Pakar Repair MacBook Sekitar Lembah Klang | Mecnote – Servis Pantas & Berkualiti: MASALAH MENGENAI BATTERY CEPAT DRAIN DAN CARA UNTUK MELAKUKAN PEMERIKSAAN BATTERY

Cari Model Mac

Isnin, 17 Februari 2025

MASALAH MENGENAI BATTERY CEPAT DRAIN DAN CARA UNTUK MELAKUKAN PEMERIKSAAN BATTERY


Pelanggan : Selamat pagi, saya ingin menghantar laptop saya untuk diperiksa.  saya ada masalah bateri bila saya caj laptop sampai 100 % kemudian saya gunakannya, sekali tak sampai sejam bateri dah habis.


Technician : Boleh saya tengok model laptop cik, ok model laptop cik ini adalah Model HP15s du2027TX, Boleh saya periksa untuk mengetahui lebih lanjut masalah yang dihadapi cik?   


Pelanggan : Boleh Cik.


Technician : Saya dah periksa laptop cik dan saya dapati laptop nie mengalami masalah drain pada battery, boleh saya tahu cara penggunaan cik.


Pelanggan : Seingat saya kebiasaanya masa buat assignment saya  menggunakannya sampai larut malam bila selesai kerja saya terus tidur dan saya caj laptop semalaman. kadang - kadang bila charge semalaman saya lupa nak cabut sebab dalam seminggu saya ada 3 hari kelas bermula pukul 8 pagi. Roomate saya kesemuanya sekelas dengan saya.


Technician : Ok dari apa yang saya dengar dari cik, cik kebiasaanya overcharge laptop cik yang menjadi punca bateri laptop menjadi drain, Selain itu, Adakah laptop ini pernah jatuh atau terkena air? Agaknya bila cik perasan masalah ini berlaku. 


Pelanggan : Tidak, saya sebelum ini menjaganya dengan baik. Masalah ini mula berlaku sejak  minggu ini, di mana masa minggu lepas adalah minggu terakhir kuliah saya di mana saya sibuk melakukan kerja menyiapkan assignment untuk pensyarah saya key in markah Penilaian Berterusan.  


Technician : Baik, kami akan menjalankan diagnosis untuk mengetahui sama ada masalah berpunca daripada bateri yang lemah atau faktor lain seperti perisian atau perkakasan.


Pelanggan : Berapa lama proses pemeriksaan ini?  


Technician : Buat masa ini, Cik perlu menunggu queue sebab ada laptop lain yang sedang menunggu untuk pemeriksaan. Jika perlu menggantikan bateri, kami akan hubungi encik/cik terlebih dahulu untuk followup pihak encik.  


Pelanggan : Baik, terima kasih. Saya harap masalah ini boleh diselesaikan secepat mungkin.  


Technician : Sama-sama! Kami akan hubungi anda selepas pemeriksaan selesai. Terima kasih kerana memilih servis kami.



BERIKUT MERUPAKAN PANDUAN UNTUK MEMERIKSA BATTERY CONDITION DAN CYCLE COUNT PADA LAPTOP 



Untuk memeriksa BATTERY CONDITION dan CYCLE COUNT pada laptop, ikuti langkah-langkah berikut:


1.    Tekan Google Chrome, kemudian Search CMD Battery Report, kemudian copy perkataan yang               dihighlightkan iaitu powercfg /battery report.

2.    Tekan Windows, kemudian search Command Prompt.

3.    Klik perkataan yang keluar dan tekan Enter kemudian perkataan tersebut keluar :

       powercfg /batteryreport

4.    Battery Report akan disimpan di file:

       C:\Users\NamaUser\battery-report.html

5.    Buka file battery-report.html dengan browser untuk melihat detailnya.

6.    Cari bahagian Design Capacity dan Full Charge Capacity untuk melihat keadaan bateri.

7.    Cycle count boleh ditemui dalam bahagian atas Recent usage dan bahagian bawah Full Charge               Capacity.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan