Keyboard Shortcuts on Mac OS X
Setiap peranti dihadirkan dengan keistimewaan tersendiri. Ramai org yg tidak tahu rahsia yg terdapat pada peranti mereka. Artikel ini akan mendedahkan beberapa pintasan mudah (keyboard shortcuts) pada Mac OS X yg boleh anda pelajari dan gunakan bagi memudahkan urusan kerja seharian anda. Sebagai contoh, jika anda menulis teks dan perlu melakukan sesuatu dengan tetikus - mungkin terdapat arahan papan kekunci yang boleh melakukan perkara yang sama?
Di bawah ini adalah senarai kunci yang paling penting pada papan kekunci Mac anda. Ia mungkin berbeza sedikit bergantung pada Mac yg anda gunakan.
1. Tukar Aplikasi
Jika anda menekan command + tab, window yg
mengandungi semua aplikasi terbuka akan muncul pada skrin. Tekan kekunci tab berulang kali tanpa melepaskan kekunci command untuk memilih aplikasi yang anda inginkan. Mudah bukan !
2. Tamatkan Aplikasi
Untuk tutup aplikasi pada window hanya tekan command + Q dan paparan aplikasi akan terus tertutup. Lebih cepat berbanding menggunakan tetikus!
3. Tutup Windows
Jika anda ingin menutup window, tekan command + W. Jangan risau kerana ia tidak akan menyebabkan semua aplikasi terhenti, hanya menutup window yg aktif. Kebanyakkan aplikasi boleh dibuka tanpa mempunyai window terbuka, seperti Safari misalnya. Untuk menutup keseluruhan aplikasi, tekan command + Q.4. Minimize windows
Dengan menekan command + M akan menyebabkan active window minimize dirinya ke kanan dock. Ini adalah cara yg bijak utk menyembunyikan window tanpa menutupnya.
5. Hide Aplikasi
Gunakan command + H untuk hide aplikasi semasa dan semua window. Aplikasi tersebut akan kelihatan benar-benar hilang, tetapi apabila anda mengklik semula di dock, semua window sebelumnya yang tersembunyi akan muncul seperti cara anda meninggalkannya sebelum anda menekan command + H.
Semoga tips ini dapat membantu anda.
Jangan lupa share ya.
Anda boleh hubungi kami melalui:
Anda amat dialu-alu datang terus ke MACNOTE di Gombak:
KAMI DI GOMBAK ( BERDEKATAN GIANT BT CAVES DAN MCD SERI GOMBAK)
- 10 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 15 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG
- 30 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS
KAMI DI GOMBAK ( BERDEKATAN GIANT BT CAVES DAN MCD SERI GOMBAK)
- 10 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 15 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG
- 30 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS
Tiada ulasan:
Catat Ulasan