Pakar Repair MacBook Sekitar Lembah Klang | Mecnote – Servis Pantas & Berkualiti

Cari Model Mac

Jumaat, 15 Mac 2019






  Jika anda selalu membuat kajian tentang hardware, sudah pasti anda pernah mendengar tentang SSD. SSD atau nama penuhnya Solid State Drives menggunakan flash memory yang membuatkan performance nya lagi baik dari hard drive mekanikal. Oleh kerana SSD tidak mempunyai bahagian bergerak yang kecil yang berisiko untuk rosak, mereka menawarkan pelbagai manfaat yang kos efektif kepada hampir setiap pengguna komputer. Berikut adalah antara sebab-sebab utama anda perlu mendapatkan SSD.

. #1: Kelajuan

   Bayangkan anda klik pada program dan dengan serta-merta ia start. Itulah kuasa SSD. SSD juga membolehkan prestasi "instant on" - kebolehan untuk sistem anda boot dengan serta-merta. Oleh kerana SSD tidak perlu mencari data secara mekanikal seperti HDD biasa, mereka membantu sistem anda mencapai prestasi instant-on.

. #2: Multitask dengan lancar

   Keupayaan akses data yang lebih baik dari SSD membolehkan anda untuk bertukar-tukar pelbagai program dengan mudah. Dari backup data anda kepada run sistem antivirus kepada mengakses aplikasi, laman web dan playlist, SSD membolehkan anda untuk multitask seperti orang profesional - dengan sedikit atau tiada lag time.

. #3: Efisiensi energy yang tinggi

   Oleh kerana SSD tidak mempunyai bahagian bergerak yang kecil, mereka memerlukan tenaga yang kurang untuk beroperasi dan dapat meningkatkan battery life komputer anda.

. #4: Sistem cooling yang lebih baik

   Memandangkan SSD mengakses data menggunakan flash memory dan bukannya menggunakan spinning platter seperti HDD, mereka dapat mengekalkan suhu operasi yang lebih konsisten, yang dapat membantu mengekalkan sistem keseluruhan.

. #5: Kurang bunyi kipas 

   Oleh kerana SSD tidak begitu panas seperti HDD, kipas anda tidak perlu bekerja keras, bermakna kurang bunyi kipas dan overall performance yang lebih senyap. Bunyi kipas yang anda dengar semasa anda gunakan HDD? GONE!

. #6: Lebih tahan lama dan reliable

   Oleh kerana SSD tidak mempunyai bahagian bergerak yang kecil yang mudah terdedah kepada kerosakan, mereka boleh dicampak dan dibuang dan masih mengekalkan fail dan data penting anda. Direka untuk menyimpan data anda dengan reliable selama bertahun-tahun, SSD menawarkan ketahanan kepada shock dan vibration.

. #7: Storage yang flexible

   SSD boleh didapati dalam pelbagai faktor bentuk, dan beberapa faktor bentuk (seperti mSATA) dapat dipasang terus ke dalam sistem motherboard anda, yang membolehkan drive untuk bertindak sebagai cache drive atau untuk digunakan bersama dengan HDD anda yang sedia ada. Lagi satu, dengan kabel USB, anda boleh menggunakan SSD seperti flash drive gergasi - hanya perlu plug in ke port anda!

. #8: Semestinya, main game dengan lebih baik

   Bagi gamers, lagi laju data access speed SSD, lagi laju load time, membolehkan anda untuk bermain game dengan lebih lama dan kurang masa menunggu. Ramai gamers yang suka menggunakan SSD sebab mereka satu langkah (atau load) lebih laju daripada orang lain, memberikan mereka chance yang lebih tinggi untuk serangan pertama dan pengalaman gaming yang lebih lancar.

. #9: Installation yang senang 

   Dengan video step-by-step dan panduan memasang yang boleh dicari di internet, memasang SSD tidak boleh menjadi lebih mudah! - tiada kemahiran komputer diperlukan! Cukup dengan screwdriver, system's owner's manual, dan kit pemasangan mudah dan mereka akan tunjukkan bagaimana.

. #10: Menjimatkan masa

   Oleh kerana komputer digunakan untuk mencapai pelbagai tugas peribadi dan profesional, peningkatan kelajuan dan kecekapan SSD bermakna anda akan mempunyai kemampuan untuk melakukan lebih banyak benda dalam waktu yang kurang. Kehidupan bergerak pantas - komputer anda patut juga!


Expert in Mac 
Mecnote

Mecnote (Gombak)

No. 15a Jalan SG 1/6,
Taman Sri Gombak,
68100 Batu Caves
Selangor, Malaysia
Waze: Mecnote
Landmark: McD Sri Gombak 

Careline: 03-61770131
FB: Mecnote
Whatsapp: 0108025651
bit.ly/wasapgombak


Tiada ulasan:

Catat Ulasan