Macbook merupakan salah satu keperluan buat masa ini. Baik untuk pelajar mahupun mereka yang sudah berkerjaya, Laptop atau macbook ini sudah menjadi ‘teman baik’ kerana mudah untuk dibawa ke mana saja.
Sayangnya tidak semua orang tahu cara penjagaan skrin macbook yang betul. Ada antara kita yang baru sedar macbook bermasalah hanya ketika muncul tanda screen macbook rosak.
Antara tanda-tanda skrin Macbook rosak yang perlu diberi perhatian adalah :
1. Skrin Macbook Tidak Hidup (Blank Screen)
Skrin Macbook tidak hidup dikenali sebagai blank screen. Walau Macbook sudah on tetapi skrin macbook tetap gelap tidak berfungsi. Ini salah satu masalah yang paling mengecewakan kerana sukar untuk menentukan punca masalahnya sebenarnya apa.
2. Skrin Macbook Retak / crack
Skrin macbook yang retak akan kelihatan seperti garisan pecah dan merekah pada skrin. Skrin retak ini benar-benar menganggu dan sudah pada tahap tidak boleh digunakan lagi melainkan dengan menukarnya dengan skrin yang baru.
3. Muncul Garisan Menegak / Mendatar Pada Paparan Skrin / Glitch
Garis-garis halus pada skrin macbook boleh muncul dalam dua keadaan iaitu secara melintang atau menegak. Ada garisan yang muncul dalam warna putih dan ada juga yang berwarna-warni. Garisan ini boleh keluar pada mana-mana bahagian di skrin dan jika dibiarkan, garisan yang sedikit akan bertambah menjadi semakin banyak dan teruk.
4. Skrin Berkelip
Apabila skrin anda berkelip atau mengalami herotan warna itu tandanya skrin macbook benar-benar sedang mengalami masalah. Tanda screen macbook rosak ini perlu segera diberi perhatian.
5. Skrin Laptop Malap
Masalah skrin macbook malah turut dianggap sebagai salah satu masalah pada skrin. Cara mudah untuk menyedarinya apabila telah menaikkan tahap pencahayaan skrin di tahap maksimum tetapi skrin masih tetap malap. Ada juga skrin yang pada mulanya cerah tetapi bertukar menjadi malap secara tiba-tiba ketika sedang digunakan.
Apa Punca Screen Macbook Rosak? Ini Sebab Kenapa Skrin Macbook Boleh Rosak
Untuk pengetahuan, screen Macbook rosak ini boleh berlaku disebabkan oleh kecuaian kita sendiri sebagai pengguna. Antara kesilapan atau kecuaian yang sering dilakukan hingga menyebabkan tanda screen macbook rosak ini muncul adalah seperti yang di bawah.
• Tidak pernah mematikan / selalu sleep macbook selepas selesai guna.
• Mengambil macbook dengan memegang kuat pada bahagian skrin.
• Meletakkan barangan lain seperti buku di atas skrin (hempap skrin).
• Buka macbook secara kasar.
• Macbook terjatuh.
10 Tips Cara Penjagaan Macbook Yang Betul
Macbook merupakan peralatan yang sangat sensatif dan memerlukan penjagaan yang baik. Sekadar beli hanya untuk guna tanpa tahu cara penjagaan skrin macbook yang betul akan menyebabkan kita perlu berdepan dengan masalah ini untuk setiap laptop yang dimiliki.
Apa gunanya hanya tahu guna dan tukar baru setelah rosak sedangkan perkara ini boleh diatasi dengan cara yang lebih baik.
1. Jangan dedahkan macbook kepada perubahan suhu yang cepat. Turun naik suhu yang besar boleh menyebabkan kerosakan besar pada macbook.
2. Jangan tinggalkan macbook di dalam kereta. Meninggalkan komputer riba di dalam kereta akan mendedahkannya kepada suhu yang terlalu teruk dan boleh menyebabkan kerosakan yang serius.
3. Meninggalkan komputer riba di dalam kereta ini juga boleh menjadi sasaran pencuri.
4. Gunakan beg komputer riba untuk mengurangkan kemungkinan terjatuh atau terlanggar secara tidak sengaja pada macbook tersebut.
5. Gunakan beg komputer riba yang sesuai. Pastikan beg cukup besar untuk memuatkan macbook dengan selesa. Elakkan letak macbook bersama barangan lain bagi mengelak macbook menjadi calar dan pecah skrinnya.
6. Untuk mencegah kerosakan pada panel ./ screen, pastikan tiada halangan (klip kertas, pen atau pensel) pada keyboard semasa menutup macbook. Item seperti ini boleh mengemek, mencalar atau bahkan memecahkan screen.
7. Tutup Macbook dengan betul. Tutup perlahan-lahan dan tahan dari tengah skrin. Menutup tudung menggunakan hanya satu tepi menyebabkan tekanan tambahan pada engsel yang lama kelamaan akan retak dan pecah.
8. Pegang komputer riba pada tapaknya. Mengangkat dan memegang komputer riba pada paparan menghasilkan tekanan yang tidak diperlukan pada engsel. Tindakan ini boleh mengarahkan tekanan ke LCD dan mengubah bentuk atau memecahkan skrin itu sendiri.
9. Bersihkan habuk pada keyboard dari masa ke semasa.
10. Lap skrin macbook dengan cecair pencuci skrin yang boleh didapati dari kedai-kedai menjual peralatan laptop dan komputer.
Jika anda sudah memiliki MacBook dan mahu selesaikan beberapa isu tentangnya. Terdapat cara yang lebih baik untuk membaiki MacBook anda dengan cara yang cepat, mesra dan berpatutan.
Anda boleh hubungi kami dan berkunjung ke Mecnote Alor Setar mendapatkan khidmat professional bertauliah bagi menangani sebarang isu berkaitan MacBook mahupun sebarang peranti anda. Dengan konsultasi percuma, kini kami sedia membantu anda dengan penjimatan hebat!
Mecnote Alor Setar..
No 49a (Tingkat 1) Taman Johan Fasa 2,Jalan Kuala, Taman Pelangi ,06600 Kuala Kedah, KedahOperasi : 10 pagi - 7 malam ( Sabtu Tutup)
Tel : 04-744 4513Whatsapp. : 011-5776 0031
Klik Sini - Whatsapp Kami (Mecnote Alor Setar)
Landmark. : Depan Sekolah Cina SJK (C) Pei Hwa , Atas Kedai Ubat Teik Jin
Klik sini untuk
Klik Sini - Whatsapp Kami (Mecnote Alor Setar)
Klik sini untuk
Tiada ulasan:
Catat Ulasan