Pakar Repair MacBook Sekitar Lembah Klang | Mecnote – Servis Pantas & Berkualiti: SEMALAM BOLEH GUNA, HARI NI KELUAR BUNYI "BEEP" BILA NAK ON!

Cari Model Mac

Jumaat, 8 November 2019

SEMALAM BOLEH GUNA, HARI NI KELUAR BUNYI "BEEP" BILA NAK ON!

"Boleh diselamatkan ke kalau Macbook Air tiba-tiba keluar bunyi BEEP??" 






Masalah bunyi 'Beep' ini sebenarnya berpunca pada memori ataupun RAM pada sesebuah Macbook. Sekiranya RAM pada sesebuah Macbook tersebut tidak stabil ataupun rosak, Logic Board Macbook gagal berfungsi dengan betul.
Masalah ini juga tidak bermakna hanya terjadi pada Macbook Air, ianya boleh terjadi pada Macbook Pro juga terutamanya model yang lama (2012 ke bawah). Akan tetapi, Macbook Pro model yang lama sangat mudah utk diselesaikan jika menghadapi masalah ini kerana RAM yang ada pada Macbook Pro boleh dibuka dengan mudah dari slot yang terletak pada Logic Board.

RAM Macbook Air

Berbeza dengan Macbook Pro model yang lama, Macbook Air mempunyai RAM yang telah dipatri pada Logic Board Macbook tersebut. Ianya juga sama seperti Macbook Pro model 2013 ke atas.
Sumber: www.ifixit.com

Gambar ni atas menunjukkan contoh RAM pada Macbook Air tahun 2010 (kotak berwarna kuning). Sekiranya RAM Macbook Air bermasalah, chip yang terlibat perlu digantikan dengan yang lain.
Macbook Pro tahun 2013 juga mempunyai gambaran RAM yang sama seperti Macbook Air, akan tetapi Macbook Pro 2013 ke atas sangat jarang menghadapi masalah bunyi "beep" berbanding Macbook Air kerana pengguna ramai yang salah anggap terhadap Macbook Air. Mereka sering menggunakan software yang berat dan menyebabkan suhu Macbook Air mereka meningkat dan mengakibatkan terjadinya masalah pada komponen Macbook Air tersebut. Berbeza dengan Macbook Pro yang sangat sesuai digunakan utk software2 yang berat.


Bunyi "Beep"




Video di atas menunjukkan contoh bunyi "Beep" yang terjadi pada Macbook Air.



Proses Baik Pulih

Untuk membaik pulih masalah bunyi "Beep" pada Macbook Air, ianya memerlukan mesin khas untuk mengeluarkan cip yang terlibat pada Macbook Air tersebut.



Gambar di atas menunjukkan suasana proses membaikpulih Macbook Air.



Setiap cip RAM yang lama dipisahkan dari Logic Board, juruteknik akan menggantikan cip RAM yang baru.



Sebelum pemasangan cip RAM yang baru bermula, juruteknik haruslah mengenalpasti sama ada tapak pada Logic Board dalam keadaan bersih agar tidak memberi efek kepada cip RAM yang baru.




Jika anda sendiri ada masalah seperti masalah di atas atau masalah lain tentang Macbook Air? Tanya Kami.



Anda dinasihatkan tonton hasil kerja kami sebelum berurusan dengan pihak kami - 101 hasil kerja Mecnote




Cari Kami ? Shah Alam..






















Mecnote  ( Shah Alam )

No. 15, Jalan Keluli AK7/AK, 
Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor
Operasi : 10pagi - 9malam ( Everyday Open)


Tel : 03-58922251Whatsapp : 013-531 6110Whatsapp chat : KLIK Sini



Landmard : Berdekatan dengan Bukit Raja dan Kilang Pharmaniaga
dan TAMCO berhadapan ZNZ Tijarah Sdn Bhd









by : AJ

Tiada ulasan:

Catat Ulasan