Pakar Repair MacBook Sekitar Lembah Klang | Mecnote – Servis Pantas & Berkualiti: Macbook A1534 saya bermasalah, boleh sesiapa bantu?

Cari Model Mac

Sabtu, 6 Julai 2019

Macbook A1534 saya bermasalah, boleh sesiapa bantu?

"A1534 saya tetibe je shutdown, macam mana ni??"



Beberapa hari yang lepas, ada customer telefon kami katanya mac dia ada masalah autoshutdown dan kadang-kadang screen dia glitch. Kami pun apa lagi, ajak la dia datang ke kedai kami supaya boleh checking dan diagnose masalahnya dengan lebih detail. 

Punca-punca autoshutdown:

Kebiasaannya, masalah autoshutdown ini berpunca daripada chip-chip diboard yang gagal berfungsi kerana terbakar atau lain-lain lagi. Ia boleh terjadi disebabkan persekitaran yang tidak sesuai semasa menggunakan macbook seperti diatas tilam dan tempat yang panas atau penggunaan casing yang menyekat ruang udara dibahagian bawah mac.

Punca-punca screen glitch:

Ada 2 puncanya iaitu sama ada chip-chip diboard gagal berfungsi atau screen itu sendiri yang rosak. Screen itu boleh rosak disebabkan beberapa faktor seperti pernah terjatuh, terjatuhkan barang diatas mac anda dan lain-lain lagi.

Bagaimana mahu membaikinya:

Anda perlu bawa mac anda itu ke mana-mana kedai specialist mac. Ini kerana, proses pembaikan ini tidak boleh dilakukan sendiri kerana ia memerlukan bantuan mesin dan pakar. Mereka akan menggantikan chip-chip yang rosak atau tidak berfungsi itu dengan yang baru.


Image result for screen glitch mecnote
Ini lah wajah mesin yang akan membaiki chip-chip yang rosak itu. 

Expert in Mac
Mecnote
#repairmacbook #macbookrepair

Jika anda sendiri ada masalah tentang Macbook? Tanya Kami.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan