"Macbook kena air sikit, tak ada pape kot"
Macbook kena air atau lebih dikenali dengan panggilan water damaged. Seperti yang kita semua sedia maklum, air + alatan elektronik bukan lah gandingan yang bagus. Biarpun sikit tapi akibat atau kesan nya tetap sama. Lihat sahaja gambar diatas, nampak atau tidak warna putih atau hijau. Ia diakibatkan oleh tindakbalas copper atau tembaga dengan komponen air.
Apa perlu saya buat kalau tertumpah air ke Mac saya?
1. Jika anda sedang menggunakan Mac anda ketika itu, tutup dengan kadar segera. Cabut plug mac anda untuk memastikan tiada sebarang arus elekrik mengalir ke dalam Mac anda.
2. Biarkan ia kering selama beberapa hari, kemudian pergi ke kedai yang membaiki Mac untuk mendapatkan khidmat mereka. Pastikan anda memberitahu mereka bahawa Mac anda terkena air atau water damaged agar dapat mengelakkan kerosakan yang lebih teruk berlaku.
Apa yang patut anda tidak buat apabila Mac anda terkena air?
1. Jangan sesekali anda cuba untuk menghidupkan Mac anda.
2. Jangan goncang Mac anda untuk mengelakkan daripada air makin merebak.
3. Jangan gunakan pengering rambut untuk mengeringkan air tersebut.
4. Jangan masukkan Mac anda ke dalam beras seperti yang selalu dilakukan apabila sebarang gadget terkena air. Itu hanya mitos sahaja. Beras tidak akan menyerap air tersebut.
Expert in Mac
Mecnote
#repairmacbook #macbookrepair
Jika anda sendiri ada masalah tentang Macbook? Tanya Kami.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan