Alkisahnya, ada seorang customer datang ke kedai kami. Pastu dia pun bagitau lah yang Mac dia start jadi slow. Pelik juga kami, sebab specification Mac ni dah cukup hebat dah. Untuk editing video or gambar memang "Ummph" sedap dia. So, kami pun try lah korek-korek sikit story customer ini macam bila start jadi slow? ada pernah kena air ke? dan macam-macam lagi.
Rupa-rupanya memang pernah kena air tapi kat bahagian trackpad sahaja. Ingat ye rakan-rakan semua walaupun kena sikit or kat trackpad sahaja, ia masih dikategori Waterdamaged. Nah kami payung sikit kesan air yang sedikit itu:
Ini adalah punca yang menyebabkan Mac customer ini slow dan trackpadnya rasa geli-geli seperti terkena renjatan elektrik yang bervoltan sangat rendah. Slow ini disebabkan kesan dari air itu tadi menyebabkan beberapa cip atau komponen kecil pada board gagal berfungsi. Trackpad yang geli-geli itu pula mungkin disebabkan ada sisa air yang masih tertinggal di dalam trackpad itu.
Solusinya, kami mencadangkan customer ini untuk kami gantikan komponen kecil yang gagal berfungsi tersebut dan trackpad juga harus digantikan dengan yang baru supaya dapat mengelakkan masalah yang baru timbul. Alhamdulilah, customer bersetuju menukar kedua-duanya dan sekarang Mac nya berfungsi seperti sediakala.
Expert in Mac
Mecnote
#repairmacbook #macbookrepair
Jika anda sendiri ada masalah tentang Macbook? Tanya Kami.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan