"Bila tekan button ON, Macbook automatik pergi ke 'Safe Boot'?"
Macam mana boleh masuk 'Safe Boot' secara tiba-tiba? Bila dah masuk 'Safe Boot', jadi lagging pulak.
Okay, kepada sesiapa yang tidak tahu, cara-cara nak masuk ke 'Safe Boot' utk Macbook adalah perlu tekan butang 'Shift' semasa ingin menghidupkan Macbook.
Tapi kalau tak tekan butang 'Shift' dan Macbook masuk ke 'Safe Boot' secara tiba-tiba, apa maknanya pula?
Itu adalah tanda-tanda keyboard Macbook anda bermasalah.
Pemeriksaan kabel keyboard
Jika anda ada masa terluang untuk memeriksa kabel keyboard anda, gambar di atas (bulatan merah) menunjukkan kabel keyboard utk model Macbook Pro 13 Inch 2012 (A1278). Anda boleh cuba menanggalkan kabel tersebut, dan membersihkan kabel dan port daripada habuk kemudian pasang semula.
*Peringatan, anda perlu menanggalkan kabel Bateri terlebih dahulu untuk mengelakkan berlaku 'short' pada Logic Board Macbook*
Sekiranya keadaan masih sama, ini bermakna keyboard Macbook anda telah rosak.
Kerosakkan pada keyboard Macbook sekiranya termasuk ke 'Safe Boot' secara tiba-tiba lebih dikenali sebagai 'Keyboard Auto-Click' kerana butang shift tertekan dengan sendirinya. Ia juga menjadi masalah untuk anda memasuki kata laluan Macbook.
Video di atas menunjukkan butang 'Shift' tertekan dengan sendirinya, apabila juruteknik menekan butang nombor, ia memaparkan karakter istimewa.
Proses penukaran keyboard
Proses penukaran model yang terlibat adalah model A1278. Untuk model yang seakan-akan sama langkah penukarannya adalah model A1286 dan A1297, cuma ada perbezaan sedikit dari segi kedudukan komponen/kabel.
Berikut adalah langkah-langkah penukaran keyboard utk model A1278.
Gambar di atas menunjukkan tiada lagi isu masuk 'Safe Boot' secara tiba-tiba. Dan Macbook kembali pulih seperti biasa.
Sebaik sahaja keyboard selesai ditukarkan, juruteknik perlu memeriksa semula sama ada keyboard dalam keadaan baik ataupun tidak. Video di atas menunjukkan butang 'Shift' tidak lagi tertekan secara automatik.
Okay, kepada sesiapa yang tidak tahu, cara-cara nak masuk ke 'Safe Boot' utk Macbook adalah perlu tekan butang 'Shift' semasa ingin menghidupkan Macbook.
Tapi kalau tak tekan butang 'Shift' dan Macbook masuk ke 'Safe Boot' secara tiba-tiba, apa maknanya pula?
Itu adalah tanda-tanda keyboard Macbook anda bermasalah.
Pemeriksaan kabel keyboard
Jika anda ada masa terluang untuk memeriksa kabel keyboard anda, gambar di atas (bulatan merah) menunjukkan kabel keyboard utk model Macbook Pro 13 Inch 2012 (A1278). Anda boleh cuba menanggalkan kabel tersebut, dan membersihkan kabel dan port daripada habuk kemudian pasang semula.
*Peringatan, anda perlu menanggalkan kabel Bateri terlebih dahulu untuk mengelakkan berlaku 'short' pada Logic Board Macbook*
Sekiranya keadaan masih sama, ini bermakna keyboard Macbook anda telah rosak.
Kerosakkan pada keyboard Macbook sekiranya termasuk ke 'Safe Boot' secara tiba-tiba lebih dikenali sebagai 'Keyboard Auto-Click' kerana butang shift tertekan dengan sendirinya. Ia juga menjadi masalah untuk anda memasuki kata laluan Macbook.
Video di atas menunjukkan butang 'Shift' tertekan dengan sendirinya, apabila juruteknik menekan butang nombor, ia memaparkan karakter istimewa.
Proses penukaran keyboard
Proses penukaran model yang terlibat adalah model A1278. Untuk model yang seakan-akan sama langkah penukarannya adalah model A1286 dan A1297, cuma ada perbezaan sedikit dari segi kedudukan komponen/kabel.
Berikut adalah langkah-langkah penukaran keyboard utk model A1278.
Untuk langkah pertama anda perlu pisahkan Logic Board dan juga CD player. Jika anda ingin lebih selesa, anda boleh pisahkan HDD dan Bateri untuk ruang yang lebih lapang.
Kemudian anda perlu pisahkan Keyboard Light.
Setelah Keyboard Light ditanggal, barulah anda boleh menanggalkan Keyboard Macbook.
Juruteknik mendapati dalaman Keyboard Macbook dipenuhi habuk dan juga helaian rambut. Ianya mungkin menjadi punca keyboard tersebut rosak. Keyboard Macbook juga mempunyai skru yang halus dan bilangan yang banyak untuk ditanggalkan.
Kira-kira 60 lebih skru yang halus perlu ditanggalkan, barulah keyboard anda boleh dipisahkan.
Keadaan Macbook dalam gambar di atas dapat dilihat penuh dengan habuk dan kotoran.
Gambar di atas menunjukkan keadaan Macbook tanpa keyboard. Sebaiknya anda perlu bersihkan terlebih dahulu badan Macbook itu sebelum memasang keyboard yang baru.
Keyboard yang baru telah sedia untuk dipasangakn.
Sebanyak 60 lebih skru perlu dipasang semula agar keadaan keyboard tidak longgar.
Setelah selesai, anda boleh pasang semula komponen2 yang lain.
Proses Quality Control
Jika anda sendiri ada masalah seperti masalah di atas atau masalah lain tentang Macbook? Tanya Kami.
Anda dinasihatkan tonton hasil kerja kami sebelum berurusan dengan pihak kami - 101 hasil kerja Mecnote
Cari Kami ? Shah Alam..
Mecnote ( Shah Alam )
No. 15, Jalan Keluli AK7/AK,
Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor
Operasi : 10pagi - 9malam ( Everyday Open)
Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor
Operasi : 10pagi - 9malam ( Everyday Open)
Landmard : Berdekatan dengan Bukit Raja dan Kilang Pharmaniaga
dan TAMCO berhadapan ZNZ Tijarah Sdn Bhd
dan TAMCO berhadapan ZNZ Tijarah Sdn Bhd
by : AJ
Tiada ulasan:
Catat Ulasan