INGIN MEMANJANGKAN JANGKA HAYAT MACBOOK ??
Dari segi cara penggunaan macbook juga memberikan kesan kepada macbook bagi memastikan is berfungsi dengan lancar . Macbook boleh mempunyai jangka hayat yang lama jika cara penggunaan dan penjagaan macbook dengan betul.
Oleh itu, ini adalah antara tips cara-cara penggunaan dan penjagaan macbook dengan betul supaya boleh memanjangkan jangka hayat macbook :-
#1. Lakukan penyelenggaraan rutin
Melakukan penyelenggaraan rutin boleh memanjangkan jangka hayat macbook kerana ia dapat membantu anda untuk mengesan sebarang masalah yang timbul dan dapat menyelesaikan dengan segera supaya masalah tersebut tidak memberikan kesan yang teruk kepada macbook anda.
#2. Mengemaskini Software
Sentiasa mengemaskini software apabila diperlukan untuk dikemaskini. Ia dapat membantu macbook anda berjalan dengan lancar. Selain itu, ciri - ciri versi yang baru mempunyai ciri - ciri keselamatan yang lebih bagus dari yang lama untuk membantu memanjangkan jangka hayat mabook dengan lebih lama.
#3. Penjagaan bateri
Elakkan macbook daripada cas secara berlebihan (overcharge) , kerana ia akan memberi kesan kepada bateri anda dan membuatkan bateri anda tidak boleh digunakan dalam jangka hayat yang lama.
#4. Meletakkan macbook di tempat yang betul
Tidak menggunakan macbook di tempat yang tidak boleh membebaskan haba. Contohnya, tidak meletakkan macbook di atas bantal atau katil semasa menggunakannya. Jika berbuat demikian ia boleh menjejaskan prestasi macbook anda.
Sebarang pertanyaan dan masalah boleh contact kami di whatsapp klik link whatsapp us
Mecnote Studio Gombak (HQ)
No, Gombak, 15A, Jalan SG 1/6,
Taman Sri Gombak,
68100 Batu Caves,
Selangor.
Waze: Mecnote Studio - Repair Macbook Board Expert
No, Gombak, 15A, Jalan SG 1/6,
Taman Sri Gombak,
68100 Batu Caves,
Selangor.
Waze: Mecnote Studio - Repair Macbook Board Expert
by amni
Tiada ulasan:
Catat Ulasan