Macbook Pro Retina A1708(2017)
Battery Replacement
Macbook yang dah lama pakai mesti ada masalah hardware. Seperti bateri, LCD, atau storage. Tapi bagi kes ini, terdapat masalah pada bahagian bateri. Bateri cepat drain dari 100% turun ke 50% dalam masa kurang 30 minit.
Jika dilihat pada status bateri, design capacity adalah 65%. Bermakna bateri perlu ditukar. Bateri yang bawah 75% perlu tukar bateri supaya tiada masalah lain yang timbul. Macbook ini tidak kerap charge kerana cycle count adalah 157. Battery health boleh drop kerana macbook sering sleep atau kerap force shutdown.
Proses menukar bateri macbook A1708 perlu dibuat dengan teliti kerana model ini terlalu sensitif. Silap langkah, motherboard boleh short.
Putuskan sambungan bateri dahulu sebelum membuat apa-apa pembukaan. Baru boleh cabut cable trackpad yang terletak atas bateri. Ini kerana bateri macbook terletak di bawah cable trackpad.
Proses pemasangan bateri baru.
Pastikan cable lain seperti cable trackpad dipasang dahulu sebelum pasang cable bateri. Ini bagi memastikan tiada berlaku short pada mana-mana bahagian hardware.
Setelah berjaya dipasang, check status bateri baru. Ternyata bateri baru dalam keadaan sangat sihat dan cycle count rendah.
Cari Kami ? Bangi (Bandar Baru Bangi Seksyen 3)
Mecnote Bangi (Boleh Waze)
D-1-7 Jalan 3/38A, Seksyen 3 ,
Bandar Baru Bangi. (34.57 km)
Careline : 03-8211 3964 *(Tekan Utk Call)
Whatsapp Tanya Kami masalah Mac Anda
Operasi : 11:30 pagi - 7.00 malam
(Everyday Open)
Landmark : Dkt Petronas Seksyen 3 Sebelah Kasor
detailing
ikut tanda arah banner kami.
Wassap No Admin utk share location
60105267005
Tiada ulasan:
Catat Ulasan