Pakar Repair MacBook Sekitar Lembah Klang | Mecnote – Servis Pantas & Berkualiti: 'FLEXGATE' Mungkin Masalah Baru Bagi Macbook Pro Yang Terkini!

Cari Model Mac

Khamis, 24 Januari 2019

'FLEXGATE' Mungkin Masalah Baru Bagi Macbook Pro Yang Terkini!





"FLEXGATE" Mungkin Masalah Terbaru bagi Pengguna Macbook Pro


Pengguna Macbook Pro model terbaru kini melaporkan ada masalah Skrin Terpadam Apabila Penutup Panel Macbook Dibuka.
Laptop Premium yang dicipta oleh company gergasi ini heboh ditularkan dengan masalah pada model Macbook 2016 Without Touchbar. Kabel LCD yang 'terkoyak' yang disebabkan lid panel dibuka dalam keadaan angle yang tertentu.


Sekiranya dilihat pada model yang sebelum , ramai peminat dan pengguna lebih gemar menggunakan Macbook kerana ketahanan lama dalam menggunakan macbook boleh mencecah 5-15 tahun . Malah ada yang telah gunakan lagi Macbook yang berusia 20 tahun.
Itu kelebihan Macbook yang tak dinafikan oleh pengguna Macbook di luar sana.
Menurut laporan MacRumors,iBoff, Amanz pengguna MacBook Pro 2016 dan ke atas kini melaporkan masalah pencahayaan skrin.

Ini salah satu stage pertama symtomps pada Macbook yang dikenali sebagai Flexgate- "Stage Light Effect"


Fasa kedua dikenali sebagai "Backlight Shutdown" seperti Video dibawah.
Apabila penutup MacBook Pro dibuka melebihi angle tertentu terdapat sesetengah kawasan skrin yang tidak menyala dengan betul memberikan kesan seakan lampu limpah pada bahagian bawah. Skrin kemudian terpadam sepenuhnya apabila penutup dibuka sepenuhnya. Menurut iFixit masalah ini berlaku kerana kabel sambungan boleh lentur yang digunakan tidak bertahan lama yang digunakan. Pada model terdahulu, wayar sambungan yang lebih tebal digunakan dan ia lebih tahan lasak.
Memandangkan kerosakan hanya berlaku selepas beberapa tahun MacBook Pro dibeli, ramai pengguna yang terpaksa mengeluarkan wang sendiri untuk membaiki masalah selepas tempoh jaminan Apple.
Kos baik pulih mencecah $600 (~RM 2480) kerana Apple menggantikan seluruh panel skrin dan bukan hanya kabel boleh lentur murah yang digunakan.

Kita berharap Apple akan melancarkan "quality programme" bagi model tertentu bagi mengenalpasti masalah Flexgate ini yang mungkin berpunca dari masalah struktur cabel LCD. Seperti model Macbook Pro A1502 yang ada masalah Coating , StainGate Issue lantas pihak Apple melancarkan Quality Programme bagi memanggil semula model ini yang mempunyai masalah untuk ditukar baru topset panel macbook pro yang baru tanpa sebarang kos dikenakan.

Petisyen meminta Apple melakukan baik pulih secara percuma telah menerima lebih 2000 tandatangan setakat ini. Pihak Apple setakat ini masih belum memberikan kenyataan rasmi mengenai masalah yang kin diberi nama Flexgate.

Link Petisyen boleh didapati disini. -
(Klik SINI)



sumber Kredit : Amanz, Iboff , Ifixit

Tiada ulasan:

Catat Ulasan