahu cara untuk wake upnya semula.
2) Mungkin juga Laptop atau Netbook anda sedang "hang" atau erti kata lain "jam".
3) Boleh jadi juga jika anda tertekan seragan "virus".
4) Ataupun memang "LCD" laptop atau netbook anda telah rosak.




Di sini saya nyatakan beberapa step untuk anda lakukan jika berlaku seperti diatas :
1) Tekan butang "power on" selama 10 saat dan anda akan lihat laptop atau netbook anda akan reset dan restart semula seprti biasa.
2) Jika tidak berhasil juga anda boleh cuba tanggalkan bateri laptop atau netbook dan pasang semula  dan seterusnya cuba anda "on " seperti biasa.


Jika semua proses ini tidak berhasil mungkin laptop atau netbook anda telah di serang virus yang mana ianya telah menggelapkan semua program pada screen laptop atau netbook anda. Jika ini berlaku caranya ialah anda kena format laptop atau netbook anda dengan segera dan jika selepas format laptop atau netbook anda dapati masih "blank" tidak berfungsi seperti biasa ini bermakna screen "LCD" laptop atau netbook anda memang telah rosak.

Jangan risau untuk "LCD" sreen laptop atau netbook murah sahaja untuk di tukar ganti yang baru hanya sekitar RM300 ke Rm500 sahaja.

(contoh LCD screen replacement for Laptop Sony Vaio PCG-61A14L)




Cari Kami ? Seri Gombak









Mecnote Studio HQ ( Sri Gombak )
No. 15A, Jalan SG 1/6 Taman Sri Gombak,  68100 Batu Caves, Selangor, Malaysia 
Operasi : 10pagi - 9malam ( Everyday Open)

Tel : 03-6177 0131 
Whatsapp : 010-8025651 
Whatsapp chat : https://goo.gl/ebPGZH 

Landmard : Sebaris dengan McDonald’s dan Public Bank. Bersebelahan Watsons ( Google MAPS / WAZE : Mecnote Studio )



Tiada ulasan:

Catat Ulasan