"Kerja banyak lagi nak buat ni, tiba-tiba pulak air tertumpah atas Macbook!"
Kecuaian pada diri sendiri memang tak dapat diduga, banyak kes Macbook "Water Damage" terjadi tapi berlainan cerita. Ada yang kena hujan, ada yang tertumpah air masa tengok movie, ada yang anak simbah air dan ada juga yang paling teruk tertumpah dalam kuah kenduri. Macam tak percaya kan? Tapi ini memang kisah benar.
Apa nak buat bila Macbook tertumpah air?
Tips yang paling biasa didengari adalah, setiap kali Macbook terkena air anda tidak digalakkan ON Macbook tersebut. Anda perlu terus bawa ke pusat servis sama ada pusat Service Apple ataupun pusat servis pihak ketiga untuk mengelakkan sebarang perkara tidak diingini terjadi. Tetapi jika anda masih ingin cuba ON dahulu kerana terdesak untuk menyiapkan sesuatu kerja, anda perlu biarkan air tersebut kering terlebih dahulu. Mungkin dalam masa seharian atau lebih, baru anda boleh cuba untuk ON.
Keadaan dalaman Macbook apabila terkena air
Keadaan mungkin berbeza bergantung pada cecair yang terkena pada Macbook itu sendiri. Sekiranya cecair yang kena hanyalah air kosong berkemungkinan keadaan dalaman tidak teruk, tapi sekiranya cecair yang terkena adalah cecair yang bergula atau bersusu berkemungkinan keadaan dalaman akan berkarat atau berkulat.
Gambar-gambar di bawah menunjukkan Macbook Pro 13 inch tahun 2012 yang telah ditumpahi air manis.
Keadaan Logic Board Macbook ini juga telah berkulat, manakala RAM pula hampir berkarat.
Kabel-kabel di dalam Macbook ini juga berkemungkinan rosak, perkakasan yang lain juga seperti pembesar suara, kipas, pemain CD dan lain-lain berkemungkinan rosak.
Bateri memang menjadi komponen utama yang akan rosak apabila "Water Damage" berlaku, namun ada juga yang bernasib baik baterinya masih boleh digunakan bergantung kepada kondisi cecair yang tertumpah.
Video di atas menunjukkan contoh proses "Ultrasonic Cleaning" yang dilakukan pada Logic Board Macbook Air 11 Inch. Setelah selesai mencuci Logic Board tersebut, barulah juruteknik akan mengenalpasti cip yang bermasalah dan gantikan dengan cip yang baru untuk memastikan Macbook tersebut boleh ON terlebih dahulu. Setelah boleh ON barulah juruteknik akan mengesan masalah2 komponen lain seperti skrin, pembesar suara, keyboard, trackpad dan lain-lain.
Apa nak buat bila Macbook tertumpah air?
Tips yang paling biasa didengari adalah, setiap kali Macbook terkena air anda tidak digalakkan ON Macbook tersebut. Anda perlu terus bawa ke pusat servis sama ada pusat Service Apple ataupun pusat servis pihak ketiga untuk mengelakkan sebarang perkara tidak diingini terjadi. Tetapi jika anda masih ingin cuba ON dahulu kerana terdesak untuk menyiapkan sesuatu kerja, anda perlu biarkan air tersebut kering terlebih dahulu. Mungkin dalam masa seharian atau lebih, baru anda boleh cuba untuk ON.
Keadaan dalaman Macbook apabila terkena air
Keadaan mungkin berbeza bergantung pada cecair yang terkena pada Macbook itu sendiri. Sekiranya cecair yang kena hanyalah air kosong berkemungkinan keadaan dalaman tidak teruk, tapi sekiranya cecair yang terkena adalah cecair yang bergula atau bersusu berkemungkinan keadaan dalaman akan berkarat atau berkulat.
Gambar-gambar di bawah menunjukkan Macbook Pro 13 inch tahun 2012 yang telah ditumpahi air manis.
Keadaan Logic Board Macbook ini juga telah berkulat, manakala RAM pula hampir berkarat.
Kabel-kabel di dalam Macbook ini juga berkemungkinan rosak, perkakasan yang lain juga seperti pembesar suara, kipas, pemain CD dan lain-lain berkemungkinan rosak.
Bateri memang menjadi komponen utama yang akan rosak apabila "Water Damage" berlaku, namun ada juga yang bernasib baik baterinya masih boleh digunakan bergantung kepada kondisi cecair yang tertumpah.
Proses Baik Pulih
Untuk membaik pulih Macbook "Water Damage", kebiasaannya juruteknik akan membuat fasa "Ultrasonic Cleaning" terlebih dahulu untuk menghilangkan segala cecair-cecair yang telah merebak pada Logic Board Macbook itu.
Jika anda sendiri ada masalah seperti masalah di atas atau masalah lain tentang Macbook Air? Tanya Kami.
Anda dinasihatkan tonton hasil kerja kami sebelum berurusan dengan pihak kami - 101 hasil kerja Mecnote
Cari Kami ? Shah Alam..
Mecnote ( Shah Alam )
No. 15, Jalan Keluli AK7/AK,
Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor
Operasi : 10pagi - 9malam ( Everyday Open)

Landmard : Berdekatan dengan Bukit Raja dan Kilang Pharmaniaga
dan TAMCO berhadapan ZNZ Tijarah Sdn Bhd

by : AJ
Tiada ulasan:
Catat Ulasan