Alamakkk !!! Display iMac pecah2 macam TV takde siaran?
Pada era teknologi kini, pengguna-pengguna iMac sering menghadapi masalah yang pelik2 sehinggakan mereka tidak dapat lagi menggunakan iMac tersebut. Editor gambar mahupun video kerap menghadapi masalah seperti screen glitching/flickering/line. Ini menyebabkan kerja-kerja editing mereka tertangguh dan mengganggu sumber pendapatan mereka.
Gambar-gambar di atas merupakan salah satu contoh masalah yang dihadapi oleh editor gambar mahupun video.
Apakah punca masalah ini terjadi???
Punca display iMac glitch/flickering/line
Punca iMac screen glitch/flickering/line adalah disebabkan oleh kegagalan GPU untuk berfungsi ataupun GPU telah pun rosak.
Gambar di atas menunjukkan GPU iMac tahun 2011.
Adakah kegagalan GPU untuk berfungsi masih boleh diselamatkan ?? Jawapannya adalah ya, boleh diselamatkan.
Proses membaik pulih GPU iMac
Langkah pertama adalah memisahkan logicboard iMac daripada badannya. Sebelum memisahkan logicboard iMac, screen iMac perlu dipisahkan terlebih dahulu. Langkah ini perlu dibuat dengan berhati-hati supaya screen iMac tidak pecah. Gambar di atas menunjukkan juruteknik sedang memisahkan screen iMac terlebih dahulu.
Selepas memisahkan screen iMac, barulah boleh keluarkan logicboard dari badannya.
Kemudian juruteknik perlu membaca diagram sebelum meneruskan proses yang seterusnya untuk memudahkan kerja-kerja penukaran chipset.
Setelah diagram dianalisis oleh juruteknik, tiba masanya untuk meletakkan logicboard iMac ke dalam mesin membaik pulih.
Apabila suhu telah ditetapkan, proses pengantian chipset bermula. Untuk kes screen glitch/flickering/line, chipset yang terlibat adalah seperti yang dikatakan tadi iaitu chipset GPU.
Gambar di atas menunjukkan mesin sedang memanaskan chipset untuk dipisahkan dari logicboard.
Setelah siap proses membaik pulih chipset GPU iMac, juruteknik perlu membuat proses Quality Control(QC) untuk memastikan logicboard dalam keadaan stabil dan juga suhu iMac terkawal.
Punca-punca Logicboard iMac bermasalah
Kebiasaannya kerosakan logicboard iMac terjadi berpunca daripada:
1.Habuk tebal pada kipas yang menyebabkan iMac overheat.
2.Short electric daripada plug disebabkan litar pintas.
3.Menggunakan grafik tinggi yang tidak bersesuaian dengan spesifikasi iMac.
4.iMac tidak pernah shutdown.
5.Kerosakan atau kegagalan kipas iMac untuk berfungsi.
Kesimpulannya, anda perlulah memastikan iMac anda:
1.Hantar iMac anda ke kedai untuk proses servis sekurangnya 1 atau 2 kali setahun.
2.Jangan menggunakan iMac sewaktu hujan, guruh atau petir yang boleh menyebabkan litar pintas.
3.Sebelum anda gunakan aplikasi yang bergrafik tinggi, pastikan spesifikasi iMac anda menyokong aplikasi tersebut.
4.Pastikan iMac anda sentiasa shutdown sekiranya anda tidak menggunakan iMac.
5.Sekiranya iMac anda dalam keadaan panas/overheat, bawa ke kedai repair untuk periksa masalah yang dihadapi.
Jika anda sendiri ada masalah seperti masalah di atas atau masalah lain tentang iMac? Tanya Kami.
Anda dinasihatkan tonton hasil kerja kami sebelum berurusan dengan pihak kami - 101 hasil kerja Mecnote
Cari Kami ? Shah Alam..
Mecnote ( Shah Alam )
No. 15, Jalan Keluli AK7/AK,
Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor
Operasi : 10pagi - 9malam ( Everyday Open)
Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor
Operasi : 10pagi - 9malam ( Everyday Open)
Landmard : Berdekatan dengan Bukit Raja dan Kilang Pharmaniaga
dan TAMCO berhadapan ZNZ Tijarah Sdn Bhd
dan TAMCO berhadapan ZNZ Tijarah Sdn Bhd
by : Faris
Tiada ulasan:
Catat Ulasan