"A1502 ku, tak hidup depan Klien"
Bayangkan kalau anda berada dalam situasi diatas. Apa yang akan bermain difikiran anda? Sudah semestinya anda akan rasa seperti dunia ini sudah hampir ke penamatnya, betul atau tidak?
Itulah apa yang dirasai oleh salah satu pelanggan kami beberapa hari yang lepas. Semasa ingin membentangkan hasil kerjanya didepan beberapa klien, A1502nya tidak boleh hidup. Nasib baik dia dah buat backup dalam iPadnya. Esoknya, terus dia datang berjumpa kami dan menceritakan detik ngeri itu pada kami. Kami pun seperti biasa melakukan proses checking dan diagnose. Selepas itu, kami melakukan Service Buang Habuk dan Menggantikan Thermal Paste.
Apa yang jadi seterusnya? A1502nya hidup seperti tiada apa-apa masalah. Kami pun terus lakukan proses quality control dan tiada masalah lain dikesan. Customer tu pun apa lagi, senyum sampai ke telinga sebab terlalu gembira.
Jangan cakap yang service buang habuk tiada fungsi apa-apa ya sebab kadang-kadang apa yang dikatakan kecil itu boleh membawa masalah yang besar.
Expert in Mac
Mecnote
#repairmacbook #macbookrepair
Jika anda sendiri ada masalah tentang Macbook? Tanya Kami.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan