Apa itu logic board ? Logic board itu adalah board yang Hold semua komponen-komponen untuk macbook itu berfungsi. Logic board ini sama sahaja fungsinya seperti motherboard untuk laptop dan pc. Menghubungkan semua hardware dan membolehkan kita menggunakan fungsi hardware dengan lebih mudah.
Terdapat beberapa sebab yang memyebabkan Logic Board anda rosak. Dibawah merupakan punca Logic Board Macbook rosak. Perkara ini perlu di ambil berat jika anda mahukan macbook anda boleh bertahan untuk jangka masa yang lama.
Kedengaran bunyi bising atau pelik di bahagian fan macbook anda? faktor yang menyebabkan masalah ini berkemungkinan disebabkan fan tersebut berlanggar dengan objek lain atau bilah fan itu patah. Yang paling teruk adalah fan tersebut langsung tidak berfungsi / rosak.
2. Penggunaan Yang Lama
Dinasihatkan untuk anda tidak menggunakan macbook untuk jangka masa yang lama tanpa henti. Kerana komponen logic board itu akan panas sebaiknya anda off kan dahulu dalam 30 minit selepas 4-5 jam on dan kemudian anda boleh sambung kembali.
3. Thermal Paste Yang Kering
Thermal paste juga menjadi faktor yang menyebabkan macbook panas. Ini kerana tujuan thermal paste adalah untuk disapukan di bahagian gpu dan cpu, bertujuan untuk menyejukkan komponen macbook anda. Alang-alang anda buat clean dust periksa thermal pasta itu ok lagi ke tak.
4. Tak Pernah Servis
Ini merupakan sebab dimana ramai diantara kita di luar sana beranggapan servis ini tidak penting. Sekiranya anda tidak buat servis anda tidak tahu fan anda berfungsi seperti biasa atau tidak, thermal pastes ok lagi ke tidak dan habuk dalam itu banyak ke tidak.
Gambar Macbook tak pernah servis |
Gambar Macbook tak pernah servis |
5. Persekitaran Berdebu
Faktor persekitaran juga memainkan peranan yang penting terhadap kondisi macbook anda. Sebagai contoh menggunakan laptop di kawasan yang berdebu dan berhabuk adalah tidak elok ini kerana lebih cepat habuk terkumpul ke laptop anda berbanding di tempat yang lebih kondusif.
Demikian 5 punca logic board macbook anda rosak. Semoga artikel ini dapat memberi manfaat kepada semua. Dan jangan lupa untuk kongsikan artikel ini untuk manfaat bersama.
Klik Sini - Whatsapp Kami (Mecnote Alor Setar)
Klik sini untuk
Tiada ulasan:
Catat Ulasan