Pakar Repair MacBook Sekitar Lembah Klang | Mecnote – Servis Pantas & Berkualiti: MACBOOK PRO WIFI NO HARDWARE INSTALLED??

Cari Model Mac

Rabu, 2 Oktober 2019

MACBOOK PRO WIFI NO HARDWARE INSTALLED??

"Macbook Pro Tak Boleh Connect WiFi?!" 




Internet adalah sumber yang sangat penting pada zaman kini, pelbagai perkara boleh dilakukan dengan internet seperti urusan kerja, pelajaran, bisnes, hiburan dan banyak lagi. Pengguna-pengguna Macbook pastinya akan susah hati apabila WiFi tidak berjaya disambungkan pada Macbook mereka. Kadangkala boleh jadi masalah WiFi itu sendiri, tapi sekiranya Macbook anda terpapar 'No hardware installed' pada ruangan WiFi Macbook anda, apa yang anda perlu lakukan?

'Wi-Fi: No hardware installed'


Gambar di atas menunjukkan contoh paparan bagi 'WiFi: No hardware installed'. Apakah maknanya? Apabila anda lihat paparan tersebut muncul pada Macbook anda, ianya memberitahu bahawa 'WiFi Card' atau gelaran bagi apple 'WiFi Airport' pada Macbook anda tidak berfungsi. Model Macbook yang kerap terjadi masalah ini adalah model A1278 dan A1286 iaitu Macbook Pro Non Retina 13 Inch dan 15 Inch. Namun tidak bermakna model lain tidak akan mengalami masalah ini, ianya bergantung pada penggunaan dan penjagaan Macbook itu juga.


Proses Penukaran WiFi Card

Jika anda mengalami masalah ini, WiFi Card pada Macbook anda perlu ditukarkan pada WiFi Card yang baru. Anda boleh pergi ke mana2 pusat servis macbook pihak ketiga ataupun pusat servis Apple untuk menukarkan WiFi Card yang baru.



Gambar di atas adalah model Macbook A1286 (2009), iaitu Macbook Pro Non Retina 15 inch tahun 2009. Kawasan di mana terletaknya WiFi Card pada Macbook ini sangat rumit, ianya berada di bahagian bawah panel skrin Macbook. Proses yang perlu dilakukan adalah, panel skrin Macbook tersebut perlu dipisahkan dari badan Macbook itu. Selepas itu baru boleh teruskan proses seterusnya iaitu keluarkan WiFi Card yang lama dan gantikan yang baru pada slot yang ditetapkan.




Gambar di atas menunjukkan contoh WiFi Card Macbook tersebut setelah dikeluarkan dari slotnya.


Semasa proses pemasangan WiFi Card yang baru, juruteknik perlu berhati-hati kerana sekiranya cable yang berkenaan tidak berjaya dimasukkan dengan betul, WiFi Card yang baru juga akan rosak.



Setelah selesai pemasangan WiFi Card tersebut, anda boleh melayari internet dengan normal semula!



Jika anda sendiri ada masalah seperti masalah di atas atau masalah lain tentang iMac? Tanya Kami.



Anda dinasihatkan tonton hasil kerja kami sebelum berurusan dengan pihak kami - 101 hasil kerja Mecnote




Cari Kami ? Shah Alam..























Mecnote  ( Shah Alam )

No. 15, Jalan Keluli AK7/AK, 
Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor
Operasi : 10pagi - 9malam ( Everyday Open)


Tel : 03-58922251Whatsapp : 013-531 6110Whatsapp chat : KLIK Sini



Landmard : Berdekatan dengan Bukit Raja dan Kilang Pharmaniaga
dan TAMCO berhadapan ZNZ Tijarah Sdn Bhd








by : AJ

Tiada ulasan:

Catat Ulasan