Jika MacBook anda akan disimpan dalam jangka waktu lama tanpa digunakan, penting untuk menyimpannya di tempat yang sesuai agar tetap dalam keadaan baik. Berikut adalah beberapa tips penyimpanan yang sesuai :
1. TEMPAT PENYIMPANAN YANG SESUAI
- Elakkan cuaca yang ekstrem : Simpan di tempat dengan suhu antara 10 – 30°C ataupun simpan MacBook dalam suhu bilik.
- Jauh dari sinar matahari langsung : Hindari tempat yang terkena sinar matahari langsung, kerana bateri boleh menjadi kembung dan merosakkan komponen.
- Hindari tempat yang berlaku kelembapan : Jangan menyimpan di area lembap seperti gudang atau berhampiran tingkap untuk mencegah risiko short pada komponen.
2. SEBELUM MEMBUAT PENYIMPANAN
- Caj bateri sekitar 50% : Jangan menyimpan dalam keadaan MacBook overcharge atau kosong kerana menyebabkan bateri menjadi drain.
- Matikan MacBook sepenuhnya dengan cara shut down (jangan dalam mode sleep).
- Gunakan Casing untuk mencegah debu dan calar pada MacBook.
- Letakkan di posisi rata untuk mengelakkan tekanan berlebihan pada body laptop atau screen.
3. PENJAGAAN SELAMA PENYIMPANAN
- Periksa setiap beberapa bulan dengan cara on kan MacBook sekali sekala dan caj bateri sehingga 50% jika disimpan dalam jangka panjang.
- Elakkan meletak benda berat di atas MacBook untuk mencegah kerosakan pada screen dan permukaan MacBook.
Dengan mengikuti langkah-langkah di atas, MacBook anda akan tetap dalam keadaan baik meskipun tidak digunakan dalam waktu lama.
Yang masih lagi mencari cari kedai repair macbook area bangi kajang dan putrajaya boleh datang untuk kami bantu periksa macbook anda secara PERCUMA disini tanpa sebarang caj dan temu janji yang perlu dibuat.
Dimana lokasi kami (PAKAR SERVIS MACBOOK BANGI)
43650 Bangi, Malaysia
Email. : macnotesk@gmail.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan