Pakar Repair MacBook Sekitar Lembah Klang | Mecnote – Servis Pantas & Berkualiti: Cara Force Tutup Aplikasi pada macOS

Cari Model Mac

Khamis, 14 Februari 2019

Cara Force Tutup Aplikasi pada macOS

Cara "Force Quit" Aplikasi

pada macOS. 

by radeonmbps @ mecnote studio

Sometime aplikasi pada Mac anda akan sangkut / hang / atau freeze semasa menggunakan nya. Walau bagaimanapun, macOS sangat bagus dalam mengendalikan aplikasi yang tidak memberikan respons ataupun hang dengan pelbagai cara yang sangat mudah. 

Cara Pertama (1) : Tekan Command+Alt+Esc

Jika anda ingin memaksa aplikasi untuk berhenti. Tekan "command (⌘)", alt (⌥)", dan escape (esc). Selepas beberapa saat, paparan force quit application dapat dilihat. anda boleh memilih applikasi yang hang bagi memaksanya untuk tutup dan meneruskan aktiviti lain


.


Kini semua yang anda perlukan ialah memilih aplikasi yang anda mahu hentikan dan klik butang "Force Quit". Semoga Berjaya !

Cara Kedua (2) : Menggunakan Activity Monitor


Sesetengah aplikasi mungkin tidak kelihatan pada paparan Force Quit Applicaions. Tetapi jangan bimbang, ada cara lain yang mungkin membantu bagi memaksa untuk menghentikan applikasi. 

Perkara pertama (1) yang perlu anda lakukan ialah membuka aplikasi yang dikenali sebangai Aktiviti Monitor. Caranya ialah pergi ke "Aplikasi" > "Utiliti". cara lain boleh juga menaip nama aplikasi didalam carian Spotlight.

Apabila aplikasi dibuka, ia akan menunjukkan kepada anda senarai semua proses yang sedang berjalan di Mac anda. Hanya pilih aplikasi yang anda mahu berhentikan dengan menekan butang yang meyatakan "Quit Process".






Sebarang pertanyaan dan masalah boleh hubungi kami.


Mecnote Studio Gombak (HQ)
No, Gombak, 15A, Jalan SG 1/6,
Taman Sri Gombak,
68100 Batu Caves,
Selangor.
Waze: Mecnote Studio - Repair Macbook Board Expert

Our location.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan