Macbook Apa Yang Perlu Kita Beli? - Macbook vs. Macbook Pro vs. Macbook Air
Kadang- kadang kita mesti tertanya-tanya Macbook apa yang perlu dibeli dan sesuai mengikut keperluan dan kemampuan kita. Macbook yang merupakan model laptop keluaran Apple ini juga mempunyai pelbagai jenis model dan mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri termasuk kelebihan dan kekurangannya.
Dari MacBook Air 13-inci baru dan MacBook 12-inci yang sangat ringan ke MacBook Pro 13-inci dan 15-inci dengan Touch Bar, barisan laptop Apple tidak pernah mempunyai lebih banyak variasi. Tetapi sebagai pembeli, ia boleh menjadi sukar untuk menentukan Macbook mana yang akan diperolehi.
Best For Most People / Terbaik Untuk Kebanyakan Orang:
New MacBook Air ($ 1,199) (RM4,894.92)
Kelebihan:
MacBook Air baru ini memberikan banyak perkara yang anda inginkan dalam laptop Apple. Ia lebih ringan dan nipis berbanding dengan MacBook Air original.
Skrinnya juga lebih tajam, dengan resolusi 2560 x 1600 piksel, menaik dari hanya 1440 x 900 pada model yang sebelumnya. Satu lagi ciri baru yang dialu-alukan ialah Touch ID, yang menjadikannya mudah untuk membuka kunci sistem, membuat bayaran yang selamat dan menggantikan kata laluan.
Kelemahan:
Harga permulaan agak
curam pada $1,199, naik $200 dari Macbook Air sebelumnya. Kami juga berharap
model asas Macbook Air didatangkan dengan storan 256GB berbanding storan 128GB.
Keyboardnya yang rata menawarkan penaipan cepat tetapi sesetengah pengguna
mengatakan space bar papan kekunci mempunyai masalah di mana ia memasukkan
space dua kali dengan satu tekan.
MacBook 12-inci ($ 1,299) (RM5,303.17)
Kelebihan:
Sangat nipis dan sangat ringan, MacBook dengan berat 0.93 kg ini adalah ultraportable untuk dipertimbangkan jika anda sentiasa dalam perjalanan. Anda hampir tidak dapat melihat notebook 0.93 kg ini di dalam beg anda. Kami juga menyukai paparan Retina yang tajam dan berwarna-warni, dan anda mendapat 9.5 jam hayat bateri yang agak kuat.
Kelemahan:
Macbook ini hanya mempunyai satu sahaja port USB-C yang disediakan. Ini bermakna anda tidak boleh mengecas MacBook dan memasang peranti yang lain tanpa menggunakan dongle, yang akan memerlukan kos tambahan. Selain itu, port tidak dapat menyokong Thunderbolt 3 untuk kelajuan pemindah yang pantas dan menghubungkan pelbagai paparan 4K. Webcam 480p adalah low resolution tetapi ianya ok untuk video chat.
Most Speed For Your Money / Lebih Kelajuan Untuk Wang Anda:
Macbook Pro 13-inci ($1,299) (RM5,303.17)
Macbook Pro 13 inci ini menyumbat banyak kuasa ke dalam chassis 1.36 kg yang nipis dan ringan. Macbook ini mempunyai berat yang hampir sama seperti MacBook Air, tetapi anda mendapat pemprosesan Core i5 U 7th generation dan grafik Intel Iris.
Macbook Pro 13 inci juga menawarkan paparan yang cerah dan speaker yang berkuasa, ditambah dengan dua port Thunderbolt 3 untuk kelajuan pemindahan yang sangat pantas.
Kelemahan:
Macbook Pro ini tidak mempunyai Touch Bar yang menarik pada Macbook Pro yang baharu dengan kos yang ditawarkan agak tinggi pada RM7,344,42. dan ia juga kekurangan 2 port Thunderbolt 3. Terdapat juga beberapa aduan pada keyboard MacBook Pro dari segi isu kebolehpercayaan.
New MacBook Pro 13-inch dengan Touch Bar ($ 1,799) (RM7,344.42)
Kelebihan:
Jika and sanggup membelanjakan RM7,344.42, MacBook Pro 13-inci baru dengan Touch Bar ini hampir dua kali lebih cepat daripada sebelumnya, bersama prosessor Intel Core i5 8th generation, 8GB RAM dan storan 256GB.
Model baru ini juga menawarkan paparan True Tone yang menyesuaikan warnanya berdasarkan pencahayaan ambien, dan keyboard yang lebih dan tahan lama.
Skrin multi-touch di atas papan kekunci menyediakan pelbagai butang dan kawalan yang berkaitan secara konteks semasa menggunakan pelbagai aplikasi.
Versi MacBook Pro 13-inci ini juga menawarkan tambahan dua lagi port Thunderbolt daripada model sebelumnya, serta grafik Intel Iris yang lebih pantas.
Kelemahan:
Versi MacBook Pro 13-inci ini adalah mahal. Pengguna inginkan
versi Macbook Pro 13-inci ini menggunakan storan dengan kapasiti 512GB (bukannya
256GB) dan RAM yang lebih daripada 8GB pada harga ini.
Best For Power User / Terbaik untuk Pengguna Kuasa:
MacBook Pro
15-inci ($ 2,399) (RM9,793.92)
Kelebihan:
Sama ada mengedit gambar, melakukan
projek penyuntingan video 4K dengan prestasi yang sangat lancar atau menyusun
kod, MacBook Pro baru 15 inci ini adalah jawapannya. Ia menawarkan sehingga 70
peratus prestasi yang lebih cepat daripada model sebelumnya, terima kasih
kepada 6-core yang baru, prosessor Intel 8th generation, RAM
sehingga 32GB dan SSD sehingga 4TB .
Konfigurasi standard didatangkan dengan grafik Radeon Pro 555X yang berkuasa, tetapi anda boleh meningkatkannya kepada Radeon Pro 560X. Terdapat empat port Thunderbolt 3 pada board papan untuk memasang perkakasan lain.
Macbook Pro 15 inci juga memaparkan resolusi paling tajam yang boleh didapati pada laptop Apple pada 2800 x 1800 piksel, dan ia menawarkan paparan True Tone yang menawarkan warna yang realistik dalam sebarang keadaan pencahayaan. Lain-lain faedahnya termasuk Force Touch trackpad yang sangat besar dan pembesar suara stereo yang kuat dan berkuasa.
Tambahan pula, hayat bateri MacBook Pro 15 inci ini bertahan 10 jam 20 minit pada ujian bateri Laptop Mag.
Keburukan:
Jurugambar tidak dapat memasangkan SD card, sebaliknya perlu menggunakan card reader dan pasangkannya pada salah satu daripada empat port ThunderBolt 3.
Prestasi grafik dari AMD Radeon Pro 560X adalah pantas, tetapi ia bukan yang terbaik untuk bermain game. Dengan harga yang sangat mahal pada RM9,793.92, ia didatangkan dengan storan penyimpanan bersaiz hanya 256GB adalah tidak berbaloi.
Kredit : laptopmag.com
macbook repair
MECNOTE UIA Gombak?
Kredit : laptopmag.com
macbook repair
Semoga Maklumat Ini Dapat Membantu Anda.
Jangan Lupa Share Ya.
Jumpa Lagi.
Anda ada masalah dengan MacBook/Laptop/Iphone?
Slow
Rosak
Serangan Virus
Jangan risau!!
Kami boleh bantu menyelesaikan masalah anda..
Tak tahu dimana lokasi
MECNOTE UIA Gombak?
Anda boleh hubungi kami melalui:
· WhatsApp Abang M
· Facebook MECNOTE UIA
· Careline 013 531 6110
Lot 1 As-Souq At-Tullab ,Mahallah Ali Ibn Talib,
International Islamic University Malaysia,
Universiti Islam Antarabangsa,
53100 Jalan Gombak,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Google Maps : Macnote Mobile
E-mail : macbookstation@gmail.com
Anda boleh datang terus ke MECNOTE di UIA Gombak:
1. KAMI DI GOMBAK ( DALAM UIA GOMBAK)
- 15 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG
- 30 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
-40 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS
Tiada ulasan:
Catat Ulasan