MacOS Mojave telah diumumkan di Apple's Worldwide Developers Conference pada bulan Jun 2018 dan secara rasminya telah dikeluarkan pada 24 September. Ini adalah macOS terbaru yang tidak dinamakan sempena gunung sebaliknya diambil dari padang pasir California.
Walaupun Apple membuat kemaskini perisian baru yang tersedia untuk peranti yang lebih lama, terdapat beberapa sebab mengapa ia tidak mungkin yang terbaik untuk anda memasang yang terbaru dan paling hebat, walaupun Mac anda serasi.
Adakah Mac saya sesuai?
Jika anda mempunyai model Mac berikut, anda boleh memuat turun dan memasang macOS Mojave:
- MacBook (Awal 2015 atau lebih baru)
- MacBook Air (Tengah 2012 atau lebih baru)
- MacBook Pro (Tengah 2012 atau lebih baru)
- Mac mini (akhir 2012 atau lebih baru)
- iMac (akhir 2012 atau lebih baru)
- iMac Pro (2017)
- Mac Pro (Late 2013, ditambah pada pertengahan tahun 2010 dan pertengahan 2012 model dengan GPU berkemampuan Logam)
Jika Mac anda lebih lama daripada mana-mana model yang disenaraikan di atas, ia tidak sesuai dengan MacOS Mojave.
Dark Mode
Dalam dark mode MacOS High Sierra hanya untuk Dock dan menu bar menjadi gelap. Di Mojave dark mode adalah ciri -ciri keseluruhan sistem yang menggelapkan icon dan aplikasi anda dan juga mengubah background image anda bersesuaian dengan tema.
Selain keutamaan peribadi antara cerah dan gelap dengan kedua-dua version yang kelihatan licin. Dark mode sangat berguna apabila anda sering menggunakan Mac dalam persekitaran yang gelap supaya tidak menyebabkan mata anda sakit. Ia juga menjadikan warna dan imej kelihatan lebih jelas dan bagus untuk photogragher, designer dan perkara yang berkait rapat dengan media.

Continuity Camera
Pengeluar Apple tahu webcam untuk MacBook dan iMac bukan dibuat untuk mengambil foto yang boleh dikongsi dengan peranti seperti Iphone. Continuity Camera merupakan penyelesaian Apple untuk isu ini menjadikan iPhone anda sebagai pengganti kamera Mac anda.
Ia sangat mudah untuk digunakan. Apa yang perlu anda lakukan ialah hanya klik kanan pada aplikasi yang disokong termasuk Note, Mail dan Page. Kemudian, pilih iPhone atau iPad anda dan pilih untuk mengambil gambar atau scan dokumen.
Kemudian, kamera peranti anda akan membuka kunci dan anda hanya perlu mengambil gambar. Selebihnya sistem akan lakukan dan anda hanya perlu memilih sama ada untuk menambah page atau drag-and-drop dokumen yang telah di scan.
The Pros
Continuity Camera lebih mudah untuk dimuat naik. Dark mode adalah untuk membaik pulih visual. Penambahbaikan pada tool screenshot menjimatkan masa anda.
The Cons
Hanya perubahan yang berlaku tetapi bukan revolusi yang kita nanti-nantikan.
Keputusan
Apple's latest update memberikan kebaikan tetapi tidak memberi perhatian kepada pengguna.
Ringkasan mengenai macOS Mojave
Walaupun Mojave bukan lonjakan besar ke hadapan dari High Sierra, kita masih dapat melihat banyak ciri-ciri baru yang baik untuk pengguna mendapat manfaat. Terutamanya pada dark mode dan desktop, sistem file yang baru dan Quick Look akan lebih berguna.
Apabila anda sudah siap untuk upgrade, pastikan anda melakukan perkara berikut terlebih dahulu dahulu:

- Backup data yang penting
- Buang junk dari folder sistem - CleanMyMac X (app yang boleh anda cuba)
- Update semua aplikasi anda
- Padam file yang besar & lama untuk kosongkan drive space.
Anda boleh hubungi kami melalui:
· WhatsApp Abang M
· Facebook Macnote studio
· Careline 013 531 6110
Lot 1 As-Souq At-Tullab ,Mahallah Ali Ibn Talib,
International Islamic University Malaysia,
Universiti Islam Antarabangsa,
53100 Jalan Gombak,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Google Maps : Macnote Mobile
E-mail : macbookstation@gmail.com
Waktu Operasi : Isnin - Ahad (10 a.m. - 9 p.m.) Setiap Hari
Tiada ulasan:
Catat Ulasan